Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Khamis, 30 April 2009

TJDP-ians Yang Masih di TJ.

Thar Jath Development Project (TJDP) Groups yg. antaranya masih di Thar Jath ialah :
Aku, Pak Ya & Rosmin di Petronas Country Office / WNPOC office Khartoum.
Antara 3 orang tu, Pak Ya la yg slim sekali (macho la tu ...).
Ayah Ku (Tengku Rahim), Rizal Pahlavy & aku di pasar Omdurman, Khartoum.
Public transport kat Omdurman. Macam bas mini kat KL dulu la. (perut tuuu .... )
En. Rizal Ibrahim (Civil inspector), Asri (Bio Ram civil inspector - new player), Zambri (WNPOC Safety), Ayah Ku, aku & Shah Bolok (Chief inspector).
Farewell untuk En. Kamalong yg. telah menamatkan perkhidmatannya sebagai TJ Camp Manager pada end April 09.
En. Kamalong, Zambri, Rosli, Asri, Shah Bolok, Hj. Fadzilah & Rizal Ibrahim.
Lepas ni antara yg. akan menyusul meninggalkan Sudan ialah Shah Bolok (5/5/09), Rizal Ibrahim (15/5/09) & aku (4/7/09). Yang lain tu, sign mati kot kat Sudan ni.

UPSR 5A

Alhamdulillah, bersyukur aku sekeluarga kehadrat ALLAH s.w.t. diatas kejayaan Muhammad Luqman mendapat keputusan 5A didalam UPSR nya.Sengaja aku abadikan keputusan UPSR nya disini sebagai kenang-kenangan buat kami sekeluarga. Ianya juga adalah sebagai hadiah berharga daripada anak kedua aku teristimewa buat umminya, puan Rosmanira yg. telah banyak membahagikan masa & mendorong Muhammad Luqman kearah kejayaannya.
Terima kasih yg. tidak terhingga juga buat rakan pengajian fardhu ain isteri aku yg. telah memperkenalkan "Program Score A" di internet. (www.scorea.com.my). Program ini sangat banyak membantu dalam pencapaian tersebut.
Program ini merupakan latihan gerak gempur untuk pelajar dari tahun 1 sehinggalah PMR. Ia adalah program berbayar. Ianya boleh dikira sebagai tusyen on line. Dengan menyertai program ini, ibubapa tak perlu lagi bersusah payah pergi hantar & ambil anak2 spt. mana tusyen di luar. Ibubapa juga boleh monitor pencapaian anak-anak, bila masa mereka buat latihan, berapa peratus yg. mereka perolehi didalam setiap kali sessi latihan dan sebagainya. Monitoring juga boleh dibuat pada bila-bila masa walaupun ibubapa berada di luar negeri.

Sehingga kini, anak-anak aku masih lagi meneruskan membuat latihan on line Program Score A ini setiap hari. The next target kami untuk UPSR 5A ialah pada anak ketiga kami, cik Khairunisa tahun depan.

2 tahun kemudian, anak kami yg. ke-4 pulak, cik Nur Liyana. Insya-ALLAH.

(Nana bersama bunga raya gergasinya di Cameron Highland)

Sabtu, 25 April 2009

Umrah Transit

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada WNPOC, En. Kusaimi & EP Engineering, puan Siti Norbaiyah & rakan2 diatas approval, pertolongan, usaha & tumpang bersusah payah menguruskan change route flight ticket untuk aku break journey bagi mengerjakan ibadah umrah & ziarah.

Alhamdulillah, akhirnya pada tanggal 15 hb. April 2009, termakbul juga hasrat & doa aku untuk menjadi tetamu ALLAH dengan berkunjung ke Baitullah bagi menunaikan ibadah umrah di Makkah Al-Mukarramah & menziarahi Rasullullah s.a.w. di Madinah Al-Munawwarah.

Catatan ini aku persembahkan adalah sebagai kenang-kenangan. Juga untuk memperingatkan kembali apabila aku di izinkan ALLAH lagi untuk menjadi tetamu-Nya buat kali yg. ke-2 dan yg. keseterusnya, insyaALLAH.

Disampaing itu juga, sebagai sedikit tips & view bagi mereka yg ingin, berhajat, bercita-cita dan berazam untuk berkorban merendahkan dirinya untuk turut datang menjadi tetamu ALLAH & Rasul-Nya di bumi yg. penuh barokah ini.

Setelah membuat pencarian di internet tentang travel agen yg. mengendalikan pakej umrah & jadual penerbangan dari beberapa airline, Alhamdulillah, akhirnya aku dipertemukan dgn. Andalusia. Setelah membuat beberapa siri pertanyaan dan perbincangan, Andalusia bersedia memberikan aku perkhidmatan menguruskan visa umrah. Dengan menggunakan tiket penerbangan sendiri (company), Andalusia mengenakan RM 1600 untuk urusan visa & ground handling (hotel, makan & transpotation).

Untuk mendapat visa umrah ini, travel agen perlu submit nama kita ke Arab Saudi terlebih dahulu. Setelah mendapat kelulusan, barulah travel agen akan membawa passport kita ke kedutaan Arab Saudi di KL. Kita perlu menyediakan 4 keping gambar ukuran passport dgn sais muka 80% & background putih, bukannya biru sebagaimana biasa. Juga kad klinik yg mengesahkan kita telah mendapat suntikan.
Terdapat 2 jenis pakej dalam mengerjakan ibadah umrah & ziarah ini. Pakej pertama, dari Jeddah ke Madinah dahulu untuk buat ziarah, kemudian baru ke Mekah untuk berumrah. Pakej kedua, dari Jeddah langsung ke Makkah untuk perform umrah dahulu kemudian baru buat ziarah ke Madinah.

Oleh kerana pakej aku ini pergi ke Makkah dahulu, aku terpaksa mengenakan pakaian ihram sedari KLIA lagi kerana miqat untuk berniat umrah adalah di Yalamlam iaitu sejam sebelum flight mendarat.
(Baguihnya MAS punya business, 1/2 flight kosong)

Dalam hal ini, aku ingin mengesyorkan bagi jemaah yg. berihram sedari KLIA, eloklah memakai kain ihram yg di bahagian bawah dulu dan berkemeja sahaja. Ini kerana dibimbangi semasa didalam pesawat, anda mungkin menghadapi kesukaran ketika berada didalam toilet pesawat. Dengan keadaan toilet pesawat yg. sempit, anda perlu berhati-hati agar kain ihram anda tidak terkena najis. Kemeja yg. anda pakai boleh anda tukar dgn kain ihram setelah pesawat hampir sampai ke kawasan miqat.
(Syoknya naik flight hari ni, byk seat kosong. Boleh tidur telentang. Tapi bagi mereka yg tidur buas, awas ... kerana anda tiada lagi 2nd. protection cover. Takut tak sedar kain ihram terselak)

Bagi kaum lelaki, diantara pantang larang dalam berihram ialah tidak boleh memakai pakaian berjahit. So, jangan lupa untuk menanggalkan underwear apabila mengenakan pakaian ihram di KLIA. Al-hasil, bila kat dalam flight nanti, mata tu kena la jaga sikit. Tak boleh la liar sangat tengok stewardess.

Bagi wanita, tidak menjadi masalah kerana pakaian ihram mereka ialah baju biasa & bertelekung. Begitulah juga dgn. mereka yg. akan pergi buat ziarah ke Madinah dahulu, mereka boleh lah berpakaian biasa sahaja. Ini kerana mereka kelak akan berihram di Madinah. Miqat mereka adalah di Bir Ali, on the way dari Madinah ke Makkah.

Umrah Transit - Hari Pertama (Rabu, 15 April 09)

Tanggal 15 hb. April 2009, jam 3.20 ptg. dengan penerbangan MAS MH 150, aku telah bertolak dari KLIA ke Jeddah. Penerbangan mengambil masa hampir 9 jam. Juruterbang membuat pengumuman sebelum flight melintasi kawasan miqat untuk para jemaah umrah bersedia untuk berniat ihram.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 7.30 mlm waktu tempatan. Oleh kerana group aku di KLIA tadi terbang dgn. Saudi Air, mereka tiba terlebih dahulu dan langsung dibawa ke Mekah dgn. sebuah bas. Lagi pula, semua pesawat Saudi Air mendarat diterminalnya sendiri. Manakala semua airline lain, mendarat di terminal lain. Setelah semua urusan dilapangan terbang selesai, aku dibawa oleh wakil Andalusia ke Mekah dgn. teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Aku tiba di kota Makkah pada pukul 10.30 mlm. Check in hotel & simpan barang.

(Baca ikut Melayu, jangan baca ikut Omputeh)

Inilah hotel yg. mengandungi 143 bilik disewa penuh oleh Andalusia tanpa sharing dgn jemaah dari syarikat lain maupun negara lain.

Dewan makan Andalusia di level SR hotel tersebut.

Setelah jemaah berkumpul di lobi hotel, terus dibawa oleh mutawif memasuki Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah umrah.
Aktiviti pertama ialah tawaf

Syarat-syarat sah tawaf:
1 - Suci drp. hadas kecil & besar (yakni ada wudhuk).
2 - Suci drp. najis, sama ada pada pakaian, badan dan tempat tawaf atau tidak menanggung najis seperti mendukung kanak-kanak lelaki yg. belum berkhatan.
3 - Menutup aurat spt. dlm sembahyang.
4 - Memulakan tawaf dari sudut al Hajarul Aswad.
5 - Sewaktu tawaf, hendaklah sentiasa menjadikan kaabah di sebalah kiri. Jika bahu terpesong maka pusingan itu terbatal. Jemaah hendaklah mengulangi pusingan itu sahaja dari tempat terbatal.
6 - Tawaf itu hendaklah sebanyak 7 pusingan dgn. sempurna & yakin. Jika ragu-ragu, tambahlah hingga cukup.
7 - Tawaf dilakukan didalam masjid dgn. niat ibadah. Tidak sah tawaf dgn. niat mencari kawan atau sebagainya (berubah niat).
8 - Tidak menyentuh mana-mana bahagian kaabah.

Antara perkara sunat dalam tawaf ialah ber-ittibak. Iaitu menjadikan tengah kain selendang ihram di bawah ketiak kanan & kedua-dua hujungnya diatas bahu kiri. Biarkan bahu kanan terbuka (bagi lelaki).

Bagi mereka yg tidak menghafal doa-doanya, tidak menjadi masalah & tidak menjejaskan ibadah umrah. Anda juga boleh mengikut doa yg dibaca oleh mutawif. Aktiviti tawaf ini mengambil masa hampir sejam bergantung kepada ramai tidaknya orang.

Setelah selesai 7 pusingan tawaf, anda akan menunaikan solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim. Jaraknya l/k 10 meter dari maqam Ibrahim, bukannya betul-betul di belakang maqam kerana disitu, orang ramai bertawaf.

Setelah itu, anda akan menuju ke Safa yg. terletak didalam kompleks Masjidil Haram itu juga untuk mengerjakan rukun umrah yg. ketiga iaitu Saie.
Syarat-syarat Saie ada 6 perkara iaitu:
1 - Hendaklah dilakukan selepas selesainya tawaf dgn. sempurna.
2 - Hendaklah bermula dari Safa ke Marwah (dikira sbg. pusingan pertama) kemudian berpatah balik dari Marwah ke Safa (dikira sbg. pusingan yg kedua). Dan seterusnya.
3 - Hendaklah sampai di tempat tinggi di Safa dan Marwah.
4 - 7 pusingan dgn sempurna. (4 kali dari Safa ke Marwah & 3 kali dari Marwah ke Safa).
5 - Saie kerana ibadah umrah atau haji, tidak kerana yg. lain.
6 - Saie di laluan lazim. Tidak terkeluar dari kws. itu.
Kawasan diantara kedua-dua lampu hijau di kedua-dua arah, hendaklah berlari-lari anak bagi jemaah lelaki. Tidak perlu kepada jemaah wanita. Aktiviti Saie ini mengambil masa l/k sejam dgn. total jarak berjalan 3 km dan akan berakhir di Marwah.
Setelah itu,masuklah rukun umrah yg. ke-4 iaitu bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Sunat menggunting rambut di kepala sebelah kanan bahagian hadapan. Bagi mereka yg. tidak mempunyai rambut, hendaklah melalukan mata pisau diatas kepala.

Di Marwah ini juga biasanya anda akan menemui beberapa orang yg. bersedia dgn. gunting & menawarkan diri mereka untuk menggunting rambut anda. Walaupun hanya 3 helai rambut tapi bukan free tau !!! Sebaiknya, mintalah mutawif anda yg mengguntingkannya. Atau bawa gunting siap-siap & gunting sendiri rambut anda.

Perlu diingatkan, sekiranya anda membawa gunting dari Malaysia, jangan dibawa didalam hand carry kerana kelak akan disita oleh polis airport setelah scanning. Gunting juga boleh dibeli di kedai berhampiran dgn. hotel.

Setelah selesai bergunting, maka telah selesailah satu ibadah umrah. Juga bermakna anda telah bebas @ berakhirlah sudah pantang larang dalam berihram.

Malam pertama ini kami kembali ke hotel pukul 1.30 pg. Mandi dan terus tidur dgn. senang hati dan dgn. satu kepuasan. Puas sebab dah dapat satu umrah. Semoga ALLAH menerimanya. Amin !!!

Umrah Transit - Hari ke 2 (Khamis, 16 April 09)

Seawal jam 3.30 pagi, telah kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke Masjidil Haram. Masuknya waktu solat subuh di Makkah pada masa ini ialah pada pukul 4.40 pagi. Pada pukul 3.40 pagi iaitu sejam sebelum, muazzin akan melaungkan azan kejut bangun tidur.
Kaabah yang tidak pernah sunyi daripada orang yang sentiasa bertawaf disekelilingnya tanpa mengira masa biarpun di tengah malam maupun di awal pagi.

Hari ini tidak ada aktiviti yg disediakan oleh Andalusia. Acara bebas. Kebanyakkan jemaah berehat sebab jet lag. Sebelum zohor, asar & selepas maghrib, aku penuhi masa dgn. tawaf sunat. Tawaf sunat sama seperti tawaf umrah, 7 pusingan. Cuma bezanya kita boleh memakai pakaian biasa, boleh menutup kepala. Selepas tawaf sunat tidak ada saie yea !!!!
Selama mana anda berada di Makkah, tawaf sunat adalah keutamaan berbandingkan aktiviti sunat yang lain. Ini kerana hanya di Baitullah sahajalah kita boleh bertawaf. Sedangkan aktiviti sunat yang lain boleh di kerjakan dimana-mana sahaja hatta di rumah kita.
Ini adalah salah satu daripada pintu masuk di Masjidil Haram. Di dalam masjid tedapat banyak rak kasut / selipar yg disediakan. Sila ingat betul-betul nombor rak kasut / selipar anda supaya anda tidak bingung, naik angin atau berperasaan negatif yg lain apabila gagal menemui selipar anda. Ingat, disini setiap ucapan adalah doa. Jangan melakukan perkara yg sia-sia.
Terdapat banyak kumpulan membaca & menghafal Al-Quran didalam Masjidil Haram ini diantara masa maghrib dan isyak. Ustaz ini sedang mendengar dan mengislah hafazan dari kanak-kanak kecil ini.

Umrah Transit - Hari ke 3 (Jumaat, 17 April 09)

Seawal jam 7 pagi, kami telah bersiap sedia dgn. pakaian ihram. Dibawa oleh mutawif menaiki bas yg. disewa khas oleh Andalusia ke Tanaiem. Tanaiem adalah salah satu drp. miqat tempat untuk berniat ihram bagi penduduk atau mereka yg. bermukim di Mekah. Ia juga merupakan miqat yg terdekat iaitu hanya 5 km sahaja dari Masjidil Haram.
Di miqat Tanaiem inilah terletaknya masjid Aishah. Disini, jemaah akan menunaikan solat tahiyatul masjid, solat sunat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah. Setelah itu, jemaah akan dibawa kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah umrah untuk kali yg. ke-2. Alhamdulillah, ibadah umrah ini dapat diselesaikan sebelum solat jumaat.
Hijir Ismail dan pancuran emas, salah satu tempat yang mustajab doa. Amat susah untuk dapat masuk untuk solat sunat 2 rakaat & berdoa disitu.
Pintu Kaabah dan Multazam. Salah satu tempat makbul doa terutamanya memohon keampunan. Disini agak sesak kerana ia close to Hajarulaswad. 2 kali aku dapat kucup Hajarulaswad dgn mencelah masuk dari arah pintu kaabah ini.

Hari jumaat adalah cuti hujung minggu disini. Kebanyakkan drp. penduduk tempatan, sekitarnya & pekerja binaan turut mengambil kesempatan melakukan ibadah umrah. So, suasana menjadi lebih meriah.

Umrah Transit - Hari ke 4 (Sabtu, 18 April 09)

Hari ini disediakan program lawatan. Lokasi pertama ialah Jabal Thur. Ia merupakan tempat persembunyian Rasullullah s.a.w. & Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. ketika dalam perlajanan berhijrah ke kota Madinah.

Tengok dari jauh saja. Untuk mendaki keatas hingga ke gua tersebut memakan masa hampir 2 jam. InsyaALLAH, aku berazam bila datang next trip, aku nak ajak sape2 yg berminat utk. mendaki hingga ke gua di puncak bukit Thur ini.
Lokasi ke-2, ialah Jabal Rahmah. Disana adalah tempat pertemuan nabi Adam Alaihissalam dgn. ibu Hawa. Dikatakan, disini adalah tempat yg. sangat mustajab utk. berdoa terutamanya bagi kaum lelaki yg. telah ber"isteri" utk. ber-is two, is three and ber-is four.
Pemandangan Padang Arafah dari puncak Jabal Rahmah.

Aku ada bertanya dekat one of the my room-mate, En. Basheer, tauke restoran ABC Mideen, "Nana nak mintak berapa hari ini? Is-two ke, is-three ke atau terus is-four?" Jawapan yg diberikan: "OOooo.... itu saya tak mau cari pasal. Kita mau minum susu saja, lembu kita tak mau bela". So.... mengenangkan cik puan kat rumah aku tu pun bukannya ada apa2 masalah pun. Malah, dia telah byk. bersusah payah menjaga anak2 aku selama aku dok keluar merantau ni. Akhirnya aku pun tak dak la berdoa apa2 pun kat sini. Aku buat keputusan, aku pun nak minum susu saja.
En. Basheer, pengusaha restoran ABC Mydeen, sering datang mngerjakan umrah sebagai tanda syukur diatas kejayaan beliau dalam perniagaan.
Notice board kat dataran Jabal Rahmah. Yang bawah sekali tu adalah berbahasa Melayu. Aku pun tak dapat nak agak apa yg special sangat bahasa Melayu di tanah Arab ni sehingga diberi ruang yg paling panjang sekali. Nak kata ramai orang Melayu yg buat amalan khurafat atau bidaah kat atas puncak Jabal Rahmah tu, tak da pulak aku nampak. Yang ramainya, Melayu dok sebok bergambar dgn. unta, ada la !!!

Tempat melontar yg diperbesarkan menjadi 3 tingkat untuk persediaan musim haji yg. akan datang. Kata mutawif aku, jemaah haji nanti tak perlu lagi bersusah payah mengutip batu lagi utk dibuat melontar kerana kerajaan Arab Saudi akan menyediakan batu didalam uncang yg akan diberikan kepada setiap jemaah.

Khemah2 kosong yang hanya digunakan dalam musim haji.
Sempadan Padang Arafah.
Lawatan kami berakhir di Jaaranah, satu lagi miqat tempat jamaah berniat umrah. Disini kami mengenakan pakaian ihram, solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. Setelah itu, kami kembali ke Baitullah untuk menyelesaikan ibadah umrah.