Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 1 Januari 2011

Sudan - nomad.

Pada paparan kali ini, ingin aku berkongsi dengan anda semua tentang kisah perjalanan kaum nomad di Sudan ini. Mereka adalah pengembala kambing dan lembu yang sentiasa berpindah randah mengikut keadaan musim. Contohnya, apabila di bahagian utara Sudan menghampiri musim panas, mereka akan berpindah ke selatan yang sedang mengalami musim hujan untuk mendapatkan rumput yg menghijau. Begitulah juga sebaliknya.
Kambing yg dipelihara disini adalah berbeza dgn kambing ditempat kita. Kambing jenis ini dikenali sbg. "kharuf". Manakala kambing spt. kat tempat kita tu dikenali sbg. "rhanam".
Ramai drp org kita, mula-mula sampai Sudan ni, tak berani makan Kharuf ni. Katanya takut tangkap kepala - darah tinggi la tu !!! Tapi setelah makan dan makan ternyata tarak apa-apa. Lepas pada tu, menambah-nambah la pulak makannnya. Memang sedap.
Time mcm ni, kalau kita drive melawan arus, buleh gagah. Tapi kalau kebetulan kita drive sama arah dgn pergerakan kambing & lembu ni, haaa... pasang !!! Berjanggut la jawabnya nak buleh ke lepas.
Inilah kehidupan mereka. Ada yang naik lembu.
Ada yang naik unta. Unta with carrier. Agaknya lah ... unta macam ni lah kot yg nabi s.a.w maksudkan dlm. hadith nya yg bermaksud "Apabila suamimu berhajat keatasmu, hendaklah kamu (isteri) menunaikannya hatta diatas belakang unta sekali pun".
Unta mcm ni dak la kot even with carrier.
Ada yang naik kelde.
Sedap agaknya naik lembu ni, lena semacam.
Tengok... bukan setakat tuan lembu tu je yg reti pandang kat kamera, dgn lembu sekali paham utk ber"posing". Cuma lembu tu tak reti nak sengeh mcm nko rang je !!!
Apa-apa hal pun, kita kena lah menghormati mereka kerana that is their life. Cuma kita tak dapat nak agak kemanakah hala tuju & masa depan anak-anak mereka. Macammana nak sekolah, dok reja pindah randah saja. Dan kita .... berbanyak & sentiasalah bersyukur kerana kehidupan kita pastinya lebih baik dan lebih sempurna dari mereka. So, sebutlah ... "ALHAMDULILLAH..."