Schedule pagi ini, Nakamura san dan isteri, dibawa oleh Doto' Mohd. Suffian pergi mengunjungi Tun Abdullah dan Tun Jane di kediaman Tun di Pinggiran TTDI. Manakala yang lainnya kami bawa round-round KL sementara menunggu schedule utk lunch di KL Tower pada pukul 12 t/hari nanti.
Tempat pertama yg kami bawa dan senang dibawa ialah Muzium TUDM di Sg. Besi. Lokasi ini adalah secara kebetulan kami pilih dan merupakan syor drp. driver bas kami yg juga seorang ex-service. Anda juga boleh membawa keluarga anda kesini kerana lokasinya mudah, menarik dan ... masuk free.
Merasa manaiki pesawat pengangkut. |
Dari muzium TUDM tadi, kami singgah di Istana Negara sekejap. |
Dah puas bergambar kat sini, kami bawa deligasi ke Dataran Merdeka pulak.
Sesampainya kami kat sini, nasib baik tidak ada aksi merempit dan merendek. Kalau tidak malu muka jugak aku dibuatnya. Kira tak wrong timing jugak la walaupun cuaca agak panas.Seperti mana schedule, pukul 12 t/hari, kami sampai di KL Tower. Deligasi dibawa naik ke restoran berpusing kat atas tower ni. Pak cik mak cik ni semua dah lapar tapi tak dibenarkan makan lagi sebab Ogawa san dari Kedutaan Jepun talipon kata dia nak datang joint jugak lunch ni sebagai mera'ekan deligasi.
Nakamura san, Nakamura san no okusan dan Dato' Mohd. Suffian pun masih on the way datang sini dari berkunjung ke rumah Pak Lah. So, terpaksa lah tunggu, lama gak !!!
Akhirnya sampai lah jugak VIP-VIP ni dan peserta baru lah dibenarkan makan. VIP juga diraikan oleh Dato' Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Mara yang menggantikan Ketua Pengarah Mara yang tidak dapat hadir.
Nakamuran san dan isteri.
Nakamura san dan isteri, Hj. Anuar san, Ogawa san (Japan Embassy), Dato' Mohd. Suffian san & Dato' Rahim san (TKP Mara)Reja dok boh gambar orang saja, boh la gambar aku pulak sekeping. Kenang-kenangan di restoran berpusing KL Tower dgn Dato' Mohd Suffian dan pingat Jepun nya.
Dari KL Tower, singgah bagi dia org round KLCC kejap. Ambek la gambar pak cik ni sekeping sebagai bukti yg mereka telah dibawa ke KLCC. Aku tak dapat ambek gambar byk sbb dia org jalan berpecah. Lagi pun, zohor dah banyak, aku prefer pegi cari surau dulu.
Dari KLCC, kami yukkuri-yukkuri (slow-slow) bergerak ke KLIA. Seperti mana schedule, kami ban gohan (dinner) di KLIA Concord Inn. Lepak sampai lepas maghrib, baru bergerak ke KLIA.
Setelah selesai urusan check-in, delegasi bergerak masuk ke balai berlepas untuk boarding pada pukul 10.50 malam. Setelah memberi ucapan "Sayonara, gambatte, kiotsekete, mata kite kudasai", kami pun soro-soro KL e kaerimasu.
Begitulah sebahagian drp. rentetan perjalanan Lawatan OISCA Shizuoka ke Malaysia pada kali ini. Semoga hubungan baik diantara Jepun dan Malaysia akan sentiasa berterusan. Mungkin suatu hari nanti, turn anak cucu kita pulak akan terpilih utk mengikuti program ini.
Dan ... OISCA sebenarnya lebih berbangga sekiranya lepasan pelatihnya menjadi seorang usahawan dan mengambil kesempatan merebut peluang hasil daripada hubungan baik ini. Sekiranya tidak, program dan lawatan-lawatan yg diadakan seperti ini bolehlah dianggap tidak berkesan dan tidak berjaya.
So, marilah kita sama-sama merenungkannya then start taking necessary action. Gambarimasho ... !!!
Dikesempatan ini, ingin aku abadikan salah satu lagu yg. di ajarkan oleh Yuriko sensei sebagai salah satu kaedah pembelajaran bahasa Jepun ketika aku di Hamakita gakko dulu. (lama tak pegang mic aihhh ...)
1 ulasan:
Kalau hampa berminat dan nak tau lebih detail, hampa cari Hj.
Assalamualaikum, salam perkenalan.
Boleh saya dapatkan contact number atau email Hj.? saya berminat untuk menjadi tourist guide bahasa Arab tapi masih ragu-ragu...
Badrul Aini Sha'ari
013 355 3685
ibnusina_05@yahoo.com
Pelajar Tahun Akhir,
Bahasa Arab UIAM
Catat Ulasan