Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Jumaat, 24 April 2009

Umrah Transit - Hari ke 8 (Rabu, 22 April 09)

Hari ini adalah hari terakhir aku di bumi ambia' ini. Setelah membuat ziarah wada ke maqam Rasullullah s.a.w. dan bersolat subuh, aku bergegas ke airport Madinah sebab domestic flight aku ke Jeddah depart pukul 7.30 pagi. Group aku yang lain, dijadualkan berihram di hotel kemudian bertolak ke Mekah dengan bas pada pagi ini juga. Mereka akan berniat umrah di miqat Bir Ali yg jaraknya 10 km dari Madinah.
Aku tiba di King Abdul Aziz International Airport Jeddah pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 12.20 t/hari, pesawat Saudi Air yg aku naiki bertolak dan sampai di Khartoum, Sudan pada pukul 2 ptg.
Deretan Bazar yg terdapat di sekeliling masjid Nabawi. Lebih popular dgn panggilan "tempat melontar" - melontar duit.
Mudah untuk membeli belah di Mekah & Madinah ini kerana rata-rata peniaga boleh berbahasa Melayu. Rasa macam bershopping kat Malaysia saja.
Berbagai pilihan kurma. Kurma nabi (Ajwa) 70 Riyal (RM 70) sekilo.

Amalkan memakan 7 biji kurma Ajwa setiap pagi. Ia dapat mengelakkan drp. racun & sihir.

Sebaik-baiknya ada kurma dari Makkah & Madinah dirumah kerana jin & syaitan tidak suka kurma dari Makkah & Madinah.

Begitulah sedikit sebanyak serba ringkasnya catatan perjalanan ibadah umrah & ziarah aku ke Makkah al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita bersama,insyaALLAH. Amin ya Rob.


Dan... semasa di Makkah dulu, ketika dihadapan kaabah, aku juga telah berdoa kepada ALLAH s.w.t. agar semoga sesiapa sahaja yg bakal membaca catatan perjalanan ibadah umrah & ziarah aku ini kelak, aku memohon agar ALLAH s.w.t. juga membuka pintu hatinya, memurahkan rezekinya, memberikanya kekuatan, kelapangan dan dipermudahkan segala urusan sehingga tuan-tuan dan puan-puan semua turut dapat datang untuk menjadi tetamu ALLAH. Amin !!!

Bagi mereka-mereka yg. berminat, anda boleh lah melihat harga pakej-pakej yg. ditawarkan, aturcara harian di Makkah & Madinah, jadual penerbangan dan sebagainya dengan melayari web ini : www.umrah-ziarah.com

Firman ALLAH yg. maksudnya; "Barang siapa bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku. Tetapi barang siapa kufur,ingatlah sesungguhnya azab Ku amat pedih".

Labbaikallahum malabbaik - Aku sahut panggilan Mu ya ALLAH.
Labbaikala shari kalakalabbaik - Tidak ada sekutu bagi Mu ya ALLAH.
Innalhamda wannaqmata lakawal mulk laa shari kalak - Sesungguhya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu ya ALLAH. Tiada sekutu bagi Mu.

Tiada ulasan: