Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 5 - Khamis - 06 Ogos 09.

Seperti biasa , apabila ada program ziarah luar, seawal jam 6.30 pagi, jemaah sudah bersiap di lobi. Yea lah ... Subuh pkl. 4.40 pagi. Bila pkl. 6.30 pagi tu, matahari dah merayup. Lokasi pertama ziarah hari ini ialah ialah Jabal Thur. Lokasi dimana Rasulullah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a. bersembunyi selama 3 hari 3 malam dlm. perjalanan hendak berhijrah ke Madinah. Rasulullah s.a.w. Berjaya meloloskan diri drp. kepungan kafir Quraisy yg hendak membunuh baginda dengan membaca surah Yassin ayat 9.Thur bermaksud unta betina yg sedang bunting.

Kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana untuk mendaki hingga ke gua Thur dipuncaknya, memakan masa l/k 2 jam.

Lokasi kedua ialah Jabal Rahmah. Cerita mengenai lokasi ini juga telah banyak aku paparkan didalam siri "umrah transit" bulan April yg lalu. Malaslah aku nak ulang balik.

Dikesempatan ini, aku bawa cik puan aku naik unta. Tambang sorang 5 riyal. Unta tu dibawa pusing ada la 10-15 langkah kot. Auta betoi tok Arab ni.

Perlu diingatkan, jangan biarkan tuan unta ini mengambil gambar anda. Nanti akan dipaksa anda membeli gambar siap segera yg di shooting nya tadi.
Ini adalah pemandangan Padang Arafah & mesjid Namirah drp. atas Jabal Rahmah. Mesjid Namirah ini hanya digunakan setahun sekali iaitu pada musim haji.
Ini adalah mesjid Muzdalifah. Lalu saja, tak singgah pun.
Tempat melontar. Tunggu musim haji nanti.
Khemah jemaah haji negara-negara Asean. Catatan utk. ketiga-tiga tempat ini akan aku buat bila sampai turn aku naik haji 2011 kelak. Tak kuasa dah aku nak buat rayuan kat Tabung Haji, asyik reject je.
Sebelum kembali ke Makkah, rombongan singgah di mesjid Jaaranah untuk salin pakaian ihram bagi mereka yg ingin berumrah. Jaaranah merupakan salah satu tempat untuk bermiqat bagi penduduk Makkah.
Pemandangan kat ruang solat mesjid Jaaranah.
Setelah berihram, solat sunat tahiyyatul mesjid, solat sunat ihram dan berniat umrah, maka bermulalah lagi jemaah terikat dengan pantang larang ihram.

On the way balik ke Makkah, kami singgah di Jabal Hirak. Jabal Hirak merupakan tempat dimana nabi kita Muhammad s.a.w. menerima wahyu yg. pertama iaitu "Iqrak".
Untuk naik ke atas puncak Jabal Hirak & guanya, memakan masa 1.5 jam. Ada group yg. naik ke atas dgn. di bawa oleh Mutawwif mereka tapi pada waktu malam, pkl. 10 mlm dan balik pukul 2 pg. Aku tak sempat nak joint.
Jabal Hirak dari Masjidil Haram. Gambar ini adalah siaran langsung azan maghrib yg aku tangkap dari satelite TV kat living quaters aku di Sudan. Semasa berada di masjidil haram, aku sendiri tak jumpa pemandangan ni. Kalau tuan-tuan nak cari, kalau tak silap aku menara ni boleh dilihat dari arah kaabah rukun Yamani menghadap ke arah Marwah. Tuan-tuan kena naik solat kat roof top la kot baru nampak. Itu pun tak tahu lah, sbb base on gambar ni, CCTV tu mungkin berada kat atas menara jugak.
Lokasi seterusnya ialah Perkuburan Maqla. Diperkuburan Maqla inilah bersemadinya jenazah wanita pertama yg memeluk Islam dizaman Rasulullah s.a.w. yg juga merupakan isteri baginda iaitu ummu al-mukminin Saidatina Khadijah r.a.
Perkuburan Maqla ini merupakan perkuburan penduduk Makkah sejak zaman nabi hinggalah ke hari ini. Ianya juga merupakan perkuburan kedua yg akan dibangkitkan dihari kiamat nanti selepas perkuburan Baqee.

