Wisma Andalusia, di Kg. Pandan, Kuala Lumpur. (Tel: 03-9283 1588) dekat dgn. IKM Kg. Pandan. Ceramah percuma oleh Ustaz Md. Daud Che Ngah c/w nasi lemak setiap pagi hari Ahad
Sebagaimana sebelum ini, aku pergi dgn. Andalusia dgn. charge ground handling (visa, hotel, transportation & makan) sebanyak RM 2600 seorang untuk bilik berdua.
Paparan kali ini adalah merupakan maklumat baru dan tambahan kepada siri “umrah transit” pada bulan April yg lalu. Ianya aku persembahkan khusus buat peringatan dan kenang-kenangan untuk diriku sendiri. Disamping itu, aku juga berharap ianya akan dapat memberi sedikit maklumat, gambaran dan pengetahuan tentang aktiviti di sepanjang perjalanan package umrah ini terutamanya kepada mereka yg pertama kali atau belum pernah lagi menunaikan ibadah umrah. Semoga paparan yg serba kekurangan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita bersama, insyaALLAH.
Pemandangan bahagian hadapan Terminal 2, King Abdul Aziz International Airport, Jeddah.
Tepat pukul 6.30 ptg. ,pesawat Emirates yg aku naiki dari KL – Dubai, selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Setelah selesai semua urusan passport, aku menunggu ketibaan group jemaah umrah yg tiba dari Malaysia dgn. Pesawat Gulf Air pada pukul 7.30 mlm. Sementara itu, aku sempat menunaikan solat maghrib jamak qasar dgn isyak sekali di surau airport.
Pemandangan Jeddah airport dari bhgn. belakang / runway. Airport terminal 2 ni setingkat je. Kalau airport terminal 1, rupa mcm. itu jugak tapi 2 tingkat. Angkut penumpang dari boarding gate ke flight pakai bas.
Hari ini jemaah Andalusia ada dua group. Satunya tiba dgn. Pesawat Gulf Air manakala group yg satu lagi tiba dgn Saudi Air. Jemaah Saudi Air mendarat di airport terminal 1.Manakala jemaah yg datang selain dgn Saudi Air, akan mendarat diterminal 2 yg lebih dikenali dgn nama Foreign Airline terminal. Jarak antara terminal ini dalam 2 km. Oleh kerana aku menaiki pesawat Emirates yg masuk kategori Foreign Airline, so aku kena la joint group Gulf Air.
Untuk pengetahuan bersama, setelah selesai urusan passport & ambil beg , passport anda akan di collect semula oleh beberapa orang pemuda Arab yg sedia menunggu di arrival hall. Bagi sesiapa yg. Pertama kali & tidak biasa dengan keadaan ini, tentu akan merasa cemas. Base on past experience, ada jemaah yg. Bertekak dgn. Kumpulan pemuda ini kerana tidak mahu menyerahkan passport yg diminta. Anda tidak perlu bimbang. Serahkan saja passport anda kepada mereka, insya-ALLAH, safe & nothing will be happen. Itu adalah sebahagian dari peraturan di Arab Saudi.
Sementara itu, jemaah akan dibawa menaiki bas. Setelah passport anda di Photostat & urusan yg berkaitan selesai, mereka akan menghubungi travel agent / mutawwif kita untuk menyerahkan kembali passport kita. Setelah travel agent / mutawwif menerima kembali kesemua passport jemaah, barulah bas akan bertolak meninggalkan airport.
Bas kami bertolak dari airpot Jeddah ke Madinah pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 1 ½ jam perjalanan, bas singgah di sebuah restoran yg mcm R&R di satu kawasan yg bernama “Wadi Qudait”. Disini, para jemaah akan dijamu makan malam. Bagi jemaah yg belum menunaikan solat, mereka juga bolehlah menunaikan solat maghrib & isyak jamak qasar disini.
Inilah nasi Arab yg. dihidangkan, share 4 org. Sedap tapi kering. Kalau ada kuah dalca, baru lajak sikit.
Para jemaah tidak perlu memakai pakaian ihram sebagaimana aku dlm edisi umrah transit pada bulan April yg lalu. Ini kerana package kali ini adalah ke Madinah terlebih dahulu. Berbeza dgn. siri Umrah transit aku yg lalu dimana aku perlu mengenakan pakaian ihram dari KLIA lagi kerana package itu pergi ke Makkah dahulu. So, bagi jemaah yg. akan datang untuk mengerjakan umrah, perlulah memastikan kemana mereka akan dibawa terlebih dahulu, samaada ke Makkah dahulu ataupun ke Madinah dahulu. Tetapi, kebanyakkan package, pergi ziarah ke Madinah dahulu.
Alhamdulillah, bas & para jemaah selamat sampai di kota Madinah Al-Munawwarah pada pukul 2.00 pagi. Setelah check-in hotel & ambil beg masing-masing, jemaah akan berehat seketika sementara menunggu masuknya waktu subuh pada pukul 4.23 pagi.
Alhamdulillah, bas & para jemaah selamat sampai di kota Madinah Al-Munawwarah pada pukul 2.00 pagi. Setelah check-in hotel & ambil beg masing-masing, jemaah akan berehat seketika sementara menunggu masuknya waktu subuh pada pukul 4.23 pagi.
Hotel kat Madinah.
Waktu solat di kota Madinah.
Sukalah aku nak mengingatkan, power outlet di Arab Saudi ni jenis 2 lubang sahaja. So, anda perlulah membawa 3 to 2 pin adaptor spt. diatas. Kalau tidak, h/p anda tak boleh nak charge,melainkan charger tu memang jenis 2 pin jugak. Kat kedai di Madinah & Makkah ni ada jual benda alah ni, tapi sementara nak boleh jumpa tu la yg. masalah problem sikit.
Kita juga boleh membeli sim card Arab utk. buat call ke M'sia dgn. rate yg jauh lebih murah berbandingkan roaming. Biasanya jemaah beli sim Mobily dgn harga 75 Riyal (l/k RM 75). Anda boleh tanyakan pada Mutawwif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan