Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Jumaat, 24 April 2009

Umrah Transit - Hari ke 6 (Isnin, 20 April 09)

Pukul 3 pagi, bas kami memasuki tanah haram Madinah al-Munawarah, "kota bercahaya".
Inilah hotel tempat penginapan kami selama di Madinah.
Masjid Nabawi dari tingkap hotel tingkat 14.
Setelah check-in, lepak sekejap. Pastu terus ke masjid kerana telah masuk waktu subuh.
Pada pukul 7 pagi, kami diberi taklimat oleh mutawif tentang ziarah dalaman. Lalu dibawa masuk ke masjid Nabawi.
Bahagian belakang & pintu masuk utama ke Masjid Nabawi.

Setelah selesai solat tahiyatul masjid, kami dibawa menziarahi maqam junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.Inilah bahagian hadapan maqam Rasullullah s.a.w. yg kat lubang coint besar sebelah kiri. Manakala di sebelah kanannya, lubang pertama ialah maqam Saidina Abu Bakar r.a. & sebelahnya lagi ialah maqam Saidina Umar Al-Khattab r.a. - (gambar scan dari postcard).

Disini, kita dianjurkan memberi salam kepada Rasullullah s.a.w. & sahabat r.a. yg tersebut. Sebagaimana sabda nabi s.a.w. yg sering di ucapkan oleh khatib ketika khutbah jumaat yg maksudnya : " Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi, maka berselawatlah kamu keatas nabi".

Nabi s.a.w. juga bersabda.; "Barang siapa berselawat keatas ku dengan satu salam, maka ALLAH akan berselawat keatasnya dengan 10 salam''.

Dalam hadith yg lain, nabi s.a.w. ada bersabda yg maksudnya,; "Barang siapa yg disebut namaku dan dia tidak mengucapkan salam kepadaku, maka orang itu adalah yg paling bakhil sekali".
Ini photo yg aku curi-curi ambil. Beginilah keadaan di bahagian hadapan maqam yg dipenuhi orang yg berziarah & dikawal oleh polis dan petugas masjid. Sekiranya kita mengangkat tangan untuk berdoa ketika mengadap maqam Rasullullah, polis atau petugas masjid akan segera menegah dan menyuruh kita pusing membelakangi maqam Rasullullah, iaitu mengadap ke arah kiblat. Ini kerana hanya ALLAH sahajalah yg layak disembah dan tempat kita berdoa dan memohon pertolongan. Rasullullah hanyalah "messenger".

Bahagian belakang rumah & maqam Rasullullah, di dalam masjid Nabawi.
Ini adalah bahagian hadapan Masjid Nabawi. Dibawah kubah hijau itulah letaknya maqam Rasullullah. Manakala, dibawah kubah putih itu pula terletaknya Raudhah.
Selepas menziarahi maqam Rasullullah, kita dianjurkan masuk ke Raudhah dan mendirikan solat sunat 2 rakaat. Raudhah ini letaknya diantara maqam Rasullullah s.a.w. dan mimbar masjid.
Inilah Raudhah. Gambar ini terpaksa aku scan dari postcard kerana in actual condition, tempat ini sentiasa dipenuhi orang sehingga untuk bersujud semasa bersolat juga amat sukar.

Mengikut hadith sahih Bukhari & Muslim, Rasullullah s.a.w. ada bersabda yg. maksudnya :

1 - Tempat yg. ada diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga.

2 - Mimbarku berada di atas taliair daripada beberapa taliair didalam syurga.

Oleh itu, janganlah lepaskan peluang untuk berdoa disini.
Semua carpet didalam masjid Nabawi berwarna merah. Hanya di Raudhah sahaja carpetnya berwarna hijau.
Setelah Raudhah, anda akan dibawa menziarahi Perkuburan Baqi iaitu perkuburan ahli-ahli Madinah sejak zaman Rasullullah sehinggalah sekarang. Pagar tembok yg kelihatan itulah Perkuburan Baqi. Gambar ini diambil dari pintu berdekatan dengan maqam Rasullullah dibahagian hadapan Masjid Nabawi.
Inilah maqam isteri-isteri nabi : Juwairiyah binti Harith, A'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, Saudah binti Zam'ah Al-Amiriyyah, Hafshah binti Umar bin Khattab, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salmah binti Abu Umayyah, Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan & Soffiyyah Al-Israilliyah binti Hayy.

Waktu ziarah ke maqam Baqee ini adalah selepas subuh sehingga pukul 9 pagi & selepas asar. Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan ini.

3 ulasan:

ahmad bajuri berkata...

Salam Joe, jelous nya aku. Please doa supaya aku di lapangkan Allah supaya dapat jejak kaki bertandang ke rumah Nya lak. Or kalau you leh guide lagi bagueh.

Tanpa Nama berkata...

saya bekerja dgn MAS. Kata sinis saudara mengenai pesawat MAS yg 1/2kosong kurang manis bagi saya. Saudara tau berapa ramai orang melayu yg bekerja dgn MAS? Tau berapa ramai orang melayu profesional yg bekerja dgn MAS? Saudara tau tak MAS adalah satu organisasi aviasi terbesar dimana ramai orang melayu didalamnya dan ramai anak anak melayu di didik menjadi licensed aircraft engineer. kalau saudara rasa boleh menguruskan sebuah airline, dgn mematuhi semua syarat-syarat antarabangsa yg ketat.. silakan. ada syarikat penerbangan tambang murah yg sangat hot sekarang dan flight sentiasa penuh tapi jika saudara tahu cerita disebalik tabirnya, saudara sumpah tak kan jejakkan kaki di atas pesawat nya.
Jangan biasakan memberikan komen sinis di blog sebigini terutama sekali bila ia menjatuhkan bangsa sendiri.

Jauhari berkata...

Tuan Tanpa Nama,terima kasih kerana mengunjungi blog sinar permata.Terima kasih juga kerana meluangkan masa memberi komen tentang catatan saya.Disamping itu, saya juga memohon maaf kerana menyinggung perasaan tuan.

Tuan,sebagai warganegara Malaysia, saya juga menyokong MAS.Cuma apa yg saya kesalkan ialah kenapa ramai rakyat / syarikat / gomen Malaysia sendiri tidak support MAS. Contohnya pakej umrah, berapa byk travel agent yg. menggunakan Qatar Airway, Royal Jordan, Saudi Airline dsbgnya sedangkan MAS ada route KL-Jeddah.

Contoh ke-2, pekerja M'sia yg bekerja diluar negara,kenapa tidak disyaratkan menggunakan MAS w/pun terpaksa tukar airline utk route ke-2(connecting flight).

Tuan sendiri lebih maklum, contohnya Emirates & Qatar boleh terbang 3X sehari dari KL ke Dubai/Doha. Kalau dah satu flight 500 org. x 3 trip sehari x 7 hari seminggu / sebulan / setahun,dah berapa? Takkan semua penumpangnya tok Arab kalau tidak sebahagian besarnya M'sian.

Bukan nak buat perbandingan MAS dgn Air Asia.

Kami sendiri, kalau dibagi pilihan for sure kami pilih MAS. Tapi itu tidak berlaku.

So, my point is mcm mana @ apa strategi MAS utk menarik balik penumpang airline lain terutamanya M'sian utk menggunakan perkhidmatan MAS? Bagi la borang kaji selidik kat kami.Counter offer, bagi special pakej & buat persaingan sihat dgn airline lain. Bila terbang penuh, baru kita apply utk menambah kekerapan penerbangan itu sendiri.

Komen yg saya berikan adalah dgn harapan kearah pembaikan bukan utk menjatuhkan.

Dasar k'jaan pastinya memainkan peranan penting. Kalau dasar itu sendiri tak boleh nak membantu, tak yah le pangkah ....