Tengok dari jauh saja. Untuk mendaki keatas hingga ke gua tersebut memakan masa hampir 2 jam. InsyaALLAH, aku berazam bila datang next trip, aku nak ajak sape2 yg berminat utk. mendaki hingga ke gua di puncak bukit Thur ini.
Lokasi ke-2, ialah Jabal Rahmah. Disana adalah tempat pertemuan nabi Adam Alaihissalam dgn. ibu Hawa. Dikatakan, disini adalah tempat yg. sangat mustajab utk. berdoa terutamanya bagi kaum lelaki yg. telah ber"isteri" utk. ber-is two, is three and ber-is four.
Pemandangan Padang Arafah dari puncak Jabal Rahmah.
En. Basheer, pengusaha restoran ABC Mydeen, sering datang mngerjakan umrah sebagai tanda syukur diatas kejayaan beliau dalam perniagaan.Aku ada bertanya dekat one of the my room-mate, En. Basheer, tauke restoran ABC Mideen, "Nana nak mintak berapa hari ini? Is-two ke, is-three ke atau terus is-four?" Jawapan yg diberikan: "OOooo.... itu saya tak mau cari pasal. Kita mau minum susu saja, lembu kita tak mau bela". So.... mengenangkan cik puan kat rumah aku tu pun bukannya ada apa2 masalah pun. Malah, dia telah byk. bersusah payah menjaga anak2 aku selama aku dok keluar merantau ni. Akhirnya aku pun tak dak la berdoa apa2 pun kat sini. Aku buat keputusan, aku pun nak minum susu saja.
Notice board kat dataran Jabal Rahmah. Yang bawah sekali tu adalah berbahasa Melayu. Aku pun tak dapat nak agak apa yg special sangat bahasa Melayu di tanah Arab ni sehingga diberi ruang yg paling panjang sekali. Nak kata ramai orang Melayu yg buat amalan khurafat atau bidaah kat atas puncak Jabal Rahmah tu, tak da pulak aku nampak. Yang ramainya, Melayu dok sebok bergambar dgn. unta, ada la !!!
Tempat melontar yg diperbesarkan menjadi 3 tingkat untuk persediaan musim haji yg. akan datang. Kata mutawif aku, jemaah haji nanti tak perlu lagi bersusah payah mengutip batu lagi utk dibuat melontar kerana kerajaan Arab Saudi akan menyediakan batu didalam uncang yg akan diberikan kepada setiap jemaah.
Khemah2 kosong yang hanya digunakan dalam musim haji.
Lawatan kami berakhir di Jaaranah, satu lagi miqat tempat jamaah berniat umrah. Disini kami mengenakan pakaian ihram, solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. Setelah itu, kami kembali ke Baitullah untuk menyelesaikan ibadah umrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan