Pada suatu malam selepas balik drp mayang maghrib kat surau, masa nak masuk pintu rumah, ada seko anak kucing pun kalut nak masuk ke dalam rumah sama. Ntah drp mana datangnya aku pun tak tau. Tiada pula didapati pengenalan diri padanya spt. IC ka, my card ka, surat beranak ka & seumpama dgn.nya. So, aku pun tak tau anak kucing ni siapa tuan dia, siapa ibu bapa dia, siapa adik beradik dia, kat mana rumah dia. Aku ingatkan ada kucing sapa-sapa yg tersesat. Tapi sampai ke hari ini, tidak ada sapa-sapa pun yg dtg menuntut atau mengaku tuan dia.
Oleh kerana anak kucing ni tak byk perangai, tak pernah kencing & berak kat dlm rumah, tak byk bunyi, suka bermain & menikus, so aku sekeluarga pun suka la ambek dia menjadi sebahagian drp ahli keluarga kami. Tak pa la, dia nak menumpang rezeki ALLAH taala. Apa salahnya kan !!!
Oleh kerana anak kucing ni tak byk perangai, tak pernah kencing & berak kat dlm rumah, tak byk bunyi, suka bermain & menikus, so aku sekeluarga pun suka la ambek dia menjadi sebahagian drp ahli keluarga kami. Tak pa la, dia nak menumpang rezeki ALLAH taala. Apa salahnya kan !!!
Oleh kerana kucing ni kecik lagi, so kami pun bagi la nama dia "Kechik". Jiran aku ada syorkan, alang-alang nak bela kucing, bela la kucing Parsi. Tapi kucing ni, bukan aku yg cari tapi dia yg datang. Kucing kampung pun tak pa lah. Dah dia pun suka nak dok kat rumah aku, biar pi lah dia dudok.
Skrg ni, kechik dah ada kawan iaitu "Cek Nab". Cek Nab ni adalah hadiah drp ustaz Suhaimi Maahad tahfiz Ulu Langat semasa aku sekeluarga pegi ziarah dia dapat anak kecik baru. Masa tu, umur Cek Nab ni belum pun sampai sebulan.
Anak-anak aku selalu bawa masuk Cek Nab ni main-main kat dalam rumah. Bila Kechik nampak Cek Nab kat dalam rumah, Kechik pun tumpang nak main sama.
Tapi bila Kechik nak main sama dgn. Cek Nab, kami nak kena monitor lebih la. Takut nanti Kechik buat kasar dgn Cek Nab.
Cek Nab yg ustaz Suhaimi hadiah ni dua beradik. Oleh kerana kecik lagi, ustaz pun tak dapat nak kenal jantan ka betina. Kalau jantan 2-2 atau betina 2-2, nanti nak kena pi beli oasangan dia la pulak.
Aku selalu beli kobis panjang sbb aku suka makan sup sayur. So, sebahagiannya aku makan & sebahagian lagi aku bagi la kat Cek Nab 2 ekor ni.
Alhamdulillah, oleh kerana ALLAH taala bagi kat aku rumah yg ada sedikit halaman, maka aku berpeluang bagi Cek Nab 2 ekor ni lepas bebas bermain. Biasanya aku spend masa pagi 1/2 jam & petang 1/2 jam tunggu monitor Cek Nab ni bermain. Sebagai langkah keselamatan, si Kechik terpaksa aku kurung dalam sangkar dulu sebab Kechik tak makan saman.
Selain drp. Kechik & Cek Nab, sebahagian drp ahli keluarga kami yg lain ialah si ikan ni. Ikan emas merah, ikan emas hitam & ikan bandaraya. Demi keselesaan kehidupan ikan-ikan ni, 3-4 hari sekali terpaksa la spend time lagi utk tukar air akuarium ni.
Itulah sebahagian drp kisah kehidupan kami & sebahagian drp ahli keluarga kami ini. Member2 aku kata, ini semua hobi org berduit !!! Betul ka aku berduit ??? Semoga masa hampa kata aku "berduit" tu, para malaikat tgh. kata "Amiiiinnnn...". Dengan izin ALLAH s.w.t, jadilah aku seorang yg berduit, sentiasa berduit & terus-terusan berduit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan