Rabu, 23 September 2009
Ahad, 20 September 2009
Aidil Fitri di Sudan.
Takbir raya Sudan version. Video ini dirakamkam pada majlis solat sunat Aidil Fitri di WNPOC Thar Jath base camp, Sudan tahun 2009.
Dalam video ini adalah sebahagian drp. kawan-kawan yg. ditakdirkan tidak dapat beraya bersama keluarga di Malaysia. Sebahagiannya lagi yg. ada disite & belum menghadirkan diri ke upacara ini ketika video ini dirakamkan.
Kami bersama kawan-kawan Sudanese selepas upacara solat sunat hari raya.
Jumaat, 18 September 2009
Isnin, 14 September 2009
Jagung Afrika
Jagung ni dibeli dekat kampung kat-kat sini ja. Bukannya apa, tengok pokok jagung rasa mengidam nak makan jagung. Tapi hajat tu tak kesampaian pasai jagung ni keras. Jagung ni bukannya tua sgt. tapi memang jenis dia keras.
Aku tanya orang-orang sini, macam mana depa makan jagung ni. Depa kata, depa bakar. Tapi tengok pada gaya tu, hang bakar ka, hang rebuih ka, tak kan empuk punya.
Tak pa lah, tunggu lah sebulan setengah lagi (1 Nov. 09), aku balik cuti, makan jagung rebuih kat pasar malam ka, kat Giant ka, lagi sedap. Kannn ... !!!!
Isnin, 31 Ogos 2009
Umrah Ziarah - Siri ke 2 - Ogos 09.
Alhamdullillah, bersyukur aku kehadrat ALLAH s.w.t. kerana sekali lagi aku telah dipilih oleh ALLAH s.w.t. untuk menjadi tetamu-Nya dan tetamu Rasulullah s.a.w buat kali yg kedua. Dengan menggunakan Emirates Skyward miles redemption sebanyak 76600 point seorang , aku dapat membawa cik puan aku bersama untuk menunaikan ibadah umrah. Dengan kata lain, aku buat umrah ni dengan menggunakan free air ticket.
Wisma Andalusia, di Kg. Pandan, Kuala Lumpur. (Tel: 03-9283 1588) dekat dgn. IKM Kg. Pandan. Ceramah percuma oleh Ustaz Md. Daud Che Ngah c/w nasi lemak setiap pagi hari Ahad
Sebagaimana sebelum ini, aku pergi dgn. Andalusia dgn. charge ground handling (visa, hotel, transportation & makan) sebanyak RM 2600 seorang untuk bilik berdua.
Gambar Dato' Hj. Md. Daud Bin Che Ngah - Pengurus Eksekutif tak sempat aku nak ajak bergambar sbb. aku nampak beliau sebok sangat.
Paparan kali ini adalah merupakan maklumat baru dan tambahan kepada siri “umrah transit” pada bulan April yg lalu. Ianya aku persembahkan khusus buat peringatan dan kenang-kenangan untuk diriku sendiri. Disamping itu, aku juga berharap ianya akan dapat memberi sedikit maklumat, gambaran dan pengetahuan tentang aktiviti di sepanjang perjalanan package umrah ini terutamanya kepada mereka yg pertama kali atau belum pernah lagi menunaikan ibadah umrah. Semoga paparan yg serba kekurangan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita bersama, insyaALLAH.
Pemandangan bahagian hadapan Terminal 2, King Abdul Aziz International Airport, Jeddah.
Tepat pukul 6.30 ptg. ,pesawat Emirates yg aku naiki dari KL – Dubai, selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Setelah selesai semua urusan passport, aku menunggu ketibaan group jemaah umrah yg tiba dari Malaysia dgn. Pesawat Gulf Air pada pukul 7.30 mlm. Sementara itu, aku sempat menunaikan solat maghrib jamak qasar dgn isyak sekali di surau airport.
Pemandangan Jeddah airport dari bhgn. belakang / runway. Airport terminal 2 ni setingkat je. Kalau airport terminal 1, rupa mcm. itu jugak tapi 2 tingkat. Angkut penumpang dari boarding gate ke flight pakai bas.
Hari ini jemaah Andalusia ada dua group. Satunya tiba dgn. Pesawat Gulf Air manakala group yg satu lagi tiba dgn Saudi Air. Jemaah Saudi Air mendarat di airport terminal 1.Manakala jemaah yg datang selain dgn Saudi Air, akan mendarat diterminal 2 yg lebih dikenali dgn nama Foreign Airline terminal. Jarak antara terminal ini dalam 2 km. Oleh kerana aku menaiki pesawat Emirates yg masuk kategori Foreign Airline, so aku kena la joint group Gulf Air.
Untuk pengetahuan bersama, setelah selesai urusan passport & ambil beg , passport anda akan di collect semula oleh beberapa orang pemuda Arab yg sedia menunggu di arrival hall. Bagi sesiapa yg. Pertama kali & tidak biasa dengan keadaan ini, tentu akan merasa cemas. Base on past experience, ada jemaah yg. Bertekak dgn. Kumpulan pemuda ini kerana tidak mahu menyerahkan passport yg diminta. Anda tidak perlu bimbang. Serahkan saja passport anda kepada mereka, insya-ALLAH, safe & nothing will be happen. Itu adalah sebahagian dari peraturan di Arab Saudi.
Sementara itu, jemaah akan dibawa menaiki bas. Setelah passport anda di Photostat & urusan yg berkaitan selesai, mereka akan menghubungi travel agent / mutawwif kita untuk menyerahkan kembali passport kita. Setelah travel agent / mutawwif menerima kembali kesemua passport jemaah, barulah bas akan bertolak meninggalkan airport.
Bas kami bertolak dari airpot Jeddah ke Madinah pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 1 ½ jam perjalanan, bas singgah di sebuah restoran yg mcm R&R di satu kawasan yg bernama “Wadi Qudait”. Disini, para jemaah akan dijamu makan malam. Bagi jemaah yg belum menunaikan solat, mereka juga bolehlah menunaikan solat maghrib & isyak jamak qasar disini.
Inilah nasi Arab yg. dihidangkan, share 4 org. Sedap tapi kering. Kalau ada kuah dalca, baru lajak sikit.
Hotel kat Madinah.
Waktu solat di kota Madinah.
Sukalah aku nak mengingatkan, power outlet di Arab Saudi ni jenis 2 lubang sahaja. So, anda perlulah membawa 3 to 2 pin adaptor spt. diatas. Kalau tidak, h/p anda tak boleh nak charge,melainkan charger tu memang jenis 2 pin jugak. Kat kedai di Madinah & Makkah ni ada jual benda alah ni, tapi sementara nak boleh jumpa tu la yg. masalah problem sikit.
Sebagaimana sebelum ini, aku pergi dgn. Andalusia dgn. charge ground handling (visa, hotel, transportation & makan) sebanyak RM 2600 seorang untuk bilik berdua.
Paparan kali ini adalah merupakan maklumat baru dan tambahan kepada siri “umrah transit” pada bulan April yg lalu. Ianya aku persembahkan khusus buat peringatan dan kenang-kenangan untuk diriku sendiri. Disamping itu, aku juga berharap ianya akan dapat memberi sedikit maklumat, gambaran dan pengetahuan tentang aktiviti di sepanjang perjalanan package umrah ini terutamanya kepada mereka yg pertama kali atau belum pernah lagi menunaikan ibadah umrah. Semoga paparan yg serba kekurangan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita bersama, insyaALLAH.
Tepat pukul 6.30 ptg. ,pesawat Emirates yg aku naiki dari KL – Dubai, selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Setelah selesai semua urusan passport, aku menunggu ketibaan group jemaah umrah yg tiba dari Malaysia dgn. Pesawat Gulf Air pada pukul 7.30 mlm. Sementara itu, aku sempat menunaikan solat maghrib jamak qasar dgn isyak sekali di surau airport.
Hari ini jemaah Andalusia ada dua group. Satunya tiba dgn. Pesawat Gulf Air manakala group yg satu lagi tiba dgn Saudi Air. Jemaah Saudi Air mendarat di airport terminal 1.Manakala jemaah yg datang selain dgn Saudi Air, akan mendarat diterminal 2 yg lebih dikenali dgn nama Foreign Airline terminal. Jarak antara terminal ini dalam 2 km. Oleh kerana aku menaiki pesawat Emirates yg masuk kategori Foreign Airline, so aku kena la joint group Gulf Air.
Untuk pengetahuan bersama, setelah selesai urusan passport & ambil beg , passport anda akan di collect semula oleh beberapa orang pemuda Arab yg sedia menunggu di arrival hall. Bagi sesiapa yg. Pertama kali & tidak biasa dengan keadaan ini, tentu akan merasa cemas. Base on past experience, ada jemaah yg. Bertekak dgn. Kumpulan pemuda ini kerana tidak mahu menyerahkan passport yg diminta. Anda tidak perlu bimbang. Serahkan saja passport anda kepada mereka, insya-ALLAH, safe & nothing will be happen. Itu adalah sebahagian dari peraturan di Arab Saudi.
