Inilah sebahagian dari pasar Rubkona. Sudan local people ni, satu je pantang dia .... "camera". Kalau orang sebok nak bergambar, depa pun mulalah sebok nak menempek.
Kenang-kenangan bersama Halim & Rosli di pasar Rubkona.
Warung jual daging kambing. Timbang masih pakai dacing BN lagi.
Ni lagi satu tempat jual daging kambing. 1 kg 14 SDG = RM 20.40. Tapi kalau yg. dah siap bakar tu, tak tau. Tak tanya pulak.
Dah sampai kat depan kedai makan. Ada donkey pulak ... Ambek gambar dgn. donkey pulak lah.
Lauk kambing. Lepas tu ada order sup ayam dan soft drink sorang sebotol. Total harga SDG 40 = RM 64.00. Murah ke, berpatutan ke,mahal ???Menjamu selera sedulang 5 orang makan.
Mat Sudan ni lepas makan nak kena pekena kopi, baru puas. Maka pegi la cari kopi pulak.
Mat Sudan ni lepas makan nak kena pekena kopi, baru puas. Maka pegi la cari kopi pulak.
Inilah suasana di kedai kopi. Kopi semata-mata. Tidak ada nasik lemak ka, kuih muih ka, roti canai ka dan apa-apa saja selain dari kopi. Kat sini hanya ada deretan kerusi utk. pelanggan duduk minum dan bersembang sahaja. Satu gelas kecik kopi tu berharga 1 Sudan Pound = +/- RM 1.70.
Boleh jugak order dalam teko macam ni. Satu teko dgn. 3 cawan lompang ni harga dia 2 SDG = RM 3.40.
Itulah peralatan untuk bancuh kopi. Nak cerita lebih-lebih, aku pun tak reti sbb. aku bukan peminat kopi dan bukan jenis kaki lepak kedai kopi.
2 ulasan:
Menarik!yg dlm dulang tu apa?semua daging & isi perut kambing ke?makan dgn apa,roti ke?Kat kedai kopi tu kalau jual sekali teh tarik aku ingat mesti ramai org m'sia dtg lepak.Kalau pergi lain kali boleh bagi tau tauke tu supaya jual teh tarik....mesti lagi laris.
Orang Sudan tak boleh minum teh tarik, nanti sakit perut.
Lagipun,kat Sudan ni ni mana ada susu creamer, bae...
Catat Ulasan