Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 11 - Rabu - 12 Ogos 09.

Hari ini adalah hari terakhir aku di bumi Makkah. Setelah bersolat subuh & bersarapan, pada pukul 7 pagi, aku dan jemaah yg dijadualkan berlepas balik hari ini, kembali ke Masjidil haram untuk mengerjakantawaf wada.

Tawaf wada Ialah tawaf selamat tinggal. Ia dikerjakan kerana memuliakan dan menghormati Baitullahil-Haram di Makkah bagi mereka yg. hendak meninggalkan Makkatul-Mukarramah sejauh 2 marhalah bersamaan 91 km atau lebih walaupun buat sementara waktu. Hukum mengerjakan tawaf wada ini adalah wajib.

Wajib tawaf wada dikecualikan , tidak berdosa & tidak dikenakan dam kepada golongan yg berikut :
1. Perempuan yg. Haidh, nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haidh.
2. Orang yg. berpenyakit silasal baul (kencing tidak lawas atau seumpamanya)
3. Orang yg. luka darahnya mengalir tiada dapat ditahan dan boleh menajiskan mesjid.
4. Orang yg. dipaksa meninggalkan tawaf.
5. Orang yg. takut kepada orang zalim yg. akan melakukan kezaliman keatasnya.
6. Orang yg. takut ditinggalkan teman sepenerbangan.
7. Orang yg. takut drp. peminta hutang sedangkan ia tiada berupaya menjelaskannya.
8. Orang yg. takut kepada sesuatu yg. akan membahayakan dirinya atau kehormatan dirinya atau hartanya.
9. Orang yg. tiada mempunyai air dan tanah untuk berthaharah.

Tawaf wada sama seperti tawaf sunat iaitu sebanyak 7 pusingan. Yang membezakannya hanyalah niat.

Andalusia akan memaklumkan kepada jemaahnya masa untuk mengerjakan tawaf wada ini. Biasanya waktu yg disyorkan ialah 2 jam sebelum waktu dijadualkan bas bertolak. Ini kerana, selepas selesai tawaf wada ini,kita hendaklah bersegera meninggalkan Makkah. Tidak boleh lagi melakukan perkara-perkara seperti bershopping dan sebaginya.

Aku menumpang group Saudi Air ke Jeddah. Flight aku balik ke Malaysia ialah pada keesokan harinya. Sengaja aku keluar awal sehari kerana nak menunaikan hajat aku untuk mengenal Jeddah. Aku tak sempat nak ikut group Saudi ni pergi ziarah mesjid terapung kerana mengikut mutawwif, disana nanti sukar untuk mendapatkan teksi untuk aku ke hotel. Kalau aku nak ikut juga, aku terpaksa ikut sampai ke airport dan ambil teksi di airport utk ke Jeddah semula.
So, aku buat keputusan utk. Tidak mengikuti mereka pergi ziarah. Aku amat berterima kasih kepada mutawwif group Saudi dan pak Arab driver bas kerana tolong aku mendapatkan teksi untuk aku ke hotel.

Seperti yg disyorkan oleh pengurus Andalusia di Mekah, Hj, Shokri, aku menginap di Al-Khayyam Hotel dgn rate 150 Riyal sehari.

Bilik katil single semua penuh. Kembar katil pun tak pa lah. Janji boleh tidur, mandi & letak barang.
Hotel ni not bad, dari kawasan belakang bangunan hotel mengunjur sehingga ½ km ke Corniche Commercial Center, semuanya bazaar tempat perabih duit. Bertambah lagi la isi luggage aku dgn koleksi jubah “mem” & utk. Anak-anak pompuan aku.


Inilah suasana pemandangan sekitar Corniche. Kawasan yg. berhadapan dengan Corniche ini adalah pelabuhan Jeddah. Disinilah tempatnya tok & tokwan kita berlabuh setelah berbulan-bulan belayar drp. Malaysia dulu dlm. usaha mereka datang menunaikan rukun Islam yg. ke 5.
Jeddah ini lebih merupakan kepada pintu masuk utama untuk ke Makkah & Madinah sama ada melalui laut maupun udara. Mutawwif aku kata, dia pun tak tau nak cerita apa tentang Jeddah ni kerana bukannya ada apa-apa tempat menarik.

Alhamdulillah, kat area Corniche ni, makan senang. Sebagaimana lagu yg tak dapat dipisahkan dgn. iramanya, begitulah juga halnya dgn. orang Melayu, tak dapat nak dipisahkan dgn. nasi. Apa-apahal pun, mesti nak cari nasi.

Nasi goreng karya restoran Si Raja Bakso. Sepinggan 14 Riyal.

Cumanya business hours dia ada different sikit. Dari pukul 11.30 t/hari hingga pukul 2 ptg. Boleh dikatakan semua kedai tutup. Begitu juga dgn apabila masuknya waktu solat.
Kat area Corniche ni, makan pun senang. Ada restoran Indon, restoran Tom Yam dan macam-macam. Dari ptg. sambung ke malam, aku & "mem" aku keja me”round” bazaar je.

Kadang-kadang, dok kat Jeddah ni rasa macam dok kat Jakarta pulak.

My favourite, minum jus buah-buahan segar. Yg. kala merah tu, jus buah delima.

Ermmm.... sedapnya air buah campuran. Tambahan pulak di tengok dibulan puasa.
Tak terliur ke ???

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, catatan serta gambar Umrah yang ada di blog saudara very useful. kami sekeluarga berperancangan untuk ke sana jua pada bulan december ini insyallah sekiraya visa diluluskan. Catatan amat berguna. salam yusri london

Jauhari berkata...

En Yusri, terima kasih diatas komen & sokongan anda. Semoga ALLAH s.w.t. memurahkan rezeki & mempermudahkan urusan tuan sehingga tuan terpilih utk. menjadi tetamunya dlm tempoh yg.terdekat, insya-ALLAH. Amin !!!