Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Ahad, 20 September 2009

Aidil Fitri di Sudan.


Takbir raya Sudan version. Video ini dirakamkam pada majlis solat sunat Aidil Fitri di WNPOC Thar Jath base camp, Sudan tahun 2009.

Dalam video ini adalah sebahagian drp. kawan-kawan yg. ditakdirkan tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Sebahagiannya lagi yg. ada disite & belum menghadirkan diri ke upacara ini ketika video ini dirakamkan.

Di Sudan, memang mengamalkan solat sunat hari raya di tempat lapang. Tahun ini, jemaah adalah kurang berbandingkan tahun-tahun yg. lepas kerana ramai drp. Contractor dah demob drp. TJ area.

Kami bersama kawan-kawan Sudanese selepas upacara solat sunat hari raya.

Inilah diantara juadah hari raya yg dibawa dari Malaysia.

Tiada ulasan: