Kisah kali ini ialah makan angin ke Cameron Highland. Actually dah 2-3 dah aku pi Cameron Highland ni. Yang kerapnya ialah masa on the way balik dari Kelantan ke KL. Bila sampai je kat Gua Musang tu terasa ada feel nak tukar angin lalu ikut Cameron Highland. Mengikut perkiraan GPS aku, lalu ikut CH ni masa perjalanan dia lebih 1 jam berbandingkan lalu ikut Lipis Raub Bentong. Tol pun for sure lebih la jugak sbb dari Tapah ke Duta berbandingkan Karak Gombak.
Untuk ke CH ni ada 4 pilihan jalan iaitu Tapah-CH, Simpang Pulai (Ipoh)-CH, Gua Musang-CH dan Raub (Sg.Koyan)-CH.
Ini adalah sebahagian drp. jalan Gua Musang-CH. Jalan memang cun, lebar & kurang kenderaan. Setakat nak lari 130 Km/j tu, mo manthai. Jarak masa perjalanan +/- 1 jam.
Hak ni adalah sebahagian drp jalan Simpang Pulai (Ipoh) - CH. Jalannya kurang lebar & selekoh agak rapat jika dibandingkan dgn jalan Gua Musang Lojin CH. Keta pun agak banyak. Jarak dari KL-Simpang Pulai-CH +/- 270 Km.
Hak ni pulak sebahagian drp jalan Tapah-CH. Jalannya mcm ular kena palu. Mcm jalan Baling-Kroh yg lama. Nak buleh over take, memang sakit. Kalau terikut kat belakang lori ke, bas ke hatta sesama keta sekalipun, memang bercinta la nak buleh ke memotong. Silap haribulan, bertembung dgn lori sayur. Melainkan kepada mereka-mereka yang rasa amalan dah cukup, hidup kat atas dunia ni pun dah lama, tak dak tanggungjawab kat mak bapak dan anak bini, haa.... boleh la pulun tekan minyak memotong.
Jarak dari KL-Tapah-CH l/k 210 km.
Inilah rupa salah satu drp. ladang strawbery antara main product Cameron Highland. Ada pakej 3 org masuk kutip sendiri utk 1/2 kilo bayar RM20.
Strawbery jenis tanam kat dalam pasu. Kalau nak beli, sepokok / sepasu tu harga dia RM12. Masalahnya, boleh ka strawbery tu berbuah dgn suhu kat rumah kita ? Karang buat habeh duit beli baja saja. Pokoknya gila daun, bebuahnya tidak.
Manakala ladang strawbery yg ni pulak jenis tanam kat dalam polybag.
Tak tau pulak aku berapa jangka hayat pokok strawbery ni. Daun dia sekali tengok mcm daun pegaga.
Umph .... sedapnya strawbery. Kalau nak beli strawbery ni, better beli kat pasar tani di Brinchang. Tak tau la seminggu berapa kali tapi hari Ahad for sure ada.
Inilah sebahagian drp. pemandangan pasar tani kat Brinchang tu. Tepi main road ja.
Land Rover mcm ni adalah pemandangan biasa & banyak didapati di Cameron Highland ni. Memang powerful agaknya utk. meragas bukit, lembah & jurang kat Cameron Highland ni.
Selection of vagetable. Pilih...pilih... 8 bungkus sepuluh ringget. Buleh campur. Seminggu ni makan sayur ja.
Sarang lebah bela punya. Boleh makan madu dgn. sarangnya sekali utk lebih power. V power.
2 cucuk 1 piring. 1 piring 2 ringget. 3 piring 5 ringget.
3 botol 50 ringget. Talking about madu ni, teringat bini aku pernah request aku bawa balik madu Sudan. Aku pun tanya la dia balik, "ummi nak madu mati ka madu hidup?". Bini aku tanya balik, "madu mati tu mcm mana, madu hidup tu pulak hak mcm mana?". So aku pun dgn bersemangat jawab la, "madu mati tu hak biasanya kat dalam botol tu. Manakala madu hidup, hak makan nasik mcm ummi tu la ...he..he..he....".
Ohhhh ... tidak !!! Katakan "TAK NAK" pada madu !!! Madu 3 P Ramlee.
Pelbagai jenis kaktus. 1 pasu 2 ringget. 6 pasu 10 ringget. Pasu yg kecik tu lah !!!
Pokok tanduk rusa. 1 pasu 18 ringget.
Orkid 1 pasu 45 ringget.
Mana harga dia ??? Tak jumpa harga plak !!!
1 jambak 6 ringget. 2 jambak 10 ringget.
Last visit is ladang teh. Tak sah la kalau datang Cameron Highland tak visit ladang teh, kan !!!
Cameron Bharat tea plantation. Kalau naik dari Tapah, ladang teh ni yg mula-mula kita akan jumpa. Hati-hati kalau nak turun tengok pokok teh dari dekat especially selepas hujan. Dengan keadaan yg curam & tanah yg licin tu, silap hari bulan, boleh tergolek sampai ke bawah lembah sana. Awas ya ... !!!
Aktiviti memungut daun teh. Sorry, gambar ni aku cedok dari internet sbb masa aku melawat ladang teh ni, bukan time pekerja memungut daun teh.
Kesimpulannya, tanah Cameron Highland ni nampaknya memang subur. Hal ini bertepatan dgn. firman ALLAH s.w.t. yg bermaksud :
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan