Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Jumaat, 6 Mac 2009

Rubkona - Jalan Jalan Cari Makan

Inilah sebahagian dari pasar Rubkona. Sudan local people ni, satu je pantang dia .... "camera". Kalau orang sebok nak bergambar, depa pun mulalah sebok nak menempek.

Kenang-kenangan bersama Halim & Rosli di pasar Rubkona.

Yang istimewanya, ramai peniaga adalah terdiri drp. orang Utara Sudan berketurunan arab Islam. Orang arab Islam ni memang keturunan business. Orang Melayu Islam je yg. ramai keturunan makan gaji.

Warung jual daging kambing. Timbang masih pakai dacing BN lagi.


Ni lagi satu tempat jual daging kambing. 1 kg 14 SDG = RM 20.40. Tapi kalau yg. dah siap bakar tu, tak tau. Tak tanya pulak.

Dah sampai kat depan kedai makan. Ada donkey pulak ... Ambek gambar dgn. donkey pulak lah.
Lauk kambing. Lepas tu ada order sup ayam dan soft drink sorang sebotol. Total harga SDG 40 = RM 64.00. Murah ke, berpatutan ke,mahal ???

Menjamu selera sedulang 5 orang makan.
Mat Sudan ni lepas makan nak kena pekena kopi, baru puas. Maka pegi la cari kopi pulak.

Itulah pengendali kedai kopi. Itu bukan orang local, tapi Ethiopian. Ada cerah sikit la !!!
Inilah suasana di kedai kopi. Kopi semata-mata. Tidak ada nasik lemak ka, kuih muih ka, roti canai ka dan apa-apa saja selain dari kopi. Kat sini hanya ada deretan kerusi utk. pelanggan duduk minum dan bersembang sahaja. Satu gelas kecik kopi tu berharga 1 Sudan Pound = +/- RM 1.70.
Boleh jugak order dalam teko macam ni. Satu teko dgn. 3 cawan lompang ni harga dia 2 SDG = RM 3.40.
Itulah peralatan untuk bancuh kopi. Nak cerita lebih-lebih, aku pun tak reti sbb. aku bukan peminat kopi dan bukan jenis kaki lepak kedai kopi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Menarik!yg dlm dulang tu apa?semua daging & isi perut kambing ke?makan dgn apa,roti ke?Kat kedai kopi tu kalau jual sekali teh tarik aku ingat mesti ramai org m'sia dtg lepak.Kalau pergi lain kali boleh bagi tau tauke tu supaya jual teh tarik....mesti lagi laris.

Jauhari berkata...

Orang Sudan tak boleh minum teh tarik, nanti sakit perut.

Lagipun,kat Sudan ni ni mana ada susu creamer, bae...