Sementara itu, jemaah akan dibawa menaiki bas. Setelah passport anda di Photostat & urusan yg berkaitan selesai, mereka akan menghubungi travel agent / mutawwif kita untuk menyerahkan kembali passport kita. Setelah travel agent / mutawwif menerima kembali kesemua passport jemaah, barulah bas akan bertolak meninggalkan airport.
Bas kami bertolak dari airpot Jeddah ke Madinah pada pukul 9.00 mlm. Lebih kurang 1 ½ jam perjalanan, bas singgah di sebuah restoran yg mcm R&R di satu kawasan yg bernama “Wadi Qudait”. Disini, para jemaah akan dijamu makan malam. Bagi jemaah yg belum menunaikan solat, mereka juga bolehlah menunaikan solat maghrib & isyak jamak qasar disini.
Para jemaah tidak perlu memakai pakaian ihram sebagaimana aku dlm edisi umrah transit pada bulan April yg lalu. Ini kerana package kali ini adalah ke Madinah terlebih dahulu. Berbeza dgn. siri Umrah transit aku yg lalu dimana aku perlu mengenakan pakaian ihram dari KLIA lagi kerana package itu pergi ke Makkah dahulu. So, bagi jemaah yg. akan datang untuk mengerjakan umrah, perlulah memastikan kemana mereka akan dibawa terlebih dahulu, samaada ke Makkah dahulu ataupun ke Madinah dahulu. Tetapi, kebanyakkan package, pergi ziarah ke Madinah dahulu.
Alhamdulillah, bas & para jemaah selamat sampai di kota Madinah Al-Munawwarah pada pukul 2.00 pagi. Setelah check-in hotel & ambil beg masing-masing, jemaah akan berehat seketika sementara menunggu masuknya waktu subuh pada pukul 4.23 pagi.

Kita juga boleh membeli sim card Arab utk. buat call ke M'sia dgn. rate yg jauh lebih murah berbandingkan roaming. Biasanya jemaah beli sim Mobily dgn harga 75 Riyal (l/k RM 75). Anda boleh tanyakan pada Mutawwif.
Umrah Ziarah hari pertama - Ahad - 02 Ogos 09.
Setelah kembali dari solat subuh di masjid Nabawi, jemaah akan bersarapan di hotel. Pada pukul 6.30 pagi, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk acara pertama iaitu ziarah dalaman. Setelah mutawwif memberi penerangan, para jemaah akan dibawa ke masjid Nabawi.
Disini, jemaah lelaki & wanita akan berpecah. Jemaah wanita terpaksalah “pandai-pandai” sendiri bawa diri masuk ke masjid Nabawi. Sementara jemaah lelaki akan terus di bimbing oleh mutawwif.
Mutawwif aku kali ini membawa para jemaah lelaki menziarahi perkuburan Baqee terlebih dahulu kerana dah dekat dengan pintu masjid tempat kami berpecah dengan jemaah wanita tadi. Jemaah wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan.
Apa yg paling istimewa tentang perkuburan Baqee ini ialah ianya adalah perkuburan yg pertama akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak. Sesiapa yg berpeluang dikebumikan disini, bermakna jenazah mereka adalah berjiran dengan Rasulullullah s.a.w., para sahabat, ambiak dan solihin yg lain.
Dari perkuburan Baqee, Mutawif akan membawa para jemaah lelaki masuk ke dalam Masjid Nabawi untuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w.dan 2 sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Saidina Umar Ibnu Khattab r.a. Disini, para jemaah akan memberi salam kepada nabi Muhammad s.a.w. berserta dengan salam yg dikirim oleh sanak saudara dan rakan taulan.
Sabda nabi s.a.w. : “Barang siapa menziarahi aku setelah mati ku samalah juga seperti mereka menziarahi aku ketika aku masih hidup”.
Sabda nabi s.a.w. : “Barang siapa mengucapkan kepada aku dengan satu salam, maka ALLAH akan mengucapkan kepadanya dengan sepuluh salam”.
Juga sebagaimana yg sering khatib ketika solat Jumaat peringatkan kepada kita dalam khutbahnya yg berbunyi. “ Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi, maka berselawatlah kamu ke atas nabi”.
Alhamdulillah, aku telah dipilih oleh ALLAH s.w.t. untuk menjadi salah seorang daripada penziarah Rasullullah s.a.w. yg. mana syafaatnya lah yg sangat kita harapkan diakhirat kelak.
Setelah mengucapkan salam kepada Rasullullah, kita dianjurkan pula untuk mengucapkan salam kepada sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. seterusnya Saidina Umar Al-Khattab r.a. yg. dimakamkan bersebelahan dgn. Rasulullah s.a.w.
Setelah itu, jemaah akan berpatah balik ke ruang solat untuk mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat mutlak. Ketika ini, jemaah di anjurkan sebaik dan sedapat mungkin, cuba berada di kawasan Raudhah. Sabda nabi, “diantara rumah ku dan mimbar ku adalah salah satu drp. Taman-taman syurga”.
Bagi jemaah wanita, waktu untuk masuk ke kawasan Raudhah ini adalah terhad iaitu selepas subuh, selepas zohor dan selepas isyak. Pada masa ini, partition akan dipasang drp ruang solat wanita sebagai laluan sehinggalah ke separuh drp. kawasan Raudhah. Walaupun masa yg diberi adalah selepas waktu solat yg tersebut, namun kerja-kerja memasang partition mengambil masa yg agak lama juga. Our jemaah wanita, walaupun menunggu drp lepas solat isyak namun utk dapat masuk ke Raudhah agak lambat juga kerana dibuat turn contohnya jemaah Saudi dahulu, lepas tu jemaah Iran dan seterusnya.
Program ziarah dalaman ini berakhir setakat ini sahaja. Selepas itu, program sendiri-sendiri. Ramai jemaah akan kembali ke hotel untuk beristirehat. Base on past experience, aku syorkan, better kalau anda dapat terus berada di dalam kawasan Raudhah selama mungkin. Ini kerana, pada pagi hari pertama ini sahaja lah, anda berpeluang berada di kawasan Raudhah dgn. keadaan lebih mudah mendapat tempat berbandingkan pada masa-masa yg lain. Peluang ini sukar untuk diperolehi lagi kerana besok paginya, dah program ziarah luar. Manakala lusa paginya, jemaah dah akan bertolak ke Makkah.
Dinding hijau itu adalah bahagian belakang rumah / makam Rasulullah s.a.w. Di dlm. masjid Nabawi ini, hanya ruangan kecil ini yg. lantainya tinggi sedikit.
Ahad, 30 Ogos 2009
Umrah Ziarah hari ke 2 - Isnin - 03 Ogos 09.
Seawal jam 6.30 pagi, jemaah berkumpul di lobi hotel untuk pergi ziarah luar. Lokasi pertama ialah ke Masjid Quba.
Sabda nabi s.a.w.: “Barang siapa yg berwuduk dari rumahnya (hotel) kemudian bersolat di Masjid Quba ini, maka bagi nya ganjaran pahala satu ibadah umrah”.
Nabi s.a.w. sangat sayang kepada perkampungan Quba ini kerana disinilah penduduk Madinah menyambut ketibaan nabi s.a.w. semasa peristiwa pertama kali baginda berhijrah dari mekah dahulu. Mereka menyambut ketibaan nabi dengan syair yg. Sehingga ke hari ini masih kita ikuti iaitu “ Tholaal badru alaina” .maksud keseluruhan syair tersebut ialah :
Terbit bulan purnama menerangi kami,
Dari sana diantara jalan gunung Wada’
Wajib bersyukur atas sekelian kami
Selama berdoa kepada ALLAH yg. Mendoa
Wahai Paduka yg diutus kepada kami
Kau datang dengan agama yg dipatuhi
Kau datang berkunjung ke Madinah kami
Mendapat kelapangan wahai sebaik daie.
Program kedua ialah melawat ladang kurma. Disini, jemaah boleh membeli kurma. Tapi untuk mendapat harga yg lebih murah, better bersabar dahulu kerana diakhir program nanti, jemaah akan dibawa ke pasar kurma.
