Sebenarnya, aku bercita-cita untuk merantau ke negara lain pula seperti Turkmenistan ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Qatar ke. Apa-apa pun, alhamdulillah, kita hanya mampu merancang. Namun perancangan ALLAH s.w.t jualah yang terbaik.
Sukalah untuk aku sentiasa mengingati diriku sendiri untuk sentiasa bersyukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :
"Barang siapa bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan siapa kufur, ingatlah, sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
Aku terpaksa spend beberapa hari kat Khartoum office ni untuk urusan sign contract, buat ID pass dan seumpama dengannya sebelum aku boleh turun ke site yang jaraknya 1000 km @ 2 jam perjalanan dengan flight.
Makan chaya lagi. Kali ini ada tambahan sikit iaitu chaya (daging kambing), tulang kambing dan .... telur kambing. Semua tu habis 134 Sudanese Pound = RM 214.
Lepas tengok matahari tenggelam, kami solat maghrib berjemaah kat tepi sungai tu, pastu terus balik semula ke Kharotum.
Nota kaki :
Masa mola-mola aku sampai kat Sudan taun 2005 dulu, depa ada kata, sapa-sapa yg minum ayag sungai Nil ni, satu hari nanti pasti dia akan mai balik ke Sudan ni.
Tapi rasanya bila masa pulak aku minum ayag sungai Nil ni. Kalau makan ikan talapia drp. sg. Nil ni, biasa & kerap la.
La ni, depa sebok dok kata kat aku, ikan balik ke lubok. Lubok apa nya ??? Lubok duit la kot !!!
Apa-apa hal pun, ini semua ALLAH taala punya reja. Alhamdulillah !!!
2 ulasan:
salam,
tak sempat jumpa hanglah JO....selamat menjalankan tugas baru di Mala....sorry Jo...barang2 hang aku simpan.....harap2lah tak ada yg ilang......aku join balik crew offshore aku....aku naik tgh bulan2 nie.....nasib medical aku lepas.....kira baik juga....6kilo loss....
Khalik, terima kaseh diatas jasa baik hang packing barang2 aku & simpan baik2. Semoga persahabatan kita tidak berakhir di Mala sahaja.
Kalau turun KL, jgn. lupa contact aku,my pren.
Catat Ulasan