Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Rabu, 7 Julai 2010

Kemalangan Maut.

Berikut adalah paparan sebahagian daripada kisah suka & duka aku selama berada di Sudan. Kisah aku dibicarakan kerana terlibat didalam satu kemalangan maut. Ingatkan hari tu, bersarang dah kepala aku dengan peluru AK 47. Atau setidak-tidaknya kena kurung kat dalam kontena di balai polis pasar KM 50. Tapi, alhamdulillah, ALLAH itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segalanya berjalan dengan aman, mendapat bantuan, pertolongan & sokongan daripada berbagai pihak.
Inilah suasana & keadaan didalam pejabat wakil Korch commissioner. Beliau sedang memberi nasihat & pendapat kepada wakil mangsa kemalangan tersebut.

Nasib baik jugak ketika perbicaraan itu hari tidak hujan. Kalau tidak, basah lokoih la jawabnya.
Walaupun dinding bersimenkan tanah, dinding & bumbong dari batang rumput semacam pokok jagung, tapi lantai standard - beralaskan tikar getah.
Ahmed Hamzah - diantara wakil company yg menemani aku. Depa cakap Arab, manalah aku paham. So, aku reja ambek gambar je lah. Tangan tak kena gari, boleh la cargas sikit.
Oleh kerana perbicaraan ini berakhir dengan suasana yang harmoni, maka selapas itu aku di bawa round-round tengok kampung & rumah dia orang. Layan je lah. Janji satu bala sudah terlepas.

Inilah mangsa kemalangan maut tersebut. Muka dia remok kena gelek tayar Land Cruiser aku. Al-hasil, aku dikenakan bayar ganti rugi / pampasan sebanyak USD 200.

Inilah tuan punya anak kambing tersebut. Walaupun bukan muslim tapi beliau memakai kopiah putih. Hak muslim sebelah dia tu pulak pi pakai topi sudu.

ALLAH ada berfirman yang bermaksud : "ALLAH tidak melihat kepada pakaian kamu, rupa paras kamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu".

So, okay la kan !!!!!