Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Khamis, 28 Oktober 2010

Lawatan OISCA Shizuoka,Japan - day 4

Schedule hari ini ialah lawatan ke bandaraya bersejarah Melaka. Seawal jam 7 pagi kami sudah bertolak dari Quality Hotel, KL.
Semasa di highway kat kawasan Rantau, suddenly engine bas mati. Gear plak tak boleh nak free. Gelabah gak untenshu (driver) kami sbb selama dok bawa bas tu, tak pernah lagi kena kes mcm. ni. Aku selaku ko-pilot ni pun turut merasa cemas gak.

Tapi alhamdulillah sebab kira Scania ni friendly la jugak. Walaupun lost power dan gear tak boleh nak free, tapi masih boleh dicontrol sehingga dapat berhenti kat lorong kecemasan dengan selamat. 

Dekat 2 jam gak kami semua tersadai kat tepi highway tu samentara menunggu Scania punya mechanic dari P.D. sampai. Setelah mechanic buat sedikit minor repair, bas pun healthy kembali. Perjalanan pun dapat diteruskan.
Lokasi pertama yg pemandu pelancong kami bawa ialah Taman Lebah, berhadapan dengan Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh. Jepun-jepun ni tgk lebah pun dah tak berapa semangat sbb. onaka ga sukimashita (perut dah lapau le...). Then kami pun bergerak la mencari tempat makan.

# Ummi - yg turut berkorban masa menemani rombongan since day one. Domo arigato Ummi san.
Sebagai seorang pemandu pelancong, Hj. Sulaiman bawa kita orang ke restoran yg. menjadi tumpuan pelancong - Restoran Peranakan Baba & Nyonya di Bandar Hilir. Kat sini, bas-bas persiaran saja yg berhenti. Drebar, pemandu pelancong termasuklah ko-pilot disediakan meja khas untuk makan free. Hj. Sulaiman kata kat sini mondai arimasen (no problem), walaupun Baba & Nyonya yg masak, tebemono ga (makanan) nya halal. So, belasah la !!!
Suasana kat dlm. restoran Peranakan tu. Gambar dah habeh makan. Masa dia org. tgh makan, aku pun sebok makan gak. So tak la ambek gambar.

Selepas makan, Hj. Sulaiman bawa jalan-jalan sekitar Bandar Hilir ni sambil menerangkan tentang sejarah Melaka. Maklumlah, ahli rombongan ada yg tua, ada yg. muda. Yg. muda nak jalan laju. Yg tua jalan sikit kira nak menyinggah. Aku dgn. Ummi ni lah yg reja kesana kemari kepong dan cari dia orang, takut hilang atau tersesat. So, tak dan lah aku nak ambek gambar dia org.
Di tengah-tengah kesibukan dan kesempitan Bandar Hilir ini, suddenly ternampak satu tempat yg pada aku betul-betul bersejarah - Makan Hang Kasturi. "Assalamualaikum ya ahlal qubur"


Lokasi terakhir hari ini ialah makan ikan bakar di Umbai. Haryanto yg juga alumni OISCA, dalam perjalanan pulangnya dari JB- KL-JB, sempat meluangkan masanya untuk singgah menemui dan meraikan ahli rombongan.


Tengok tu ... baguih punya anak angkat, mak angkat pulak melayan dia makan !!!
Tabemono ga oishikatta, demo ... sugoi karai. Makanan kat sini memang sedap, tapi ... pedas gila.
Berair mata budak-budak ni. Dia punya pedas, jgn.kan Jepun, aku hak Melayu ni pun tak buleh tahan.
Tamayo Shoji san - OISCA Malaysia representative, En. Kamal - watashi taci no untenshu, Ruhil - OISCA Malaysia & Ummi - alumni OISCA.

Kami bertolak balik ke KL l/k jam 8.30 mlm dan sampai di Quality Hotel sekitar jam 11 mlm. Itulah cerita utk hari ini. Aku ingat, tajuk cerita yg sesuai utk hari ini ialah - m-a-k-a-n.

Hait ... owarimashita !!!

Tiada ulasan: