Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Isnin, 31 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari pertama - Ahad - 02 Ogos 09.

Setelah kembali dari solat subuh di masjid Nabawi, jemaah akan bersarapan di hotel. Pada pukul 6.30 pagi, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk acara pertama iaitu ziarah dalaman. Setelah mutawwif memberi penerangan, para jemaah akan dibawa ke masjid Nabawi.Disini, jemaah lelaki & wanita akan berpecah. Jemaah wanita terpaksalah “pandai-pandai” sendiri bawa diri masuk ke masjid Nabawi. Sementara jemaah lelaki akan terus di bimbing oleh mutawwif.
Mutawwif aku kali ini membawa para jemaah lelaki menziarahi perkuburan Baqee terlebih dahulu kerana dah dekat dengan pintu masjid tempat kami berpecah dengan jemaah wanita tadi. Jemaah wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan.
Perkuburan Baqee yg berlatarbelakangkan masjid Nabawi. Ia adalah perkuburan ahli Madinah sedari zaman Rasullullah s.a.w. lagi. Menurut mutawif aku, apabila mayat seseorang dikebumikan disini, liang lahatnya tidak akan ditimbus sepenuhnya. Sebaliknya ianya hanya akan ditutup dengan papan penutup seperti penutup keranda. Setelah itu barulah ditimbus sepenuhnya. Setelah selang masa beberapa tahun, liang ini akan dibuka semula untuk ditempatkan mayat yg baru dengan mengenepikan tulang belulang mayat yg lama.

Apa yg paling istimewa tentang perkuburan Baqee ini ialah ianya adalah perkuburan yg pertama akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak. Sesiapa yg berpeluang dikebumikan disini, bermakna jenazah mereka adalah berjiran dengan Rasulullullah s.a.w., para sahabat, ambiak dan solihin yg lain.

Dari perkuburan Baqee, Mutawif akan membawa para jemaah lelaki masuk ke dalam Masjid Nabawi untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w.dan 2 sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Saidina Umar Ibnu Khattab r.a. Disini, para jemaah akan memberi salam kepada nabi Muhammad s.a.w. berserta dengan salam yg dikirim oleh sanak saudara dan rakan taulan. Inilah gambaran keadaan dihadapan makam Rasulullah s.a.w. Gambar ni blur sikit sbb.... biasa la ... ambek gambar curi-curi ni. Sape-sape nak ambek gambar kat dlm masjid ni, pastikan flash kamera anda di switch off terlebih dahulu. Bukannya apa, takut nanti kena tahan dgn. polis-polis tu, atau kamera anda dirampas, leceh la kan !!!

Sabda nabi s.a.w. : “Barang siapa menziarahi aku setelah mati ku samalah juga seperti mereka menziarahi aku ketika aku masih hidup”.

Sabda nabi s.a.w. : “Barang siapa mengucapkan kepada aku dengan satu salam, maka ALLAH akan mengucapkan kepadanya dengan sepuluh salam”.

Juga sebagaimana yg sering khatib ketika solat Jumaat peringatkan kepada kita dalam khutbahnya yg berbunyi. “ Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi, maka berselawatlah kamu ke atas nabi”.

Alhamdulillah, aku telah dipilih oleh ALLAH s.w.t. untuk menjadi salah seorang daripada penziarah Rasullullah s.a.w. yg. mana syafaatnya lah yg sangat kita harapkan diakhirat kelak.

Setelah mengucapkan salam kepada Rasullullah, kita dianjurkan pula untuk mengucapkan salam kepada sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. seterusnya Saidina Umar Al-Khattab r.a. yg. dimakamkan bersebelahan dgn. Rasulullah s.a.w.

