Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari ke 10 - Selasa - 11 Ogos 09.

Pagi ini, group Gulf Air aku akan bertolak balik pada pukul 8 pg. Mereka telah melaksanakan tawaf wada pada pukul 6 pagi. Aku hanya mengantar mereka naik bas untuk meninggalkan kota Makkah yg penuh barokah ini. Aku terpaksa berpisah dgn group ini kerana flight aku lusa.

Dari kanan, puan Zai & suami, En. Rashdan, mutawwif kami Ust. Alam Shah, aku & my "mem" puan Ros, puan Mas dan suami,En. Abu. - 3 couple kamcheng.


Setelah mereka berlepas pergi, aku dgn. "mem" aku mengisi baki kesempatan yg ada dgn mengerjakan tawaf sunat.




Kaabah berlatarbelakangkan Makkah Hilton.




Bercukur adalah lebih afdal bagi lelaki setelah bertahallul. Semoga rambut yg aku tinggalkan di Tanah Haram Makkah ini akan menjadi sebahagian drp. saksi yg. aku pernah berkunjung ke Baitullah ini.

Kebetulan pagi ini tidak begitu ramai jemaah yg. tawaf. Aku sempat merakamkan photo ini yg. menunjukkan kerja-kerja memperbaiki kelambu Kaabah.

Kelambu Kaabah ini akan ditukar setahun sekali iaitu ketika jemaah haji sedang wukuf di Arafah.

Ini adalah penjuru Kaabah di rukun Yamani. Berdoa disini akan di "amin" kan oleh 70 malaikat.

Sebahagian drp. kerja-kerja meruntuhkan bukit dlm. usaha utk. meng"up-grade" & perluasan kota Makkah.

Umrah Ziarah hari ke 11 - Rabu - 12 Ogos 09.

Hari ini adalah hari terakhir aku di bumi Makkah. Setelah bersolat subuh & bersarapan, pada pukul 7 pagi, aku dan jemaah yg dijadualkan berlepas balik hari ini, kembali ke Masjidil haram untuk mengerjakantawaf wada.

Tawaf wada Ialah tawaf selamat tinggal. Ia dikerjakan kerana memuliakan dan menghormati Baitullahil-Haram di Makkah bagi mereka yg. hendak meninggalkan Makkatul-Mukarramah sejauh 2 marhalah bersamaan 91 km atau lebih walaupun buat sementara waktu. Hukum mengerjakan tawaf wada ini adalah wajib.

Wajib tawaf wada dikecualikan , tidak berdosa & tidak dikenakan dam kepada golongan yg berikut :
1. Perempuan yg. Haidh, nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haidh.
2. Orang yg. berpenyakit silasal baul (kencing tidak lawas atau seumpamanya)
3. Orang yg. luka darahnya mengalir tiada dapat ditahan dan boleh menajiskan mesjid.
4. Orang yg. dipaksa meninggalkan tawaf.
5. Orang yg. takut kepada orang zalim yg. akan melakukan kezaliman keatasnya.
6. Orang yg. takut ditinggalkan teman sepenerbangan.
7. Orang yg. takut drp. peminta hutang sedangkan ia tiada berupaya menjelaskannya.
8. Orang yg. takut kepada sesuatu yg. akan membahayakan dirinya atau kehormatan dirinya atau hartanya.
9. Orang yg. tiada mempunyai air dan tanah untuk berthaharah.

Tawaf wada sama seperti tawaf sunat iaitu sebanyak 7 pusingan. Yang membezakannya hanyalah niat.

Andalusia akan memaklumkan kepada jemaahnya masa untuk mengerjakan tawaf wada ini. Biasanya waktu yg disyorkan ialah 2 jam sebelum waktu dijadualkan bas bertolak. Ini kerana, selepas selesai tawaf wada ini,kita hendaklah bersegera meninggalkan Makkah. Tidak boleh lagi melakukan perkara-perkara seperti bershopping dan sebaginya.

Aku menumpang group Saudi Air ke Jeddah. Flight aku balik ke Malaysia ialah pada keesokan harinya. Sengaja aku keluar awal sehari kerana nak menunaikan hajat aku untuk mengenal Jeddah. Aku tak sempat nak ikut group Saudi ni pergi ziarah mesjid terapung kerana mengikut mutawwif, disana nanti sukar untuk mendapatkan teksi untuk aku ke hotel. Kalau aku nak ikut juga, aku terpaksa ikut sampai ke airport dan ambil teksi di airport utk ke Jeddah semula.
So, aku buat keputusan utk. Tidak mengikuti mereka pergi ziarah. Aku amat berterima kasih kepada mutawwif group Saudi dan pak Arab driver bas kerana tolong aku mendapatkan teksi untuk aku ke hotel.

Seperti yg disyorkan oleh pengurus Andalusia di Mekah, Hj, Shokri, aku menginap di Al-Khayyam Hotel dgn rate 150 Riyal sehari.

Bilik katil single semua penuh. Kembar katil pun tak pa lah. Janji boleh tidur, mandi & letak barang.
Hotel ni not bad, dari kawasan belakang bangunan hotel mengunjur sehingga ½ km ke Corniche Commercial Center, semuanya bazaar tempat perabih duit. Bertambah lagi la isi luggage aku dgn koleksi jubah “mem” & utk. Anak-anak pompuan aku.


Inilah suasana pemandangan sekitar Corniche. Kawasan yg. berhadapan dengan Corniche ini adalah pelabuhan Jeddah. Disinilah tempatnya tok & tokwan kita berlabuh setelah berbulan-bulan belayar drp. Malaysia dulu dlm. usaha mereka datang menunaikan rukun Islam yg. ke 5.
Jeddah ini lebih merupakan kepada pintu masuk utama untuk ke Makkah & Madinah sama ada melalui laut maupun udara. Mutawwif aku kata, dia pun tak tau nak cerita apa tentang Jeddah ni kerana bukannya ada apa-apa tempat menarik.

Alhamdulillah, kat area Corniche ni, makan senang. Sebagaimana lagu yg tak dapat dipisahkan dgn. iramanya, begitulah juga halnya dgn. orang Melayu, tak dapat nak dipisahkan dgn. nasi. Apa-apahal pun, mesti nak cari nasi.

Nasi goreng karya restoran Si Raja Bakso. Sepinggan 14 Riyal.

Cumanya business hours dia ada different sikit. Dari pukul 11.30 t/hari hingga pukul 2 ptg. Boleh dikatakan semua kedai tutup. Begitu juga dgn apabila masuknya waktu solat.
Kat area Corniche ni, makan pun senang. Ada restoran Indon, restoran Tom Yam dan macam-macam. Dari ptg. sambung ke malam, aku & "mem" aku keja me”round” bazaar je.

Kadang-kadang, dok kat Jeddah ni rasa macam dok kat Jakarta pulak.

My favourite, minum jus buah-buahan segar. Yg. kala merah tu, jus buah delima.

Ermmm.... sedapnya air buah campuran. Tambahan pulak di tengok dibulan puasa.
Tak terliur ke ???

Jumaat, 28 Ogos 2009

Umrah Ziarah hari terakhir - Khamis - 13 Ogos 09.

Pagi ini tak dak apa-apa schedule, just pegi round-round area Corniche & bazaar sementara nak check out hotel.
Bersama-sama jemaah umrah dari Indonesia menikmati air tebu lemon di kawasan bazaar Corniche. Mereka juga dijadualkan berangkat pulang pada petang ini.

Makan t/hari kat restaurant hotel. Buffet 20 Riyal seorang. Kira orait la kan ...!!!
Yang bagoihnya kat Jeddah ni, check-out hotel dia pkl. 2 ptg. So just nice la, lepas check-out, makan t/hari & lepak kat lobi sekejap sementara tunggu time to challoo.

Pkl. 3.30 pekerja hotel tolong dapatkan teksi untuk aku ke airport dgn tambang 40 Riyal sahaja berbandingkan 100 Riyal yg diminta oleh teksi yg aku cari. Perjalanan ke airport mengambil masa l/k ½ jam.
Jeddah Airport - Terminal 2 - Departure Hall (kat sebelah kirinya)

Jeddah Airport - Terminal 2 - Arrival Hall (kat sebelah kanannya)
Pada pukul 5.30 ptg. Gate open for check-in. Berat luggage aku tak diambil kisah sangat. Manakala 2 tong air zam-zam yg beratnya dlm 18 kilo, tidak ditimbang langsung. Alhamdulillah tak kena tambah duit utk. extra berat luggage.
Inilah gambarannya di ruang departure gate. Tidak ada boarding room yg. khusus. Suasananya mcm. kat airport Air Asia je.
Pada pukul 8.30 mlm, flight Emirates yg aku naik berlepas meninggalkan Jeddah ke Dubai. Sampai di Dubai pkl. 12.10 mlm. Transit 3 jam. Pada pukul 3.15 pagi, kami terbang dari Dubai ke Malaysia. Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA pada pukul 2.15 ptg.

Begitulah sedikit sebanyak catatan perjalanan umrah ziarah aku kali ini. Seandainya ada apa-apa ulasan, cadangan, teguran, pembetulan, komen dan seumpama dengannya, anda bolehlah menyampaikannya dalam ruangan ulasan. Atau boleh juga e-mail langsung kat aku di - noorjauhari@yahoo.com.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama. Insya-ALLAH, Amin.
Syukran. Jazakallah khair.

Selasa, 25 Ogos 2009

Dubai Tour.

On the way aku ke umrah, aku sempat singgah di Dubai. Saja bawa "mem" aku jalan-jalan mengenal Dubai. Aku stop over, kat Dubai ni 2 hari 2 malam.

Aku menginap di Royal Falcon Hotel. Hotel 3 bintang, yg aku search & booking melalui internet dgn rate USD 114 utk. 2 mlm.

Nak bawa "mem" aku jalan-jalan semua tempat menarik kat Dubai ni, aku pun bukannya tahu sangat. So, nak bagi senang dan kena rata semua tempat, aku ikut "tour" je. Dengan harga 220 Dirham (l/k RM 220) seorang / hari, kami naik "big bus".

Big bus ini terbahagi kepada 2 route - Red route & Blue route. Red route terdiri drp. 8 lokasi iaitu : (1) Wafi Mall , (2) Creek Walk , (3) Dubai Museum , (4) Old Souk , (5) Sheikh Saeed Al-Makhtoum heritage village , (6) Gold Souk , (7) Abra station river cruise & (8) Diera City Center. Kekerapan bas ialah 1/2 jam sekali.
Manakala Blue route terdiri drp. 11 lokasi iaitu : (11) Diera City Center, (12) Wafi Mall, (13) Jumeirah Mosque, (14) Mercato Mall, (15) Jumeirah Beach Park, (16) Jumeirah Public Beach, (17) Souk Madinat Jumeirah, (18) Palm Island / Atlantis, (19) Emirates Mall - ski dome, (20) Dubai Mall & (21) Festival city. Kekerapan bas ialah sejam sekali.
Pemandangan didalam bas bahagian atas. Setiap penumpang akan diberi ear phone, dicucuk kat belakang seat tu utk mendengar penerangan sebagai pengganti pemandu pelancong. Ia terdapat 8 pilihan bahasa.
Penumpang boleh turun di mana-mana lokasi perhentian untuk pergi jalan-jalan dan naik semula coming bus untuk ke lokasi seterusnya.

Dubai yg. dulunya padang pasir kini bertukar menjadi padang rumput menghijau. Aku tak ingat berapa Dubai terpaksa consume air untuk mengekalkan keadaan hijau ini.

Pelabuhan tradisional, sejak dulu sehinggalah kehari ini masih kekal. Kebanyakkan barang yg. diimport & eksport dgn. tongkang ini ialah diantara negara-negara teluk.

Spice souk

Souk Madinat Jumeirat.

salah satu sudut di kawasan Souk Madinat Jumeirat.

Pemandangan didalam Souk Madinat Jumirah.

Pelbagai warna & jenis koleksi sisha.

Sebahagian jenis rumah yg. terdapat di Palm Island.

Kondo / Apartment di Palm Island.
Indoor ski di Emirates Mall.
Banyak tempat-tempat menarik lain tak dapat aku ambek gambarnya kerana kebetulan Dubai pada masa ini dilanda sand storm.

Isnin, 27 Julai 2009

Rabu, 17 Jun 2009

Left Hand Drive.

Sudan adalah salah sebuah negara yang mengamalkan "Left Hand Drive".

Mula-mula bawa kereta stereng sebelah kiri ni, memang agak kekok. Sehinggakan pada satu ketika dulu, member-member kat dalam kereta, ketawa keras perut sebab aku bawa kereta pusing round about terbalik. Nasib baik pada masa tu tak dak kereta lain & tak da polis trafik.

Tapi bila dah hari-hari drive keta stereng kiri ni, day one balik Malaysia, mak andeh aku pulak ketawakan aku sebab drive lorong bertentangan.

Tapi, aku notice, left hand drive ni ada jugak kelebihannya. Antaranya ialah :
  1. Selesa masuk gear sebab pakai tangan kanan yang lebih kuat.
  2. Selesa nak menguyah sebab ambil makanan pakai tangan kanan.

Memang tabiat aku, kalau bawa keta terutamanya long distance, aku biasa sediakan makanan untuk aku mengunyah nak bagi hilang mengantuk. Maklumlah, aku ni jenis yang tak merokok.

Susah la nak ambek makanan & makan dengan tangan kiri. Tak selesa laaa... !!!

Lagi pun Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan itu makan dan minumnya dengan tangan kiri"

Haaa.... dengar tu !!! So, lepas ni sape-sape yang makan atau minum pakai tangan kiri, ikut setan la tu !!!!!

Jumaat, 12 Jun 2009

Pakailah Tudung Labuh.

Tertegaknya Islam itu atas 5 perkara @ rukun Islam ;
  1. Syahadah - Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disempah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.
  2. Mendirikan sembahyang.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  5. Mengerjakan Haji ke Baitullah.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

  1. Beriman kepada ALLAH SWT
  2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
  3. Beriman kepada Kitab-kitab (Al-Quran = Kalam ALLAH).
  4. Beriman kepada Rasul-rasul
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Adakah "anda" termasuk didalam golongan orang yang beriman kepada Kalam ALLAH atau golongan yang berani mencabar perintah-Nya ???

(Rujuk firman ALLAH dalam paparan diatas)