Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Ahad, 30 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 3 - Selasa - 04 Ogos 09.

Hari ini jemaah akan bergerak meninggalkan Madinah untuk ke Mekah. Selepas solat subuh & bersarapan, jemaah bersiap dgn berpakaian ihram.

Bagi lelaki, pakaian ihramnya ialah 2 helai kain yg lepas tidak berjahit / tuala besar, talipinggang & selipar. Perlu sentiasa diingatkan utk tidak lupa menanggal / tidak memakai seluar dalam.
Manakala bagi wanita, pakaian ihramnya ialah berpakaian biasa & bertelekong. Mereka boleh mengenakan pakaian berjahit.
Pada pukul 6.30 pg. Mutawwif membawa semua jemaah kembali ke masjid Nabawi untuk membuat ziarah wada’. Setiap orang yg. hendak meninggalkan Madinatul-Munawwarah, disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasullullah sebagai menghormati baginda Rasullullah s.a.w.
Sebahagian drp. jemaah umrah group aku. di hadapan mesjid Nabawi siap dgn. pakaian ihram ready untuk meninggalkan Madinah Al-Munawwarah untuk ke Makkah Al-Mukarramah.
Aku & my wife - terasa jugak sedihnya untuk meninggalkan Rasulullah & bumi Madinah yg. penuh dgn. keberkatan ini. InsyaALLAH, disuatu hari nanti, kami akan kembali lagi untuk menziarahi mu ya .. Rasullullah.
Setelah selesai kerja memasukkan beg kedalam perut bas oleh petugas hotel, kami pun mula bergerak meninggalkan kota Madinah Al- Munawarah.
Lokasi persinggahan pertama ialah Masjid Bir Ali yg jaraknya l/k 10 km dari kota Madinah. Masjid ini terletak disempadan tanah haram Madinah dan merupakan tempat bermiqat.Miqat beerti sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat.
Bangunan dibahagian belakang mesjid yg menempatkan bilik air & tempat berwudhuk.
Disini, jemaah akan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah yg merupakan rukun umrah yg pertama. Dengan ini bermulalah jemaah didalam keadaan berihram dan terikat dgn pantang larang ihram

Bagi wanita yg sedang berhaidh dan nifas, juga wajib berniat umrah, tetapi terpaksa menunggu sehingga bersih, barulah boleh melakukan tawaf utk umrahnya dan menyelesaikan semua rukun dan perkara wajib yg lainnya.

Bagi wanita yg haid atau diyakini akan datang haid very soon, mereka hendaklah mengenakan pakaian ihram seperti biasa dan nait bersyarat. Gunanya niat bersyarat ialah jika ditakdirkan mereka masih belum bersih sedangkan masa telah sampai untuk bertolak balik, maka mereka bolehlah bergunting rambut untuk bertahallul tanpa perlu membayar dam. Niat bersyarat ini, boleh didapati di dalam buku panduan umrah.

Setelah selesai solat dan berniat ihram di miqat Bir Ali ini, bas meneruskan perjalanan menuju ke kota Mekah Al-Mukarramah yg sejauh l/k 420 km.
Dipertengahan perjalanan, bas akan berhenti di RnR di kawasan padang pasir Wadi Qudait untuk makan tengahari. Makanan yg di sajikan adalah sama dgn di RnR semasa dlm perjalanan dari Jeddah ke Madinah itu hari.
Inilah sebahagian drp. pemandangan disepanjang perjalanan drp. Madinah ke Makkah.

Jemaah selamat sampai di kota Mekah pada jam 2 ptg. Dan terus check –in hotel. Di bilik hotel, jemaah boleh menanggalkan pakaian ihram & bertowel jika hendak ke toilet. Perlu diingatkan untuk tidak menutup kepala w/pun ketandas seperti amalan biasa kerana ianya adalah salah satu drp. pantang larang dlm berihram.
Setelah mengenakan semula pakaian ihram dan siap berwuduk, jemaah akan berkumpul di lobi hotel. Mutawwif akan membawa para jemaah ke masjidil haram untuk menyelasaikan baki rukun umrah.
Rukun umrah yg kedua ialah tawaf di Baitullah mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dgn yakin. Ketika ini,jemaah lelaki disunatkan utk mendedahkan bahu kanan yg dikenali dgn nama beritibak. Setelah selesai 7 pusingan tawaf, jemaah akan dibawa ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat tawaf.

Selesai solat, jemaah akan bergerak menuju ke Safa untuk memulakan Rukun umrah yg ketiga iaitu Saie. Ibadah Saie ini hendaklah dilakukan setelah selesainya tawaf dgn sempurna. Ia boleh dilakukan dlm keadaan tanpa wuduk, haidh atau terkena najis.
Setelah selesai pusingan Saie di Marwah, tibalah masanya untuk rukun umrah yg keempat iaitu bergunting untuk bertahallul. Setelah bergunting, bermakna telah tamat dan sempurnalah satu ibadah umrah.Maka berakhirlah pantang larang dalam berihram.

Rukun Umrah yg kelima ialah Tertib iaitu hendaklah mengikut turutan iaitu berniat dimiqat, tawaf, saie dan bergunting. Tidak boleh didahulukan yg kemudian.
Syarat-syarat wajib umrah adalah sama dgn. syarat wajib haji iaitu:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Merdeka
  5. Berkuasa untuk sampai ke Makkah.

Oleh yg. demikian, bagi mereka-mereka yg. sudah melengkapi syarat-syarat wajib umrah ini, hendaklah bersegera menunaikannya. Ini kerana, jika hendak dilakukan bersama ibadah haji, mungkin terpaksa menunggu giliran yg. memakan masa bertahun-tahun.

Seseorang yg. telah meninggal dunia tetapi tidak berkesempatan menunaikan umrah, sedangkan semasa hayatnya ia telah cukup syarat wajib umrah, maka bolehlah warisnya atau orang lain menunaikan umrah ganti (badal) bagi pihaknya (si mati) sama ada dgn. upah maupun sukarela.

1 ulasan:

Seluang berkata...

Saya rasa semasa tawaf ! Bahu kiri yg kena menghala ke Kaabah. Wallahualam