Setelah itu, jemaah akan berpatah balik ke ruang solat untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat mutlak. Ketika ini, jemaah di anjurkan sebaik dan sedapat mungkin, cuba berada di kawasan Raudhah. Sabda nabi, “diantara rumah ku dan mimbar ku adalah salah satu drp. Taman-taman syurga”. Inilah sempadan Raudah, iaitu diantara kerpet hijau dan karpet merah. Kawasan Raudhah ialah dari rumah / makam Rasulullah yg. dinding hijau dihujung sana sehinggalah ke penghujung karpet hijau tersebut. Semua karpet didalam masjid Nabawi ini berwarna merah melainkan di Raudhah ini sahaja kerpetnya berwarna hijau.
Inilah mihrab & mimbar nabi yg. terletak didalam kawasan Raudhah.
Bagi jemaah wanita, waktu untuk masuk ke kawasan Raudhah ini adalah terhad iaitu selepas subuh, selepas zohor dan selepas isyak. Pada masa ini, partition akan dipasang drp ruang solat wanita sebagai laluan sehinggalah ke separuh drp. kawasan Raudhah. Walaupun masa yg diberi adalah selepas waktu solat yg tersebut, namun kerja-kerja memasang partition mengambil masa yg agak lama juga. Our jemaah wanita, walaupun menunggu drp lepas solat isyak namun utk dapat masuk ke Raudhah agak lambat juga kerana dibuat turn contohnya jemaah Saudi dahulu, lepas tu jemaah Iran dan seterusnya.

Program ziarah dalaman ini berakhir setakat ini sahaja. Selepas itu, program sendiri-sendiri. Ramai jemaah akan kembali ke hotel untuk beristirehat. Base on past experience, aku syorkan, better kalau anda dapat terus berada di dalam kawasan Raudhah selama mungkin. Ini kerana, pada pagi hari pertama ini sahaja lah, anda berpeluang berada di kawasan Raudhah dgn. keadaan lebih mudah mendapat tempat berbandingkan pada masa-masa yg lain. Peluang ini sukar untuk diperolehi lagi kerana besok paginya, dah program ziarah luar. Manakala lusa paginya, jemaah dah akan bertolak ke Makkah. Dinding hijau itu adalah bahagian belakang rumah / makam Rasulullah s.a.w. Di dlm. masjid Nabawi ini, hanya ruangan kecil ini yg. lantainya tinggi sedikit.
Menurut kata mutawwif aku, pada zaman hayatnya Rasulullah s.a.w., ruang inilah yg. digunakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengajar dan menyampaikan wahyu (ayat-ayat Al-Quran) yg. diterima oleh baginda s.a.w. kepada para sahabat. Kata mutawwif, para jemaah terutamanya orang yg. berilmu, suka berada di dalam kawasan ini untuk mengambil keberkahan drp. tempat dan peristiwa tersebut. Aku sendiri pun belum berpeluang masuk ke kawasan ini.
Air zam-zam yg. dibawa dari Makkah disediakan & boleh diminum dimana-mana saja didalam masjid. Ambil saja cawan plastik pakai buang yg. disediakan di tong air tersebut. Setelah minum, masukkan saja ke ruang disposal bersebelahan dengannya.

Inilah pemandangan ruang masjid Nabawi dibahagian hadapan atau bahagian masjid yg. asal.
Semua ruang didalam masjid Nabawi adalah ber-air cond.
Manakala 2 gambar diatas, ialah sebahagian drp. ruang solat masjid Nabawi after expansion.
Semua tempat berwudhuk & toilet terletak diluar bangunan masjid & dibawah tanah.
Ini adalah access utk. ke tempat berwudhuk, toilet & parking kereta yg. terletak di level 1 hingga level 3 underground.
Kerja-kerja pemasangan payung besar dihalaman masjid Nabawi.

Ahad, 30 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 2 - Isnin - 03 Ogos 09.

Seawal jam 6.30 pagi, jemaah berkumpul di lobi hotel untuk pergi ziarah luar. Lokasi pertama ialah ke Masjid Quba.
Sabda nabi s.a.w.: “Barang siapa yg berwuduk dari rumahnya (hotel) kemudian bersolat di Masjid Quba ini, maka bagi nya ganjaran pahala satu ibadah umrah”.

Nabi s.a.w. sangat sayang kepada perkampungan Quba ini kerana disinilah penduduk Madinah menyambut ketibaan nabi s.a.w. semasa peristiwa pertama kali baginda berhijrah dari mekah dahulu. Mereka menyambut ketibaan nabi dengan syair yg. Sehingga ke hari ini masih kita ikuti iaitu “ Tholaal badru alaina” .maksud keseluruhan syair tersebut ialah :

Terbit bulan purnama menerangi kami,
Dari sana diantara jalan gunung Wada’
Wajib bersyukur atas sekelian kami
Selama berdoa kepada ALLAH yg. Mendoa

Wahai Paduka yg diutus kepada kami
Kau datang dengan agama yg dipatuhi
Kau datang berkunjung ke Madinah kami
Mendapat kelapangan wahai sebaik daie.
Program kedua ialah melawat ladang kurma. Disini, jemaah boleh membeli kurma. Tapi untuk mendapat harga yg lebih murah, better bersabar dahulu kerana diakhir program nanti, jemaah akan dibawa ke pasar kurma.
Diladang kurma ini, hanya terdapat satu sahaja kedai yg. menjual kurma. Gambar diatas ialah tempat minum teh yg. disediakan oleh tuan kedai kurma. Teh "O" tu free je.
Program ketiga ialah menziarahi maqam syuhada Uhud. Tiada byk yg ingin aku perkatakan kerana ianya telah aku tampilkan pada siri umrah transit yg lalu.
Gambar diatas menunujukkan bhgn. dlm. maqam shuhada Uhud berlatar belakangkan Bukit Rummat (Bukit Pasukan Pemanah).
Ini adalah sebahagian drp. gunung Uhud. Disebelah kanannya gunung itu menganjur sehingga beberapa km lagi.
Program keempat ialah melawat bukit magnet. Kawasan ini adalah penemuan baru. Dikatakan bas akan laju menaiki bukit dan menjadi perlahan semasa menuruni bukit disebabkan oleh daya tarikan magnet. Aku tak dapat nak cerita lanjut kerana aku tak dapat menghayati keadaan ini. Tok Arab dreba bas tu pun tak mau tunjuk lebih-lebih dgn alasan takut enjin bas dia rosak. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH utk aku berkunjung ke sini lagi, aku akan cuba menghayati kebenaran situasi ini dan / untuk aku berkongsi pengalaman dgn. anda semua.
Gambar ini diambil drp. hujung jalan di bukit magnet ini. Jalan kesini adalah jalan mati.
Ini adalah wadi .... apa nama ntah, aku dah lupa sbb. buku catatan aku hilang. Wadi ini pernah di singgahi oleh Rasulullah s.a.w. & meminum airnya. Sehingga kehari ini air wadi ini tidak pernah kering. Kawasan sekitarnya juga amat subur dgn pohon kurma menghijau.
Ini adalah mesjid Khandak. Cuma lalu je, tak singgah pun. Masjid ini didirikan di kawasan terjadinya perang Khandaq. Ianya juga dinamakan Masjid Tujuh kerana ada tujuh buah masjid didirikan di kawasan Khandaq ini. Setiap masjid itu mewakili penjuru umat Islam berkubu.
Bangunan yg. diatas bukit itu adalah salah satu drp. yg tujuh itu. Manakala masjid yg ada menara kat bawah tu adalah masjid yg. baru.

Ziarah luar kali ini, kami tidak mengunjungi kilang mencetak Al-Quran atas syor dari mutawwif kami. Alasannya , jemaah wanita lebih ramai dari jemaah lelaki. Mengikut peraturan kilang mencetak Al-Quran ini, hanya jemaah lelaki sahaja yg dibenarkan memasuki kedalam kilang. Jemaah lelaki ini kelak akan mendapat hadiah senaskah Al-Quran. Manakala jemaah wanita tidak dapat.

Mengikut kata mutawwif kami, beliau telah check dgn rakan-rakan mutawwif beliau yg berkunjung kesini pada hari-hari sebelumnya, semua drp pengunjung tidak dapat membeli Al-Quran kerana tidak dijual. Kata mutawwif kami, kilang ini didirikan bukanlah untuk tujuan kormersial. Al-Quran yg dicetak disini adalah untuk diedarkan secara percuma atas nama wakaf. Hanya sebahagian kecil sahaja yg dijual kepada pengunjung. Setelah habis quota tersebut, ianya tidak dijual lagi. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dari jemaah wanita, mutawwif kami mengesyorkan untuk tidak kesini kerana program ini dikenakan bayaran tambahan.

Bagi aku pribadi, aku tak lah rasa ralat sangat kerana aku telah berkunjung kesini pada umrah yg lepas. Jika anda ingin melihat keadaan didalam kilang mencetak Al-Quran ini, anda bolehlah melihat dalam posting Umrah Transit pada bulan April yg lalu. Cumanya hajat aku utk membawa balik Al-Quran hadiah dari kilang ini kali ini, tidak kesampaian.
Lokasi seterusnya ialah masjid Qiblatain @ masjid dua kiblat. Ulasan mengenainya juga telah aku buat dlm. catatan "umrah transit" di bulan April yg. lalu.
Lokasi terakhir ialah pasar kurma.
Aku terlupa nak record berapa jenis kurma yg ada dijual disini & berapa harga sekilo.
By sebelum zohor, kami dah sampai balik ke hotel. Selepas solat zohor, acara sendiri-sendiri. Kebanyakkan jemaah pergi tawaf kedai & melontar Riyal.

Umrah Ziarah hari ke 3 - Selasa - 04 Ogos 09.

Hari ini jemaah akan bergerak meninggalkan Madinah untuk ke Mekah. Selepas solat subuh & bersarapan, jemaah bersiap dgn berpakaian ihram.

Bagi lelaki, pakaian ihramnya ialah 2 helai kain yg lepas tidak berjahit / tuala besar, talipinggang & selipar. Perlu sentiasa diingatkan utk tidak lupa menanggal / tidak memakai seluar dalam.
Manakala bagi wanita, pakaian ihramnya ialah berpakaian biasa & bertelekong. Mereka boleh mengenakan pakaian berjahit.
Pada pukul 6.30 pg. Mutawwif membawa semua jemaah kembali ke masjid Nabawi untuk membuat ziarah wada’. Setiap orang yg. hendak meninggalkan Madinatul-Munawwarah, disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasullullah sebagai menghormati baginda Rasullullah s.a.w.
Sebahagian drp. jemaah umrah group aku. di hadapan mesjid Nabawi siap dgn. pakaian ihram ready untuk meninggalkan Madinah Al-Munawwarah untuk ke Makkah Al-Mukarramah.
Aku & my wife - terasa jugak sedihnya untuk meninggalkan Rasulullah & bumi Madinah yg. penuh dgn. keberkatan ini. InsyaALLAH, disuatu hari nanti, kami akan kembali lagi untuk menziarahi mu ya .. Rasullullah.
Setelah selesai kerja memasukkan beg kedalam perut bas oleh petugas hotel, kami pun mula bergerak meninggalkan kota Madinah Al- Munawarah.
Lokasi persinggahan pertama ialah Masjid Bir Ali yg jaraknya l/k 10 km dari kota Madinah. Masjid ini terletak disempadan tanah haram Madinah dan merupakan tempat bermiqat.Miqat beerti sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat.
Bangunan dibahagian belakang mesjid yg menempatkan bilik air & tempat berwudhuk.
Disini, jemaah akan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid, solat sunat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah yg merupakan rukun umrah yg pertama. Dengan ini bermulalah jemaah didalam keadaan berihram dan terikat dgn pantang larang ihram

Bagi wanita yg sedang berhaidh dan nifas, juga wajib berniat umrah, tetapi terpaksa menunggu sehingga bersih, barulah boleh melakukan tawaf utk umrahnya dan menyelesaikan semua rukun dan perkara wajib yg lainnya.

Bagi wanita yg haid atau diyakini akan datang haid very soon, mereka hendaklah mengenakan pakaian ihram seperti biasa dan nait bersyarat. Gunanya niat bersyarat ialah jika ditakdirkan mereka masih belum bersih sedangkan masa telah sampai untuk bertolak balik, maka mereka bolehlah bergunting rambut untuk bertahallul tanpa perlu membayar dam. Niat bersyarat ini, boleh didapati di dalam buku panduan umrah.

Setelah selesai solat dan berniat ihram di miqat Bir Ali ini, bas meneruskan perjalanan menuju ke kota Mekah Al-Mukarramah yg sejauh l/k 420 km.
Dipertengahan perjalanan, bas akan berhenti di RnR di kawasan padang pasir Wadi Qudait untuk makan tengahari. Makanan yg di sajikan adalah sama dgn di RnR semasa dlm perjalanan dari Jeddah ke Madinah itu hari.
Inilah sebahagian drp. pemandangan disepanjang perjalanan drp. Madinah ke Makkah.

Jemaah selamat sampai di kota Mekah pada jam 2 ptg. Dan terus check –in hotel. Di bilik hotel, jemaah boleh menanggalkan pakaian ihram & bertowel jika hendak ke toilet. Perlu diingatkan untuk tidak menutup kepala w/pun ketandas seperti amalan biasa kerana ianya adalah salah satu drp. pantang larang dlm berihram.
Setelah mengenakan semula pakaian ihram dan siap berwuduk, jemaah akan berkumpul di lobi hotel. Mutawwif akan membawa para jemaah ke masjidil haram untuk menyelasaikan baki rukun umrah.
Rukun umrah yg kedua ialah tawaf di Baitullah mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dgn yakin. Ketika ini,jemaah lelaki disunatkan utk mendedahkan bahu kanan yg dikenali dgn nama beritibak. Setelah selesai 7 pusingan tawaf, jemaah akan dibawa ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat tawaf.

Selesai solat, jemaah akan bergerak menuju ke Safa untuk memulakan Rukun umrah yg ketiga iaitu Saie. Ibadah Saie ini hendaklah dilakukan setelah selesainya tawaf dgn sempurna. Ia boleh dilakukan dlm keadaan tanpa wuduk, haidh atau terkena najis.
Setelah selesai pusingan Saie di Marwah, tibalah masanya untuk rukun umrah yg keempat iaitu bergunting untuk bertahallul. Setelah bergunting, bermakna telah tamat dan sempurnalah satu ibadah umrah.Maka berakhirlah pantang larang dalam berihram.

Rukun Umrah yg kelima ialah Tertib iaitu hendaklah mengikut turutan iaitu berniat dimiqat, tawaf, saie dan bergunting. Tidak boleh didahulukan yg kemudian.
Syarat-syarat wajib umrah adalah sama dgn. syarat wajib haji iaitu:
  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Merdeka
  5. Berkuasa untuk sampai ke Makkah.

Oleh yg. demikian, bagi mereka-mereka yg. sudah melengkapi syarat-syarat wajib umrah ini, hendaklah bersegera menunaikannya. Ini kerana, jika hendak dilakukan bersama ibadah haji, mungkin terpaksa menunggu giliran yg. memakan masa bertahun-tahun.

Seseorang yg. telah meninggal dunia tetapi tidak berkesempatan menunaikan umrah, sedangkan semasa hayatnya ia telah cukup syarat wajib umrah, maka bolehlah warisnya atau orang lain menunaikan umrah ganti (badal) bagi pihaknya (si mati) sama ada dgn. upah maupun sukarela.

Umrah Ziarah hari ke 4 - Rabu - 05 Ogos 09.

Hari ini tidak ada program dari Andalusia. Acara bebas. Kebanyakkan masa diisi dgn ibadah sunat terutamanya tawaf sunat. Tawaf sunat sama saja seperti tawaf dalam umrah sebanyak 7 pusingan Cuma bezanya kita tidak perlu berpakaian ihram. Dgn kata lain, boleh berpakaian biasa sahaja juga beralas kepala seperti berkopiah. Selepas tawaf sunat dan solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim, berakhirlah aktiviti tawaf sunat. Tidak ada Saie di Safa Marwah.
Setiap kali masuk ke Masjidil Haram, tawaf sunat adalah lebih afdal drp solat sunat tahiyyatul masjid. Biasanya para jemaah akan datang ke masjid sejam sebelum masuk waktu solat kerana pekerjaan 7 pusingan tawaf ini memakan masa l/k 40 minit, bergantung kepada ramai tidaknya orang yg. bertawaf.
Di Masjidil Haram ini, ALLAH s.w.t. menganugerahkan 120 rahmat. 60 rahmat utk mereka yg bertawaf mengelilingi kaabah, 40 rahmat utk mereka yg bersolat dan 20 rahmat lagi utk mereka yg memandang kaabah. Maka, semalas-malas aktiviti pun, duduklah sambil memandang kaabah.
Just imagine, selama hayat kita, kita hanya bersolat berkiblatkan kaabah.Tetapi hari ini, kita berpeluang bersolat betul-betul dihadapan kaabah. Alangkah nikmatnya dan nikmat itu hanyalah akan dapat dirasai dan diperolehi oleh mereka-mereka yg berusaha utk datang bersolat dihadapan kaabah.So, berusahalah utk datang.

Boleh dikatakan setiap kali selesai solat fardhu, ada saja jenazah yg disembahyangkan di Masjidil Haram ini. So, bagi mereka-mereka yg tidak tahu/hafal bacaan dlm solat jenazah, berusahalah utk mempelajarinya. Solat jenazahlah yg paling senang sekali diantara solat-solat yg lain.

Selepas takbir pertama, baca Al-Fatihah, selepas takbir kedua, selawat keatas nabi sebagaimana bacaan dlm tahiyyat akhir, selepas takbir ketiga,baca lah doa sekurang-kurangnya “ ALLAH hummaghfir lahum, warhamhum, wa’afihim , wa’fuanhum.Dan selepas takbir yg keempat, bacalah doa “ALLAH humma la tahrimna ajrohum, walaa taftinna ba’dahum waghfirlana walahum”. (Rujuk lah bacaan dalam tulisan jawi utk sebutan makraj yg lebih tepat)
Sabda bnabi s.a.w. “Brg siapa yg bersolat jenazah,maka baginya pahala 1 kirot bersamaan sebesar gunung Uhud”
Pada petangnya selepas solat asar, diadakan majlis ceramah yg bertajuk "Kota Makkah dan kelebihannya". Pengisian drp. cermah ini, membuatkan para jemaah lebih teruja untuk berusaha melipatgandakan lagi amal ibadah sesuai dgn. ganjaran yg ALLAH s.w.t. janjikan.
Ini bukan iklan berbayar atau nak mempromosikan kedai minuman ni. Tapi nak habag kat hampa, aku dgn. jus manggo ni, memang tak boleh berenggang. Terkadang sampai 3 gelas aku beli. Satu gelas besar tu, harga dia 5 Riyal. Dalam peti ais kat bilik hotel aku mesti ada sekurang-kurangnya 1 gelas standby.
Nikmat sedapnya jus manggo ni, sampai sapa-sapa yg. meminumnya, boleh hilang mata hitam dia. Punya lah sedap. Kira ... sampai tak dak ayat lah nak cerita.
So, datanglah ke Makkah. Disamping beribadah kepada ALLAH, minumlah jus manggo.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 5 - Khamis - 06 Ogos 09.

Seperti biasa , apabila ada program ziarah luar, seawal jam 6.30 pagi, jemaah sudah bersiap di lobi. Yea lah ... Subuh pkl. 4.40 pagi. Bila pkl. 6.30 pagi tu, matahari dah merayup. Lokasi pertama ziarah hari ini ialah ialah Jabal Thur. Lokasi dimana Rasulullah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a. bersembunyi selama 3 hari 3 malam dlm. perjalanan hendak berhijrah ke Madinah. Rasulullah s.a.w. Berjaya meloloskan diri drp. kepungan kafir Quraisy yg hendak membunuh baginda dengan membaca surah Yassin ayat 9.Thur bermaksud unta betina yg sedang bunting.

Kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana untuk mendaki hingga ke gua Thur dipuncaknya, memakan masa l/k 2 jam.

Lokasi kedua ialah Jabal Rahmah. Cerita mengenai lokasi ini juga telah banyak aku paparkan didalam siri "umrah transit" bulan April yg lalu. Malaslah aku nak ulang balik.

Dikesempatan ini, aku bawa cik puan aku naik unta. Tambang sorang 5 riyal. Unta tu dibawa pusing ada la 10-15 langkah kot. Auta betoi tok Arab ni.

Perlu diingatkan, jangan biarkan tuan unta ini mengambil gambar anda. Nanti akan dipaksa anda membeli gambar siap segera yg di shooting nya tadi.
Ini adalah pemandangan Padang Arafah & mesjid Namirah drp. atas Jabal Rahmah. Mesjid Namirah ini hanya digunakan setahun sekali iaitu pada musim haji.
Ini adalah mesjid Muzdalifah. Lalu saja, tak singgah pun.
Tempat melontar. Tunggu musim haji nanti.
Khemah jemaah haji negara-negara Asean. Catatan utk. ketiga-tiga tempat ini akan aku buat bila sampai turn aku naik haji 2011 kelak. Tak kuasa dah aku nak buat rayuan kat Tabung Haji, asyik reject je.
Sebelum kembali ke Makkah, rombongan singgah di mesjid Jaaranah untuk salin pakaian ihram bagi mereka yg ingin berumrah. Jaaranah merupakan salah satu tempat untuk bermiqat bagi penduduk Makkah.
Pemandangan kat ruang solat mesjid Jaaranah.
Setelah berihram, solat sunat tahiyyatul mesjid, solat sunat ihram dan berniat umrah, maka bermulalah lagi jemaah terikat dengan pantang larang ihram.

On the way balik ke Makkah, kami singgah di Jabal Hirak. Jabal Hirak merupakan tempat dimana nabi kita Muhammad s.a.w. menerima wahyu yg. pertama iaitu "Iqrak".
Untuk naik ke atas puncak Jabal Hirak & guanya, memakan masa 1.5 jam. Ada group yg. naik ke atas dgn. di bawa oleh Mutawwif mereka tapi pada waktu malam, pkl. 10 mlm dan balik pukul 2 pg. Aku tak sempat nak joint.
Jabal Hirak dari Masjidil Haram. Gambar ini adalah siaran langsung azan maghrib yg aku tangkap dari satelite TV kat living quaters aku di Sudan. Semasa berada di masjidil haram, aku sendiri tak jumpa pemandangan ni. Kalau tuan-tuan nak cari, kalau tak silap aku menara ni boleh dilihat dari arah kaabah rukun Yamani menghadap ke arah Marwah. Tuan-tuan kena naik solat kat roof top la kot baru nampak. Itu pun tak tahu lah, sbb base on gambar ni, CCTV tu mungkin berada kat atas menara jugak.
Lokasi seterusnya ialah Perkuburan Maqla. Diperkuburan Maqla inilah bersemadinya jenazah wanita pertama yg memeluk Islam dizaman Rasulullah s.a.w. yg juga merupakan isteri baginda iaitu ummu al-mukminin Saidatina Khadijah r.a.
Perkuburan Maqla ini merupakan perkuburan penduduk Makkah sejak zaman nabi hinggalah ke hari ini. Ianya juga merupakan perkuburan kedua yg akan dibangkitkan dihari kiamat nanti selepas perkuburan Baqee.

