Umrah yg dibimbing oleh mutawwif,hanyalah 4 kali. Selebihnya adalah diatas anisiatif para jemaah sendiri. Dalam jemaah aku, ada seorang pakcik tu berkesempatan mengerjakan umrah sebanyak 13 kali. Iaitu 4 kali bersama-sama mutawwif dan jemaah lain, manakala selebihnya dgn pergi sendiri ke Tannaim utk bermiqat.
Tahniah aku ucapkan kepada pakcik tersebut kerana kuat semangat dan istiqomah. Sekurang-kurangnya terasa berbaloilah wang ringgit yg dikorbankan utk datang mengerjakan ibadah umrah ini. Semoga, aku juga akan diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t utk melipatgandakan amalan umrah pada kesempatan yg akan datang, insyaALLAH.
Untuk pergi ke Tanaaim secara bersendiri, tidak lah susah. Terdapat banyak van-van yg menyediakan perkhidmatan membawa jemaah dgn. Tambang 2 riyal seorang satu perjalanan. Kalau nak selesa lagi, terutamanya yg. pergi suami isteri, bolehlah naik teksi dgn tambang antara 10-15 riyal satu hala perjalanan. Jemaah bolehlah berpakaian ihram siap-siap dihotel kerana jarak perjalanannya dekat sahaja.
Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.
Hijir Ismail ini ditutup apabila menghampiri waktu solat.
Kalau kita kat Malaysia, pergi ziarah orang balik Makkah, dapat minum air zam-zam gelas kecik saja, 2-3 teguk dah habis. Tapi kat sini punyalah mewah sampai boleh dibuat ambil air sembahyang. Just imagine, betapa nikmatnya.
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan