Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari terakhir - Khamis - 13 Ogos 09.

Pagi ini tak dak apa-apa schedule, just pegi round-round area Corniche & bazaar sementara nak check out hotel.
Bersama-sama jemaah umrah dari Indonesia menikmati air tebu lemon di kawasan bazaar Corniche. Mereka juga dijadualkan berangkat pulang pada petang ini.

Makan t/hari kat restaurant hotel. Buffet 20 Riyal seorang. Kira orait la kan ...!!!
Yang bagoihnya kat Jeddah ni, check-out hotel dia pkl. 2 ptg. So just nice la, lepas check-out, makan t/hari & lepak kat lobi sekejap sementara tunggu time to challoo.

Pkl. 3.30 pekerja hotel tolong dapatkan teksi untuk aku ke airport dgn tambang 40 Riyal sahaja berbandingkan 100 Riyal yg diminta oleh teksi yg aku cari. Perjalanan ke airport mengambil masa l/k ½ jam.
Jeddah Airport - Terminal 2 - Departure Hall (kat sebelah kirinya)

Jeddah Airport - Terminal 2 - Arrival Hall (kat sebelah kanannya)
Pada pukul 5.30 ptg. Gate open for check-in. Berat luggage aku tak diambil kisah sangat. Manakala 2 tong air zam-zam yg beratnya dlm 18 kilo, tidak ditimbang langsung. Alhamdulillah tak kena tambah duit utk. extra berat luggage.
Inilah gambarannya di ruang departure gate. Tidak ada boarding room yg. khusus. Suasananya mcm. kat airport Air Asia je.
Pada pukul 8.30 mlm, flight Emirates yg aku naik berlepas meninggalkan Jeddah ke Dubai. Sampai di Dubai pkl. 12.10 mlm. Transit 3 jam. Pada pukul 3.15 pagi, kami terbang dari Dubai ke Malaysia. Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA pada pukul 2.15 ptg.

Begitulah sedikit sebanyak catatan perjalanan umrah ziarah aku kali ini. Seandainya ada apa-apa ulasan, cadangan, teguran, pembetulan, komen dan seumpama dengannya, anda bolehlah menyampaikannya dalam ruangan ulasan. Atau boleh juga e-mail langsung kat aku di - noorjauhari@yahoo.com.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama. Insya-ALLAH, Amin.
Syukran. Jazakallah khair.

3 ulasan:

azam berkata...

Memang detailed dan jelas penerangan dalam travelogue Umrah yg ditulis.. sangat2 berguna terutama untuk orang mcm saya yg berniat nk berumrah tahun ni, insyaAllah, kalau dimurahkan rezeki .. terima kasih ..

Mohd Saad Hamid berkata...

Alhamdulillah, semoga mendapat umrah maqbullah, amin

Mohd Saad Hamid berkata...

Salam, sdr azam.

Jemput ziarah ke blog saya msaadhamid.blogspot.com mungkin ada maklumat umrah yang dapat membantu tuan.