Keesokannya, mereka telah menyertai program "green earth" dgn menanam pokok bakau . Aku tak tau sgt acara hari pertama dan kedua ni kerana aku tidak dapat menyertainya lagi.
Pada hari ke-3 dan keseterusnya, baru aku berkesempatan utk joint. Sebagai salah seorang alumni OISCA (1993-1994), aku merasa terpanggil utk. meraikan tetamu dari Jepun ini. Apatah lagi mereka datangnya dari Shizuoka-Ken dan kebanyakkan dari mereka tinggal di sekitar Hamamatsu iaitu berdekatan dgn sekolah aku dulu di Hamakita-shi. Kebetulan pula aku tgh. sebulan bercuti. So, mondai arimasen la !!!
Seawal jam 7 pagi, kami bertolak dari Quality Hotel, KL menuju ke Semenyeh. Program pertama hari ini ialah masih dgn acara "green earth" iaitu menanam pokok di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di Beranang.
Rombongan selamat sampai di KKTM, Beranang.
Rombongan diraikan oleh pelatih, kakitangan & sensei KKTM. Pensyarah KKTM sedang memberi ucapan selamat datang dalam Nihon-go (Bahasa Jepun)
Setelah itu, deligasi dibawa ke dewan seminar untuk mendengar taklimat tentang aktiviti KKTM, hala tuju, matlamat & pencapaiannya. Taklimat disampaikan dalam bahasa Jepun oleh pensyarah KKTM. Sekali lagi mondai arimasen (no problem) kerana pelatih KKTM juga boleh berbahasa Jepun.
Setelah itu, bermulalah acara menanam pokok yg dirasmikan oleh Nakamura san, selaku ketua deligasi.
# - Pokok tinggi sejengkai, lubang dalam sedepa.
Seterusnya diikuti oleh pokok-pokok yg lain oleh peserta rombangan bersama-sama dgn warga KKTM.
Setelah selesai menanam pokok, kami disajikan dengan jamuan buah-buahan tempatan. Photo - warga KKTM sedang menunjukkan bagaimana cara mengupas buah rambutan, durian, duku & manggis. Diikuti dgn pulut kuning & nasi beriani. Omoshiroi.. (interesting)
Pak cik ni adalah salah seorang yg dipaksa & terpaksa makan durian. Nak luah, tak sampai hati. Nak terus makan tak lalu & tak tahan bau. Akhirnya habeh jugak la seulas.Tahniah... Omedeto gozaimase !!!
Nakamura san, Nakamura san no okusan (wife) ditemani oleh Hj. Anuar & sensei KKTM menjamu selera.
Bergambar kenang-kenangan peserta bersama dgn warga KKTM.
Lokasi kedua adalah Putra Jaya. Oleh kerana keletihan, kekenyangan & bas yg selesa, dalam perjalanan dari Beranang ke Putra Jaya pun, ramai peserta yg tertidur - sampai tenganga mulut. Tsukaremashita desu ne !!!
Singgah sebentar di Dataran Putra sementara menunggu appointment pukul 2.30 utk melawat Giat MARA, di Precinct 15 Putra Jaya. (Bersebelahan dgn Mydin).
Oleh kerana kursus yg ditawarkan di Giat MARA Putra Jaya ini adalah kursus Confectionary & Bakery, maka kami & semua Jepun2 ni, dihidangkan dgn pelbagai juadah kek & kuih muih hasil latihan pelatih-pelatih disini. Watashi-tachi wa takusan tabemashita. Ippai... Oishikatta dese yooo !!!
Aksi pelatih Giat MARA Putra Jaya.
Domo arigato gazaimashita la diatas jamuan yg hampa sediakan. Hasil masakan & makanan anda memang sedap. Tak rugi anda semua ikuti kursus dlm bidang ni.Semoga anda semua akan menjadi tokei kedai kek yg berjaya. Insya-ALLAH. Amin !!!
Sekali lagi pelatih-pelatih Giat MARA Putra Jaya ni bergambar kenang-kenangan bersama-sama dgn OISCA no Nihon-jin. ("Jin"- tu bahasa Melayu nya bermakna "orang".Nihon-jin = orang Jepun).
# Hampa masak la sedap-sedap, kot-kot pak cik ngan mak cik Jepun hampa tu ambek buat menantu & pi buka kedai kek kat Jepun. Mana tau !!!
Acara seterusnya ialah meraikan Dato' Mohd. Sufian mendapat anugerah drp. kedutaan Jepun. Pada pukul 7 mlm, kami semua sudah berkumpul di kedutaan Jepun.
Dato' Mohd. Sufian di anugerah kan pingat sebagai menghargai jasa beliau bergiat aktiv di dalam OISCA sehingga berjaya menjalinkan hubungan baik diantara Jepun dan Malaysia dan berjaya dlm byk program yg. melibatkan Jepun.
Mengikut ucapan Dato' Mohd. Sufian, diantara salah satu program yg beliau sedang usahakan ialah untuk mendapat kebenaran bagi membolehkan Air Asia membuat penerbangan ke Jepun. So, kalau berjaya, pasni boleh la kita alumni OISCA ni pergi melawat keluarga angkat kita, guru2 kita, kaisha kita, kawan2 kita, koibito kita (uph ..!!!) kat sana.
Dato' Mohd. Sufian yg ditemani oleh Datin dan anak menantunya gembira dgn. pingat yg dianugerahkan oleh kedutaan Jepun kepada beliau. Tahniah Dato'
Acara malam ini berakhir dengan ban gohan (makan malam) di restoran Sri Melayu, tak jauh dari KLCC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan