Untuk pergi ke Muzeum 2 masjid ini, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu oleh travel agent . Bukannya open seperti mana-mana muzeum kat tempat lain. Oleh kerana kelulusan untuk melawat museum pada pkl 4.30 ptg, maka program hari ini pun bermula agak lewat iaitu pada pukul 2.30 ptg, baru lah bas jemaah bertolak dari hotel.
Setibanya kami disini, sebentar kemudian berkumandang lah azan menandakan telah masuknya waktu asar. Walaupun telah masuk waktu asar, kami tetap di bawa oleh mutawwif berkumpul di tapak masjid yg asal.
Kami tidak sama-sama menunaikan solat asar dgn jemaah di masjid baru kerana kami belum berihram. Sekiranya kami menunaikan solat asar dahulu kemudian baru berihram, maka kami tidak lagi boleh mengerjakan solat sunat ihram. Ini kerana Masjid Hudaibiyah ini terletak di tanah halal. Hanya ditanah haram sahaja kita boleh mengerjakan solat sunat selepas waktu subuh & asar.
Setelah ustaz / mutawwif selesai memberi taklimat mengenai sejarah Hudaibiyah, barulah kami masuk ke masjid utk berwuduk , menukar pakaian ihram, solat sunat ihram dan kemudiannya solat fardhu asar.
Dari museum ini, kami bergerak pula menuju ke lokasi ketiga iaitu ladang unta.
Dari Ladang Unta ini, kami bergerak balik ke Masjidil haram. Sesampainya kami di Masjidil haram, telah hampir masuknya waktu maghrib. Kami terus melaksanakan rukun umrah yg kedua iaitu tawaf. Alhamdulillah, setelah selesainya 7 pusingan tawaf, muazzin pun melaungkan iqamah. Lalu kami pun turut sama-sama menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah dlm berpakain ihram.
Setelah selesai menunaikan fardhu maghrib, kami menuju ke Safa untuk memulakan rukun umrah yg ketiga iaitu Saie diantara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Setelah itu, beralihlah ke rukun umrah yg keempat iaitu bergunting untuk bertahallul. Dengan demikian, telah selesai dan dapatlah satu lagi ibadah umrah.
Oleh kerana waktu isyak telah hampir, maka kami berehat saja di mesjid. Setelah selesai solat fardhu isyak, barulah kami pulang ke hotel, rileks, tanggalkan kain ihram, mandi, berpakaian biasa,then pergi ke dewan makan utk makan malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan