Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Rabu, 2 Februari 2011

Balik dgn Qatar Airways

        Balik cuti kali ni agak rushing sikit. Plan asalnya aku nak stay satu hari kat Khartoum sebab nak pegi opis utk clearkan a few item. Unfortunately, the day aku suppose to keluar dari site, flight kena grounded due to maintenance matters.

        Dah la kena delay satu hari keluar dari site, hari keluar tu pulak time delay lagi due to flight yg dah touch down kat site fly pegi Juba pulak ambek operator. Then came back about 2 p.m. Al-hasil, sampai Khartoum dah pukul 5 ptg. Tak sempat dah nak pegi lepak kat hotel transit.  

      Lepak lah 5 orang kami kat Khartoum domestic arrival hall ni sambil menunggu sadiga Abdul Malek tu hantar pasport & air ticket. Masa ambek gambar ni pun, kena sound pulak dgn airport security. Katanya kawasan airport ni tak dibenarkan ambek gambar. Amende le Sudan ni !!! Boring je kita orang dengar. Public area macam ni pun jadi kawasan larangan bergambar gak ke ...
          Pkl. 9 mlm. baru terbang dari Khartoum ke Doha. Pkl 12.15 mlm sampai kat Doha. Actually, aku dah bertahun dah tak naik Qatar Airways ni. My prefer airline is Emirates. Tapi kali ni terpaksa sbb booking kita org. dgn Emirates kena cancelled at last minute sbb Emirates tak nak berurusniaga dgn Sudan unless kita beli tiket tu pakai kredit kad yg bank nya out of Sudan. Kalau you beli tiket dia pakai USD atau Euro sekali pun they still wont accept because katanya they cannot transfer their asset to out of Sudan. 

             Tak tau lah kalau lepas ni, Qatar and others airline pun follow / take the same action gak then mampoih la !!! Silap-silap hari bulan, kena landing kat Jeddah then naik feri menyeberang Laut Merah ke Port Sudan. Pastu baru ambek domestic flight ke Khartoum. Mintak-mintak jangan la ... Letih ooooo travelling lama-lama mcm ni. Tak dan sampai kat tempat keja lagi, dah lembek dah.
           OK, back to our story, oleh kerana connecting flight Doha - KL esok pagi baru ada, maka airline provide la hotel. Not bad, aku tgk rate dia +/- RM 1150 jugak semalam. Alhamdulillah, ALLAH taala nak bagi merasa tido kat hotel mahal, terima je lah. Kalau sendiri bayar, sorry naik lori la. Banyak lagi benda lain nak pakai duit. Kalau badan dah letih & mata dah mengantuk sangat, hotel tak dak bintang pun boleh tido nyenyak. Tapi kalau dah dibagi pilihan, why not.
 Besok pagi, bersarapan dulu kat hotel. Member lain dah belah dah sbb dia orang nak lepak lama kat Business lounge.
 Various of roti. My favourite sampai bini aku cakap tengok muka aku pun dah macam roti. Ada ke patut. Tak pa lah, asalkan jangan macam roti benggali dah la !!! 
 Pemandangan dalaman hotel ni dari fifth floor.
            Qatar airways buah ni satu aku suka. Dia transfer business class passenger dia kalau tak pakai BMW 7 series, dia pakai keta hitam macam kat dlm gambo tu. Jadi lah kan !!! Nak beli sendiri tak mampu, merasa jadi tuan dok melentang kat kosyen belakang 10-15 minit travelling dari hotel ke airport, cukup la.
             Salah satu sudut pemandangan dlm Qatariah business class lounge. Pada aku, aku lebih suka Emirates punya lounge sbb lebih luas & lebih banyak pilihan makanan. 
 
           Satu lagi boleh bagi bintang kat Qatariah ni, dia punya business class & first class passenger dia totally separate terminal drp. economy class passenger. Kat sini, turun je dari lounge, terus boading. Boarding tu pulak, jalan 7-8 langkah, terus naik transfer bus yg telah sedia menunggu. So, tak la serabut sgt. dgn ramai passenger mcm kat Dubai airport sampai kan suasana macam pasar borong. 
 Yang tak bagoih nya Qatariah ni, flight dia semua parking kat luar. Airport dia memang tak dak aero bridge. Semua penumpang tak kira apa class pun dia transfer pakai bas. Jenuh round. Rasa mcm naik BBAS (Bas Bandaran Alor Setar) masa zaman aku sekolah dulu la !!!