Amat bertuahlah bagi sesiapa yg dipilih utk meninggal sama ada di tanah haram Makkah atau pun tanah haram Madinah. Ini kerana jenazah mereka kelak, akan disemadikan disana. Haram dibawa balik untuk dikebumikan di tanah air masing-masing atau dimana-mana tanah halal.
Kata mutawwif aku, sekiranya mayat yg disembahyangkan di Masjidil Haram dibawa keluar melalui pintu di Marwah, bermakna jasad mereka akan dikebumikan di Maqla ini. Tetapi jika mayat di bawa keluar melalui pintu King Abdul Azizi, ia akan di bawa dgn kenderaan jenazah untuk dimakamkan ditempat lain.
Berdekatan dgn. perkuburan Maqla ini, adalah mesjid Jin. Disini lah sekumpulan jin berbaiah taat setia kepada Rasulullah s.a.w.
Kat sini pun, bas cuma lalu saja, tak singgah. Insya-ALLAH, dikesempatan yang akan datang, aku berhajat untuk datang kesini naik teksi.

Setelah sampai di Makkah, kami kembali ke hotel dahulu untuk menyimpan bag yg mengandungi pakaian biasa ketika ziarah tadi. Setelah ready, kami bergerak ke Masjidil haram untuk mengerjakan baki rukun umrah yg ke seterusnya iaitu Tawaf 7 pusingan di Baitullah, Saie 7 pusingan antara Safa & Marwah, seterusnya bergunting / bertahallul. Selesailah ibadah umrah untuk kali ini.

Umrah Ziarah hari ke 6 - Jumaat - 07 Ogos 09.

Seawal jam 6.30 pagi, jemaah sudah bersiap sedia dgn pakaian ihram dilobi hotel. Kami dibawa oleh ustaz / mutawwif menaiki bas yg. Disediakan menuju ke Tanaim. Tanaim adalah merupakan miqat yg terdekat bagi penduduk dan orang yg bermukim di kota Mekah. Jaraknya dari Masjidil Haram lebih kurang 5 KM sahaja. Di miqat Tanaim inilah terletaknya mesjid Saidatina Aishah.
Disini, para jemaah akan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid & solat sunat ihram serta berniat mengerjakan umrah dgn Lafaz ; “Sengaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dgn.nya kerana ALLAH taala”. Dgn lafaz ini, bermulalah jemaah berada didalam pantang larang yg 13 perkara
Tugu sempadan diantara tanah haram & tanah halal. Mesjid Aishah yg terletak dibelakang tugu iaitu didalam kawasan tanah halal.
Bagi jemaah lelaki yg berihram, sunat untuk beritibak (membuka bahu kanan) ketika tawaf di Baitullah.
Bukit Safa dari arah kaabah.
Kaabah dari arah bukit Safa.
Pemandangan laluan ke Marwah dari arah Safa.
Diantara lampu hijau, disunatkan berlari-lari anak bagi jemaah lelaki.
Inilah bukit Marwah. Batunya agak licin ditambah pula dgn. shelek.
Alhamdulillah, ibadah umrah hari ini selesai sejam sebelum masuknya waktu utk solat Jumaat. So, masih ada waktu utk balik ke hotel utk mandi dan salin pakaian.

Perlulah diingatkan, solat Jumaat di Masjidil Haram ini juga boleh dihadiri oleh jemaah wanita sebagaimana lazim dan ditempat biasa semasa mengerjakan solat fardhu. Sengaja aku highlight kan disini,kerana aku dapati ada jemaah wanita yg tidak pergi bersolat Jumaat. Tak tahulah aku samaada tidak pergi itu kerana uzur, atau kerana tidak tahu ataupun kerana telah terbiasa amalan spt di rumah/ M’sia.
Sapa-sapa yg datang ke Makkah tapi tak rasa makan ais krim Makkah, memang rugi. harga satu bekas ni 2 Riyal. Tanyalah sapa-sapa yg first time makan ais krim Makkah ni, pasti perkataan yg keluar dari mulut mereka ialah " Ermmmm... sedappppnyeee !!!"

Umrah Ziarah hari ke 7 - Sabtu - 08 Ogos 09.

Program hari ini ziarah luar ke Miqat Hudaybiyah, Muzeum 2 masjid & Ladang Unta. Bagi para jemaah yg ingin mengerjakan umrah lagi, mereka bolehlah membawa kain ihram didalam beg utk disalin di miqat kelak. Manakala kepada yg tidak mahu berumrah, mereka bolehlah terus memakai pakaian biasa sahaja sehinggalah kembali semula kehotel.

Untuk pergi ke Muzeum 2 masjid ini, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu oleh travel agent . Bukannya open seperti mana-mana muzeum kat tempat lain. Oleh kerana kelulusan untuk melawat museum pada pkl 4.30 ptg, maka program hari ini pun bermula agak lewat iaitu pada pukul 2.30 ptg, baru lah bas jemaah bertolak dari hotel.
Lokasi pertama ialah Masjid Hudaibiyah. Masjid Hudaibiyah yg baru terletak hanya bersebelahan dgn. masjid yg asal ini. Sayangnya tapak mesjid ini sepertinya tidak dipelihara sebagai satu tinggalan atau warisan sejarah.

Setibanya kami disini, sebentar kemudian berkumandang lah azan menandakan telah masuknya waktu asar. Walaupun telah masuk waktu asar, kami tetap di bawa oleh mutawwif berkumpul di tapak masjid yg asal.

Kami tidak sama-sama menunaikan solat asar dgn jemaah di masjid baru kerana kami belum berihram. Sekiranya kami menunaikan solat asar dahulu kemudian baru berihram, maka kami tidak lagi boleh mengerjakan solat sunat ihram. Ini kerana Masjid Hudaibiyah ini terletak di tanah halal. Hanya ditanah haram sahaja kita boleh mengerjakan solat sunat selepas waktu subuh & asar.
Inilah gambaran didalam masjid Hudaibiyah. Aku tak dapat nak ambek gambar luar masjid ini kerana silau cahaya matahari.

Setelah ustaz / mutawwif selesai memberi taklimat mengenai sejarah Hudaibiyah, barulah kami masuk ke masjid utk berwuduk , menukar pakaian ihram, solat sunat ihram dan kemudiannya solat fardhu asar.
Setelah itu, bas bergerak meninggalkan Hudaibiyah menuju ke lokasi kedua iaitu Muzeum 2 masjid. Masa lawatan utk jemaah kami ialah dari pukul 4.30 – 5.00 ptg. Dalam tempoh ini, hanya bas jemaah kami sahaja yg dibenarkan masuk ke kawasan museum ini. Bagi mereka atau jemaah lain yg tidak membuat permohonan atau belum tiba masa yg telah diberi, mereka tetap tidak dibenarkan masuk dan terpaksalah menunggu diluar pagar.
Salinan asal Al-Quran mushaff Othmani yg. ditulis oleh saidina Othman bin Affan.
Mesin tenun kelambu kaabah.
Tangga untuk masuk ke pintu kaabah.
Baldi & penutup telaga zam-zam sebelum renovasi.
Gambar pintu masuk ke telaga zam-zam sebelum ini. Sekarang tiada lagi opening seperti ini akibat drp. pembesaran Masjidil Haram.
Inilah gambaran telaga zam-zam sekarang yg. dipasang dgn electrical pump.
Ini pula gambaran kedudukan telaga zam-zam dari lantai tempat tawaf.
Dari museum ini, kami bergerak pula menuju ke lokasi ketiga iaitu ladang unta.
Tuan punya unta sedang berebut dgn. anak unta untuk memerah susu unta.
Susu unta yg. putih melepak. Disini para jemaah berpeluang membeli susu unta. Sebotol kecil saiz 300 ml, dijual dgn harga 5 Riyal (l/k RM5). Aku beli 4 botol, separuhnya aku minum semasa di Mekah dan separuh lagi aku bekukan dan bawa balik ke M’sia.

Dari Ladang Unta ini, kami bergerak balik ke Masjidil haram. Sesampainya kami di Masjidil haram, telah hampir masuknya waktu maghrib. Kami terus melaksanakan rukun umrah yg kedua iaitu tawaf. Alhamdulillah, setelah selesainya 7 pusingan tawaf, muazzin pun melaungkan iqamah. Lalu kami pun turut sama-sama menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah dlm berpakain ihram.