Nabi s.a.w. sangat sayang kepada perkampungan Quba ini kerana disinilah penduduk Madinah menyambut ketibaan nabi s.a.w. semasa peristiwa pertama kali baginda berhijrah dari mekah dahulu. Mereka menyambut ketibaan nabi dengan syair yg. Sehingga ke hari ini masih kita ikuti iaitu “ Tholaal badru alaina” .maksud keseluruhan syair tersebut ialah :
Terbit bulan purnama menerangi kami,
Dari sana diantara jalan gunung Wada’
Wajib bersyukur atas sekelian kami
Selama berdoa kepada ALLAH yg. Mendoa
Wahai Paduka yg diutus kepada kami
Kau datang dengan agama yg dipatuhi
Kau datang berkunjung ke Madinah kami
Mendapat kelapangan wahai sebaik daie.
Diladang kurma ini, hanya terdapat satu sahaja kedai yg. menjual kurma. Gambar diatas ialah tempat minum teh yg. disediakan oleh tuan kedai kurma. Teh "O" tu free je.
Program ketiga ialah menziarahi maqam syuhada Uhud. Tiada byk yg ingin aku perkatakan kerana ianya telah aku tampilkan pada siri umrah transit yg lalu.
Ini adalah sebahagian drp. gunung Uhud. Disebelah kanannya gunung itu menganjur sehingga beberapa km lagi.
Program keempat ialah melawat bukit magnet. Kawasan ini adalah penemuan baru. Dikatakan bas akan laju menaiki bukit dan menjadi perlahan semasa menuruni bukit disebabkan oleh daya tarikan magnet. Aku tak dapat nak cerita lanjut kerana aku tak dapat menghayati keadaan ini. Tok Arab dreba bas tu pun tak mau tunjuk lebih-lebih dgn alasan takut enjin bas dia rosak. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH utk aku berkunjung ke sini lagi, aku akan cuba menghayati kebenaran situasi ini dan / untuk aku berkongsi pengalaman dgn. anda semua.
Ini adalah wadi .... apa nama ntah, aku dah lupa sbb. buku catatan aku hilang. Wadi ini pernah di singgahi oleh Rasulullah s.a.w. & meminum airnya. Sehingga kehari ini air wadi ini tidak pernah kering. Kawasan sekitarnya juga amat subur dgn pohon kurma menghijau.
Gambar diatas menunujukkan bhgn. dlm. maqam shuhada Uhud berlatar belakangkan Bukit Rummat (Bukit Pasukan Pemanah).
Gambar ini diambil drp. hujung jalan di bukit magnet ini. Jalan kesini adalah jalan mati.
Ini adalah mesjid Khandak. Cuma lalu je, tak singgah pun. Masjid ini didirikan di kawasan terjadinya perang Khandaq. Ianya juga dinamakan Masjid Tujuh kerana ada tujuh buah masjid didirikan di kawasan Khandaq ini. Setiap masjid itu mewakili penjuru umat Islam berkubu.
Bangunan yg. diatas bukit itu adalah salah satu drp. yg tujuh itu. Manakala masjid yg ada menara kat bawah tu adalah masjid yg. baru.
Ziarah luar kali ini, kami tidak mengunjungi kilang mencetak Al-Quran atas syor dari mutawwif kami. Alasannya , jemaah wanita lebih ramai dari jemaah lelaki. Mengikut peraturan kilang mencetak Al-Quran ini, hanya jemaah lelaki sahaja yg dibenarkan memasuki kedalam kilang. Jemaah lelaki ini kelak akan mendapat hadiah senaskah Al-Quran. Manakala jemaah wanita tidak dapat.
Mengikut kata mutawwif kami, beliau telah check dgn rakan-rakan mutawwif beliau yg berkunjung kesini pada hari-hari sebelumnya, semua drp pengunjung tidak dapat membeli Al-Quran kerana tidak dijual. Kata mutawwif kami, kilang ini didirikan bukanlah untuk tujuan kormersial. Al-Quran yg dicetak disini adalah untuk diedarkan secara percuma atas nama wakaf. Hanya sebahagian kecil sahaja yg dijual kepada pengunjung. Setelah habis quota tersebut, ianya tidak dijual lagi. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dari jemaah wanita, mutawwif kami mengesyorkan untuk tidak kesini kerana program ini dikenakan bayaran tambahan.
Bagi aku pribadi, aku tak lah rasa ralat sangat kerana aku telah berkunjung kesini pada umrah yg lepas. Jika anda ingin melihat keadaan didalam kilang mencetak Al-Quran ini, anda bolehlah melihat dalam posting Umrah Transit pada bulan April yg lalu. Cumanya hajat aku utk membawa balik Al-Quran hadiah dari kilang ini kali ini, tidak kesampaian.

Langgan:
Catatan (Atom)