Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 23 Januari 2010

Back To Sudan.

Alhamdulillah, setelah berakhirnya misi aku bersama project team hampir 3 bulan yang lalu, aku telah mendapat tawaran untuk kembali semula ke Sudan. Tetapi kali ini untuk misi yang berbeza iaitu bersama dengan Production team pula sebagai Mala Transmission Line team leaderKalau bersama dengan project team dulu term aku 70 hari berkerja 20 hari cuti, tapi dengan bersama Production team kali ini, term aku lebih attractive iaitu 30 hari bekerja dan 30 hari cuti.

Sebenarnya, aku bercita-cita untuk merantau ke negara lain pula seperti Turkmenistan ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Qatar ke. Apa-apa pun, alhamdulillah, kita hanya mampu merancang. Namun perancangan ALLAH s.w.t jualah yang terbaik.

Sukalah untuk aku sentiasa mengingati diriku sendiri untuk sentiasa bersyukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :

"Barang siapa bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan siapa kufur, ingatlah, sesungguhnya azab-Ku amat pedih"

Sesampainya aku di Khartoum, aku diraikan makan malam bersama Pak Ya as a my boss since 2005 dulu dan juga Ahmad bin Bajuri (ABB), member lama since PFK-Gurun project tahun 1998 dulu.

Aku terpaksa spend beberapa hari kat Khartoum office ni untuk urusan sign contract, buat ID pass dan seumpama dengannya sebelum aku boleh turun ke site yang jaraknya 1000 km @ 2 jam perjalanan dengan flight.
Malam keduanya, aku diraikan untuk makan malam bersama member kat site yg sedang bercuti, Mr. Atief Sharawi - Construction superintendant. Makan "chaya" - daging kambing bakar.
Malam ketiganya pulak, aku diraikan pula oleh boss lama dlm project team dulu, Mr. Kusaimi bersama dengan member-member lama dari Contractor - Muhibbah, Mr. Salleh dan En. Masli.

Makan chaya lagi. Kali ini ada tambahan sikit iaitu chaya (daging kambing), tulang kambing dan .... telur kambing. Semua tu habis 134 Sudanese Pound = RM 214.
Besoknya ptg. Jumaat (cuti), Mr. Kusaimi ajak pi memancing kat sungai Nile pulak. Mr. Kusaimi bawa 3-4 orang student. Manakala aku di pick-up oleh Salleh & Masri. Zul (Centroid) & orang rumah dia pun ikut joint sekali.
Aku ni bukanlah kaki memancing. Saja suka-suka pergi jalan-jalan tengok tempat orang.
Aku, Salleh & Zul turun mandi kat sungai Nil. Boleh bertahan 15 minit saja, pastu lari naik. Tak boleh tahan, sejuk ketar sampai belaga gigi.

Lepas tengok matahari tenggelam, kami solat maghrib berjemaah kat tepi sungai tu, pastu terus balik semula ke Kharotum.

Nota kaki :

Masa mola-mola aku sampai kat Sudan taun 2005 dulu, depa ada kata, sapa-sapa yg minum ayag sungai Nil ni, satu hari nanti pasti dia akan mai balik ke Sudan ni.

Tapi rasanya bila masa pulak aku minum ayag sungai Nil ni. Kalau makan ikan talapia drp. sg. Nil ni, biasa & kerap la.

La ni, depa sebok dok kata kat aku, ikan balik ke lubok. Lubok apa nya ??? Lubok duit la kot !!!

Apa-apa hal pun, ini semua ALLAH taala punya reja. Alhamdulillah !!!

Sabtu, 2 Januari 2010

Walimatulurus - Brother Ram

Alhamdulillah, hari ini pada tanggal 2hb. Jan. 2010, our Production superintendent kat Thar Jath, Sudan, telah selamat mengadakan walimatulurus untuk anak lelakinya. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Selayang di Gombak.

Turut sama menghadiri & memeriahkan majlis tersebut ialah WNPOC President, Mr. Sabri Zain.

Dari rumah, aku datang dgn Kudin together-gether dgn our family. Kat majlis ni, berpeluang juga berjumpa dgn our colleague Mr. Termizi - Mala Team Leader.

Brother Ram, terima kasih banyak diatas jemputan tersebut. Semoga majlis Brother Ram ini mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t. Amin !!!