Note : Oleh kerana BBAS ni round merata lorong, instead of nama dia bas bandaran, kami panggil dia dgn nama "Bas Bandaround". Bayar tiket 2 kupang, dia bawa round sampai nak muntah.
            Kalau dah airport tak dak aero bridge, flight parking merata & transfer passenger pakai bas, apa lagi - tak kira hang economy class ka, hang business class ka, hang first class ka, hampa merangkak la panjat tangga naik masuk ke dalam perut kapai terebang tu. Tak hujan tak pa !!!

                2 org member kat sebelah tu tgh sengeh-sengeh pramugari ambek gambar dia orang. Aku tak boleh la ambek gambar dgn pramugari, kang saja ja kena pulas telinga dgn pramugari kat rumah nanti. Macam ni la kalau dah balik sekali ramai-ramai. Masing-masing panjang akai. Jangan sampai passenger lain kata "perak, macam jakun", dah le !!!
               Business class ni makan memang boleh mintak sokmo. Reja makan sampai sebu perut. Dalam banyak2 makanan tu, aku suka yg simple saja - buah, roti bakar & green tea.
 
             Nasik lemak dia pun, orait jugak la. Ada sambal udang 3 ekog, telog mata kerebau sebijik, timun dua ulas & sayur kacang panjang. Masuk ke kacang panjang dgn nasik lemak??? Mushkil ni !!!
                   7 jam dalam flight, nak buat apa ??? Makan tak larat nak makan dah. Org yg suka tgk movie boleh layan movie. Org suka main games, boleh layan games. Audio mengaji dari qari yg sedap-sedap pun ada la jugak. Bagoih la kalau boleh dgr mengaji. Apatah lagi dok kat atas awan tinggi-tinggi mcm ni, sendiri mau ingat la ... kan !!!  At the end, perebah kosyen melentang layan tidog je lah.
                  Tengok tu... sarjan Azhar, syoknye tidog. Siap bergolek macam tidog kat atas katel di rumah dia saja dibuatnye. Brother Ramle pulak, rileks and cool je. Ntah amende yg dilayannye tu...

Masa penerbangan, simple je. Kalau terbang dari Doha pkl 9 pagi, sampai KLIA pkl 9 mlm. Mcm tu lah jugak kalau terbang dari Doha pukul 9 mlm. anda akan touch down KLIA pkl 9 pagi. Tapi kalau terbang dari KLIA pukul 9 mlm, anda akan sampai di Doha pkl 11.30 mlm. Atau kalau terebang dari KLIA pkl 3.45pg. anda akan sampai kat Doha pkl. 6 pg. Haaaa... kira mcm mana tu ??? (Masa yg tertera adalah mengikut local time di negara tersebut).

That all story aku pada kali ini. Dikesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada company tempat aku bekerja kerana entitlement business class for every month come and go disamping ... yaahhh... good salary. Cukup untuk sara anak bini dan keperluan juga kewajipan yg lain.
And... the most important things, Alhamdulillah, bersyukur saaangat aku kehadrat ALLAH s.w.t. kerana telah memilih aku untuk menikmati kesemua nikmat dunia ini. Sesungguhnya, aku bukanlah orang yg selayaknya. Tetapi oleh kerana dengan rahmat & kasih sayang Mu, memilih aku, maka aku terima dgn akur. Dan.... jadikan aku hamba yg sentiasa mensyukuri diatas nikmat pemberian Mu. Amin !!!
Sekian. Salam sayang dari aku yg jauh. Sejauh nama yg mak ngan abah aku bagi - JAUHARI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehhhh ... baru TERPERASAN. Kalau NOT tak sebut memang tak perasan. JAUHari ... ermmm patutler .. rezeki jauh di tempat orang. ALhamdulillah .. dah nampak kan sedikit dari HIKMAHnya bernamakan JAUHari .. he he ..!! tapi rasanya tak da sapa panggil nama tu. Kalau ada.. ntah ke sokmo jauh je . Now i know .. what made u grow bigger and bigger .. ermmm asyik makan n tidur je berjam-jam. Patutlerr .. memang pun kalau duduk BUSINESS CLASS kita di layan bagai orang VVIP. Makan jenuh .. layanan of coure lerr .. kalah bini di rumah .. he hee .. sebab ramai terKAHWIN ( kali ke dua or ke tiga i mean ) or kawin ( yg ni yang jatuh cinta kali pertama ) dengan pramugari. Sultan Pahang .. anaknya .. hahhhh antara yang terpikat dengan layanan dan senyuman manis dan mesra pramugari. Apapun .. thanks for sharing ur experiences ... i enjoy the story and the pictures ... tangkap gambar makanan di lounge n dlm flight selalu ye .. kak yah