Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Lawatan OISCA Shizuoka,Japan - day 5.

Hari ini adalah hari terakhir deligasi OISCA Shizuoka di Malaysia. Malam ini mereka akan berangkat pulang ke Jepun. Seawal jam 7 pagi, deligasi dah check out dari Quality Hotel.

Schedule pagi ini, Nakamura san dan isteri, dibawa oleh  Doto' Mohd. Suffian pergi mengunjungi Tun Abdullah dan Tun Jane di kediaman Tun di Pinggiran TTDI. Manakala yang lainnya  kami bawa round-round KL sementara menunggu schedule utk lunch di KL Tower pada pukul 12 t/hari nanti.

Tempat pertama yg kami bawa dan senang dibawa ialah Muzium TUDM di Sg. Besi. Lokasi ini adalah secara kebetulan kami pilih dan merupakan syor drp. driver bas kami yg juga seorang ex-service. Anda juga boleh membawa keluarga anda kesini kerana lokasinya mudah, menarik dan ... masuk free.
Merasa manaiki pesawat pengangkut.





Berbaju batik, Hj. Sulaiman ialah watashi tachi no ryoko no gaido (tourist guide daa ...). Beliau datang dari JB semalam dan merupakan salah seorang bekas pelatih OISCA  yg. terawal iaitu pada sekitar tahun 70-an. Walaupun telah lama pulang dari Jepun, namun Hj. Sulaiman no Nihon go, sugoi !!! Pera-pera berbandingkan dengan aku yg balik pada tahun 1994 dulu, lupa, selerak dan caca marba habeh.

Hj. Sulaiman juga ada berpesan untuk disampaikan kepada kawan-kawan semua , Hj. amat menggalakkan kita untuk mengikuti kursus dgn. Kementerian Pelancongan untuk / dan menjadi pemandu pelancong berlesen / bertauliah dan berdaftar seperti beliau samada secara sambilan atau sepenuh masa. Pendapatan not bad, sekitar RM 400 sehari disamping dapat melancong free including makan dan hotel.


Hj. bagitau, peserta dikehendaki mengikuti kursus pemandu pelancong ini selama berapa puluh jam ntah. Yg. aku ingat, kos nya sekitar RM 5K. Kalau hampa berminat dan nak tau lebih detail, hampa cari Hj. atau cari lah sendiri kat web Kementerian Pelancongan.

Satu lagi Hj. bagitau, sekarang ni demand utk pemandu pelancong yg dapat berbahasa Arab. Hatta, bangsa asing, cina pun nak belajar bahasa Arab. So, student-student kita yg balik dari Middle East, ini  adalah berita baik buat anda. Dan.... utk kita-kita semua, takyah takut le nak hantar anak masuk sekolah agama. 

Salah satu sudut diruang galeri. Pak cik-pak cik ni dok explain le dekat mak cik-mak cik  dan budak-budak remaja dia orang ni tentang  sejarah  Nippon dan Malaya dulu.
 Dari muzium TUDM tadi, kami singgah di Istana Negara sekejap.
Dah puas bergambar kat sini, kami bawa deligasi ke Dataran Merdeka pulak.
Sesampainya kami kat sini, nasib baik tidak ada aksi merempit dan merendek. Kalau tidak malu muka jugak aku dibuatnya. Kira tak wrong timing jugak la walaupun cuaca agak panas.

Seperti mana schedule, pukul 12 t/hari, kami sampai di KL Tower. Deligasi dibawa naik ke restoran berpusing kat atas tower ni. Pak cik mak cik ni semua dah lapar tapi tak dibenarkan makan lagi sebab Ogawa san dari Kedutaan Jepun talipon kata dia nak datang joint jugak lunch ni sebagai mera'ekan deligasi. 
Nakamura san, Nakamura san no okusan dan Dato' Mohd. Suffian pun masih on the way datang sini dari berkunjung ke rumah Pak Lah. So, terpaksa lah tunggu, lama gak !!!
Akhirnya sampai lah jugak VIP-VIP ni dan peserta baru lah dibenarkan makan. VIP juga diraikan oleh Dato' Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Mara yang menggantikan Ketua Pengarah Mara yang tidak dapat hadir.
Nakamuran san dan isteri.
Nakamura san dan isteri, Hj. Anuar san, Ogawa san (Japan Embassy), Dato' Mohd. Suffian san & Dato' Rahim san (TKP Mara)

Reja dok boh gambar orang saja, boh la gambar aku pulak sekeping. Kenang-kenangan di restoran berpusing KL Tower dgn Dato' Mohd Suffian dan pingat Jepun nya.

Dari KL Tower, singgah bagi dia org round KLCC kejap. Ambek la gambar pak cik ni sekeping sebagai bukti yg mereka telah dibawa ke KLCC. Aku tak dapat ambek gambar byk sbb dia org jalan berpecah. Lagi pun, zohor dah banyak, aku prefer pegi cari surau dulu.
Dari KLCC, kami yukkuri-yukkuri (slow-slow) bergerak ke KLIA. Seperti mana schedule, kami ban gohan (dinner) di KLIA Concord Inn. Lepak sampai lepas maghrib, baru bergerak ke KLIA.

Setelah selesai urusan check-in, delegasi bergerak masuk ke balai berlepas untuk boarding pada pukul 10.50 malam. Setelah memberi ucapan "Sayonara, gambatte, kiotsekete, mata kite kudasai", kami pun soro-soro KL e kaerimasu.

Begitulah sebahagian drp. rentetan perjalanan Lawatan OISCA Shizuoka ke Malaysia pada kali ini. Semoga hubungan baik diantara Jepun dan Malaysia akan sentiasa berterusan. Mungkin suatu hari nanti, turn anak cucu kita pulak akan terpilih utk mengikuti program ini.

Dan ... OISCA sebenarnya lebih berbangga sekiranya lepasan pelatihnya menjadi seorang usahawan dan mengambil kesempatan merebut peluang hasil daripada hubungan baik ini. Sekiranya tidak, program dan lawatan-lawatan yg diadakan seperti ini bolehlah dianggap tidak berkesan dan tidak berjaya.

So, marilah kita sama-sama merenungkannya then start taking necessary action. Gambarimasho ... !!!

Dikesempatan ini, ingin aku abadikan salah satu lagu yg. di ajarkan oleh Yuriko sensei sebagai salah satu kaedah pembelajaran bahasa Jepun ketika aku di Hamakita gakko dulu. (lama tak pegang mic aihhh ...)

1 ulasan:

Badrul Aini berkata...

Kalau hampa berminat dan nak tau lebih detail, hampa cari Hj.

Assalamualaikum, salam perkenalan.

Boleh saya dapatkan contact number atau email Hj.? saya berminat untuk menjadi tourist guide bahasa Arab tapi masih ragu-ragu...

Badrul Aini Sha'ari

013 355 3685
ibnusina_05@yahoo.com

Pelajar Tahun Akhir,
Bahasa Arab UIAM