Setelah selesai menunaikan fardhu maghrib, kami menuju ke Safa untuk memulakan rukun umrah yg ketiga iaitu Saie diantara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Setelah itu, beralihlah ke rukun umrah yg keempat iaitu bergunting untuk bertahallul. Dengan demikian, telah selesai dan dapatlah satu lagi ibadah umrah.

Oleh kerana waktu isyak telah hampir, maka kami berehat saja di mesjid. Setelah selesai solat fardhu isyak, barulah kami pulang ke hotel, rileks, tanggalkan kain ihram, mandi, berpakaian biasa,then pergi ke dewan makan utk makan malam.

Umrah Ziarah hari ke 8 - Ahad - 09 Ogos 09.

Hari ini tidak ada apa-apa program yg dianjurkan melainkan program sendiri-sendiri. Ada yg meluangkan masa untuk tawaf kedai & melontar Riyal dan ada yg terus mengerjakan ibadah umrah dgn pergi sendiri-sendiri bermiqat di Tanaaim.

Umrah yg dibimbing oleh mutawwif,hanyalah 4 kali. Selebihnya adalah diatas anisiatif para jemaah sendiri. Dalam jemaah aku, ada seorang pakcik tu berkesempatan mengerjakan umrah sebanyak 13 kali. Iaitu 4 kali bersama-sama mutawwif dan jemaah lain, manakala selebihnya dgn pergi sendiri ke Tannaim utk bermiqat.

Tahniah aku ucapkan kepada pakcik tersebut kerana kuat semangat dan istiqomah. Sekurang-kurangnya terasa berbaloilah wang ringgit yg dikorbankan utk datang mengerjakan ibadah umrah ini. Semoga, aku juga akan diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t utk melipatgandakan amalan umrah pada kesempatan yg akan datang, insyaALLAH.

Untuk pergi ke Tanaaim secara bersendiri, tidak lah susah. Terdapat banyak van-van yg menyediakan perkhidmatan membawa jemaah dgn. Tambang 2 riyal seorang satu perjalanan. Kalau nak selesa lagi, terutamanya yg. pergi suami isteri, bolehlah naik teksi dgn tambang antara 10-15 riyal satu hala perjalanan. Jemaah bolehlah berpakaian ihram siap-siap dihotel kerana jarak perjalanannya dekat sahaja.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Adalah disunatkan bagi tiap-tiap orang yang telah mengerjakan tawaf, sembahyang sunat dan berdoa di Makam Ibrahim, sembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.


Hijir Ismail ini ditutup apabila menghampiri waktu solat.

Bertentang dgn. gambar ini adalah tempat Saie diantara Safa & Marwah yg. terdiri drp. 3 tingkat.

Ini adalah ruang Saie di tingkat 2. Kalau nak selesa, anda bolehlah naik bersaie disini. Tapi tak meriah la berbandingkan di ground level.
Inilah Safa di tingkat 2. Landai saja tidak berbukit. Tidak seperti Safa di ground level.

Tempat air zam-zam di banyak lokasi didalam mesjid. Air zam-zam disini bukan sekadar dibuat minum, tetapi jugak dibuat berwuduk.
Kalau kita kat Malaysia, pergi ziarah orang balik Makkah, dapat minum air zam-zam gelas kecik saja, 2-3 teguk dah habis. Tapi kat sini punyalah mewah sampai boleh dibuat ambil air sembahyang. Just imagine, betapa nikmatnya.

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Umrah Ziarah hari ke 9 - Isnin - 10 Ogos 09.

Hari ini juga jemaah mempunyai acara bebas. Masing-masing dengan aktiviti tersendiri. Yang rajin, akan terus mengerjakan ibadah umrah. Yang kurang rajin, lebih banyak melakukan tawaf sunat sahaja.

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, aku & my wife sempat beberapa kali berpeluang mencium hajarul aswad. Untuk mencium hajarul aswad ini, hendaklah diperhatikan dulu letaknya kedudukan batu-batu tersebut. Setelah itu, sebagaimana saranan mutawwif aku, mulut hendaklah dimuncungkan seperti mulut ikan. Lalu ciumlah tepat di pecahan batu-batu tersebut.

