Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, aku & my wife sempat beberapa kali berpeluang mencium hajarul aswad. Untuk mencium hajarul aswad ini, hendaklah diperhatikan dulu letaknya kedudukan batu-batu tersebut. Setelah itu, sebagaimana saranan mutawwif aku, mulut hendaklah dimuncungkan seperti mulut ikan. Lalu ciumlah tepat di pecahan batu-batu tersebut.
Cuba perhatikan betul-betul batu dlm. photo diatas. Sekiranya tidak diperhatikan betul-betul atau kita menutup mata ketika menghulurkan kepala kedalam bingkai tersebut, dikhuatiri ciuman kita tidak mengenai hajarul aswad ini. Sebaliknya hanyalah dinding kaabah saja yg kita cium.
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia lah (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Ketika sessi ceramah tentang sejarah kota Makkah, ustaz penceramah ada menyatakan kepada jemaah, bahawa hajarul aswad ketika masih putih dulu, ia bercahaya menerangi sehingga keluar kota Makkah. Jangkaun cahaya ini ditanda oleh malaikat yg. membentuk dan merupakan sempadan tanah haram Makkah.
Adapun sempadan tanah haram Madinah, tidak sempat aku nak bertanya kepada ustaz, dari mana ia bersumber. So, sapa-sapa yg. membaca catatan aku ini, ini adalah assignment dari aku untuk nko orang, tolong cari atau tanyakan ustaz, sempadan tanah haram Madinah itu ditentukan berdasarkan apa? Lepas tu, jawapannya tolong bagitau kat aku sama.
Dipenjuru hajarul aswad inilah tempat dikira bermula dan berakhirnya pusingan tawaf.
Ini pula adalah gambaran didalam maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim bukanlah bermakna kuburnya nabi Ibrahim. Sebaliknya ia menempatkan tapak kaki nabi Ibrahim. Semasa pembinaan kaabah oleh nabi Ibrahim dulu, apabila mencecah paras tinggi, baginda tidak lagi sampai utk. meletakkan batu-batu. Lalu Allah s.w.t menurunkan batu Yakut ini yg bertindak spt. "sky lift" sehingga membolehkan baginda menyudahkan pembinaan kaabah ini.
Sila perhatikan betul-betul. Batu Yakut ialah lapisan di bahagian bawah. Manakala lapisan dibahagian atas adalah acuan timah.
Escalator yg. menghubungkan tingkat antara ground level dgn. underground, 1st. floor & roof top.
Sessi ceramah selepas solat asar.Penerangan lanjut tentang tawaf wada. Ceramah ini memang diadakan kepada setiap group sehari sebelum dijadual meninggalkan Makkah.
Internet facility yg disediakan oleh Andalusia di dewan makan dgn. bayaran 5 riyal sejam.
Kedai roti canai yg. terletak betul-betul di depan pintu hotel Abeer Garden. Sebijik kenyang utk. seorang. Kena dgn. kari kambing pulak, memang "A" lah ... .Wife aku pun kata roti canai dgn kari kambing ni memang sedap.
Abu mesti berair mulut punya tengok roti canai ni.
2 ulasan:
Salam perkenalan dan salam ziarah Tn Jauhari.
Mengenai sempadan Tanah Haram Madinah, ia ditentukan oleh Nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa tanah haram Madinah terletak antara 2 labah iaitu antara Bukit Uhud dan Bukit 'Ayr (Bukit yang berhampiran dengan Bir Ali, yg spt perahu tertangkup tu).
Salam Tuan,
Ada beberapa gambar dalam blog tuan saya muat-turun dan saya gunakan dalam blog. Semoga tuan redha dan semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan.
Terima kasih
Catat Ulasan