Amat bertuahlah bagi sesiapa yg dipilih utk meninggal sama ada di tanah haram Makkah atau pun tanah haram Madinah. Ini kerana jenazah mereka kelak, akan disemadikan disana. Haram dibawa balik untuk dikebumikan di tanah air masing-masing atau dimana-mana tanah halal.
Kata mutawwif aku, sekiranya mayat yg disembahyangkan di Masjidil Haram dibawa keluar melalui pintu di Marwah, bermakna jasad mereka akan dikebumikan di Maqla ini. Tetapi jika mayat di bawa keluar melalui pintu King Abdul Azizi, ia akan di bawa dgn kenderaan jenazah untuk dimakamkan ditempat lain.
Berdekatan dgn. perkuburan Maqla ini, adalah mesjid Jin. Disini lah sekumpulan jin berbaiah taat setia kepada Rasulullah s.a.w.
Kat sini pun, bas cuma lalu saja, tak singgah. Insya-ALLAH, dikesempatan yang akan datang, aku berhajat untuk datang kesini naik teksi.

Setelah sampai di Makkah, kami kembali ke hotel dahulu untuk menyimpan bag yg mengandungi pakaian biasa ketika ziarah tadi. Setelah ready, kami bergerak ke Masjidil haram untuk mengerjakan baki rukun umrah yg ke seterusnya iaitu Tawaf 7 pusingan di Baitullah, Saie 7 pusingan antara Safa & Marwah, seterusnya bergunting / bertahallul. Selesailah ibadah umrah untuk kali ini.

Umrah Ziarah hari ke 6 - Jumaat - 07 Ogos 09.

Seawal jam 6.30 pagi, jemaah sudah bersiap sedia dgn pakaian ihram dilobi hotel. Kami dibawa oleh ustaz / mutawwif menaiki bas yg. Disediakan menuju ke Tanaim. Tanaim adalah merupakan miqat yg terdekat bagi penduduk dan orang yg bermukim di kota Mekah. Jaraknya dari Masjidil Haram lebih kurang 5 KM sahaja. Di miqat Tanaim inilah terletaknya mesjid Saidatina Aishah.
Disini, para jemaah akan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid & solat sunat ihram serta berniat mengerjakan umrah dgn Lafaz ; “Sengaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dgn.nya kerana ALLAH taala”. Dgn lafaz ini, bermulalah jemaah berada didalam pantang larang yg 13 perkara
Tugu sempadan diantara tanah haram & tanah halal. Mesjid Aishah yg terletak dibelakang tugu iaitu didalam kawasan tanah halal.
Bagi jemaah lelaki yg berihram, sunat untuk beritibak (membuka bahu kanan) ketika tawaf di Baitullah.
Bukit Safa dari arah kaabah.
Kaabah dari arah bukit Safa.
Pemandangan laluan ke Marwah dari arah Safa.
Diantara lampu hijau, disunatkan berlari-lari anak bagi jemaah lelaki.
Inilah bukit Marwah. Batunya agak licin ditambah pula dgn. shelek.
Alhamdulillah, ibadah umrah hari ini selesai sejam sebelum masuknya waktu utk solat Jumaat. So, masih ada waktu utk balik ke hotel utk mandi dan salin pakaian.

Perlulah diingatkan, solat Jumaat di Masjidil Haram ini juga boleh dihadiri oleh jemaah wanita sebagaimana lazim dan ditempat biasa semasa mengerjakan solat fardhu. Sengaja aku highlight kan disini,kerana aku dapati ada jemaah wanita yg tidak pergi bersolat Jumaat. Tak tahulah aku samaada tidak pergi itu kerana uzur, atau kerana tidak tahu ataupun kerana telah terbiasa amalan spt di rumah/ M’sia.
Sapa-sapa yg datang ke Makkah tapi tak rasa makan ais krim Makkah, memang rugi. harga satu bekas ni 2 Riyal. Tanyalah sapa-sapa yg first time makan ais krim Makkah ni, pasti perkataan yg keluar dari mulut mereka ialah " Ermmmm... sedappppnyeee !!!"