Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Rabu, 23 September 2009

Ahad, 20 September 2009

Aidil Fitri di Sudan.


Takbir raya Sudan version. Video ini dirakamkam pada majlis solat sunat Aidil Fitri di WNPOC Thar Jath base camp, Sudan tahun 2009.

Dalam video ini adalah sebahagian drp. kawan-kawan yg. ditakdirkan tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Sebahagiannya lagi yg. ada disite & belum menghadirkan diri ke upacara ini ketika video ini dirakamkan.

Di Sudan, memang mengamalkan solat sunat hari raya di tempat lapang. Tahun ini, jemaah adalah kurang berbandingkan tahun-tahun yg. lepas kerana ramai drp. Contractor dah demob drp. TJ area.

Kami bersama kawan-kawan Sudanese selepas upacara solat sunat hari raya.

Inilah diantara juadah hari raya yg dibawa dari Malaysia.

Jumaat, 18 September 2009

Isnin, 14 September 2009

Jagung Afrika

Cua tengok jagung ni. Ini bukannya jagung buruk. Tapi memang kala dia mcm. tu. Kawan aku kata, jagung Afrika memang macam tu.

Jagung ni dibeli dekat kampung kat-kat sini ja. Bukannya apa, tengok pokok jagung rasa mengidam nak makan jagung. Tapi hajat tu tak kesampaian pasai jagung ni keras. Jagung ni bukannya tua sgt. tapi memang jenis dia keras.

Aku tanya orang-orang sini, macam mana depa makan jagung ni. Depa kata, depa bakar. Tapi tengok pada gaya tu, hang bakar ka, hang rebuih ka, tak kan empuk punya.

Tak pa lah, tunggu lah sebulan setengah lagi (1 Nov. 09), aku balik cuti, makan jagung rebuih kat pasar malam ka, kat Giant ka, lagi sedap. Kannn ... !!!!