Cuba perhatikan betul-betul batu dlm. photo diatas. Sekiranya tidak diperhatikan betul-betul atau kita menutup mata ketika menghulurkan kepala kedalam bingkai tersebut, dikhuatiri ciuman kita tidak mengenai hajarul aswad ini. Sebaliknya hanyalah dinding kaabah saja yg kita cium.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia lah (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Ketika sessi ceramah tentang sejarah kota Makkah, ustaz penceramah ada menyatakan kepada jemaah, bahawa hajarul aswad ketika masih putih dulu, ia bercahaya menerangi sehingga keluar kota Makkah. Jangkaun cahaya ini ditanda oleh malaikat yg. membentuk dan merupakan sempadan tanah haram Makkah.

Adapun sempadan tanah haram Madinah, tidak sempat aku nak bertanya kepada ustaz, dari mana ia bersumber. So, sapa-sapa yg. membaca catatan aku ini, ini adalah assignment dari aku untuk nko orang, tolong cari atau tanyakan ustaz, sempadan tanah haram Madinah itu ditentukan berdasarkan apa? Lepas tu, jawapannya tolong bagitau kat aku sama.

Dipenjuru hajarul aswad inilah tempat dikira bermula dan berakhirnya pusingan tawaf.

Ini pula adalah gambaran didalam maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim bukanlah bermakna kuburnya nabi Ibrahim. Sebaliknya ia menempatkan tapak kaki nabi Ibrahim. Semasa pembinaan kaabah oleh nabi Ibrahim dulu, apabila mencecah paras tinggi, baginda tidak lagi sampai utk. meletakkan batu-batu. Lalu Allah s.w.t menurunkan batu Yakut ini yg bertindak spt. "sky lift" sehingga membolehkan baginda menyudahkan pembinaan kaabah ini.
Sila perhatikan betul-betul. Batu Yakut ialah lapisan di bahagian bawah. Manakala lapisan dibahagian atas adalah acuan timah.

Escalator yg. menghubungkan tingkat antara ground level dgn. underground, 1st. floor & roof top.

Sessi ceramah selepas solat asar.Penerangan lanjut tentang tawaf wada. Ceramah ini memang diadakan kepada setiap group sehari sebelum dijadual meninggalkan Makkah.

Internet facility yg disediakan oleh Andalusia di dewan makan dgn. bayaran 5 riyal sejam.

Kedai roti canai yg. terletak betul-betul di depan pintu hotel Abeer Garden. Sebijik kenyang utk. seorang. Kena dgn. kari kambing pulak, memang "A" lah ... .Wife aku pun kata roti canai dgn kari kambing ni memang sedap.
Abu mesti berair mulut punya tengok roti canai ni.

Umrah Ziarah hari ke 10 - Selasa - 11 Ogos 09.

Pagi ini, group Gulf Air aku akan bertolak balik pada pukul 8 pg. Mereka telah melaksanakan tawaf wada pada pukul 6 pagi. Aku hanya mengantar mereka naik bas untuk meninggalkan kota Makkah yg penuh barokah ini. Aku terpaksa berpisah dgn group ini kerana flight aku lusa.

Dari kanan, puan Zai & suami, En. Rashdan, mutawwif kami Ust. Alam Shah, aku & my "mem" puan Ros, puan Mas dan suami,En. Abu. - 3 couple kamcheng.


Setelah mereka berlepas pergi, aku dgn. "mem" aku mengisi baki kesempatan yg ada dgn mengerjakan tawaf sunat.




Kaabah berlatarbelakangkan Makkah Hilton.




Bercukur adalah lebih afdal bagi lelaki setelah bertahallul. Semoga rambut yg aku tinggalkan di Tanah Haram Makkah ini akan menjadi sebahagian drp. saksi yg. aku pernah berkunjung ke Baitullah ini.

Kebetulan pagi ini tidak begitu ramai jemaah yg. tawaf. Aku sempat merakamkan photo ini yg. menunjukkan kerja-kerja memperbaiki kelambu Kaabah.

Kelambu Kaabah ini akan ditukar setahun sekali iaitu ketika jemaah haji sedang wukuf di Arafah.

Ini adalah penjuru Kaabah di rukun Yamani. Berdoa disini akan di "amin" kan oleh 70 malaikat.

Sebahagian drp. kerja-kerja meruntuhkan bukit dlm. usaha utk. meng"up-grade" & perluasan kota Makkah.