Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 25 April 2009

Umrah Transit - Hari ke 2 (Khamis, 16 April 09)

Seawal jam 3.30 pagi, telah kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke Masjidil Haram. Masuknya waktu solat subuh di Makkah pada masa ini ialah pada pukul 4.40 pagi. Pada pukul 3.40 pagi iaitu sejam sebelum, muazzin akan melaungkan azan kejut bangun tidur.
Kaabah yang tidak pernah sunyi daripada orang yang sentiasa bertawaf disekelilingnya tanpa mengira masa biarpun di tengah malam maupun di awal pagi.

Hari ini tidak ada aktiviti yg disediakan oleh Andalusia. Acara bebas. Kebanyakkan jemaah berehat sebab jet lag. Sebelum zohor, asar & selepas maghrib, aku penuhi masa dgn. tawaf sunat. Tawaf sunat sama seperti tawaf umrah, 7 pusingan. Cuma bezanya kita boleh memakai pakaian biasa, boleh menutup kepala. Selepas tawaf sunat tidak ada saie yea !!!!
Selama mana anda berada di Makkah, tawaf sunat adalah keutamaan berbandingkan aktiviti sunat yang lain. Ini kerana hanya di Baitullah sahajalah kita boleh bertawaf. Sedangkan aktiviti sunat yang lain boleh di kerjakan dimana-mana sahaja hatta di rumah kita.
Ini adalah salah satu daripada pintu masuk di Masjidil Haram. Di dalam masjid tedapat banyak rak kasut / selipar yg disediakan. Sila ingat betul-betul nombor rak kasut / selipar anda supaya anda tidak bingung, naik angin atau berperasaan negatif yg lain apabila gagal menemui selipar anda. Ingat, disini setiap ucapan adalah doa. Jangan melakukan perkara yg sia-sia.
Terdapat banyak kumpulan membaca & menghafal Al-Quran didalam Masjidil Haram ini diantara masa maghrib dan isyak. Ustaz ini sedang mendengar dan mengislah hafazan dari kanak-kanak kecil ini.

Umrah Transit - Hari ke 3 (Jumaat, 17 April 09)

Seawal jam 7 pagi, kami telah bersiap sedia dgn. pakaian ihram. Dibawa oleh mutawif menaiki bas yg. disewa khas oleh Andalusia ke Tanaiem. Tanaiem adalah salah satu drp. miqat tempat untuk berniat ihram bagi penduduk atau mereka yg. bermukim di Mekah. Ia juga merupakan miqat yg terdekat iaitu hanya 5 km sahaja dari Masjidil Haram.
Di miqat Tanaiem inilah terletaknya masjid Aishah. Disini, jemaah akan menunaikan solat tahiyatul masjid, solat sunat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah. Setelah itu, jemaah akan dibawa kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah umrah untuk kali yg. ke-2. Alhamdulillah, ibadah umrah ini dapat diselesaikan sebelum solat jumaat.
Hijir Ismail dan pancuran emas, salah satu tempat yang mustajab doa. Amat susah untuk dapat masuk untuk solat sunat 2 rakaat & berdoa disitu.
Pintu Kaabah dan Multazam. Salah satu tempat makbul doa terutamanya memohon keampunan. Disini agak sesak kerana ia close to Hajarulaswad. 2 kali aku dapat kucup Hajarulaswad dgn mencelah masuk dari arah pintu kaabah ini.

Hari jumaat adalah cuti hujung minggu disini. Kebanyakkan drp. penduduk tempatan, sekitarnya & pekerja binaan turut mengambil kesempatan melakukan ibadah umrah. So, suasana menjadi lebih meriah.

Umrah Transit - Hari ke 4 (Sabtu, 18 April 09)

Hari ini disediakan program lawatan. Lokasi pertama ialah Jabal Thur. Ia merupakan tempat persembunyian Rasullullah s.a.w. & Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. ketika dalam perlajanan berhijrah ke kota Madinah.

Tengok dari jauh saja. Untuk mendaki keatas hingga ke gua tersebut memakan masa hampir 2 jam. InsyaALLAH, aku berazam bila datang next trip, aku nak ajak sape2 yg berminat utk. mendaki hingga ke gua di puncak bukit Thur ini.
Lokasi ke-2, ialah Jabal Rahmah. Disana adalah tempat pertemuan nabi Adam Alaihissalam dgn. ibu Hawa. Dikatakan, disini adalah tempat yg. sangat mustajab utk. berdoa terutamanya bagi kaum lelaki yg. telah ber"isteri" utk. ber-is two, is three and ber-is four.
Pemandangan Padang Arafah dari puncak Jabal Rahmah.

Aku ada bertanya dekat one of the my room-mate, En. Basheer, tauke restoran ABC Mideen, "Nana nak mintak berapa hari ini? Is-two ke, is-three ke atau terus is-four?" Jawapan yg diberikan: "OOooo.... itu saya tak mau cari pasal. Kita mau minum susu saja, lembu kita tak mau bela". So.... mengenangkan cik puan kat rumah aku tu pun bukannya ada apa2 masalah pun. Malah, dia telah byk. bersusah payah menjaga anak2 aku selama aku dok keluar merantau ni. Akhirnya aku pun tak dak la berdoa apa2 pun kat sini. Aku buat keputusan, aku pun nak minum susu saja.
En. Basheer, pengusaha restoran ABC Mydeen, sering datang mngerjakan umrah sebagai tanda syukur diatas kejayaan beliau dalam perniagaan.
Notice board kat dataran Jabal Rahmah. Yang bawah sekali tu adalah berbahasa Melayu. Aku pun tak dapat nak agak apa yg special sangat bahasa Melayu di tanah Arab ni sehingga diberi ruang yg paling panjang sekali. Nak kata ramai orang Melayu yg buat amalan khurafat atau bidaah kat atas puncak Jabal Rahmah tu, tak da pulak aku nampak. Yang ramainya, Melayu dok sebok bergambar dgn. unta, ada la !!!

Tempat melontar yg diperbesarkan menjadi 3 tingkat untuk persediaan musim haji yg. akan datang. Kata mutawif aku, jemaah haji nanti tak perlu lagi bersusah payah mengutip batu lagi utk dibuat melontar kerana kerajaan Arab Saudi akan menyediakan batu didalam uncang yg akan diberikan kepada setiap jemaah.

Khemah2 kosong yang hanya digunakan dalam musim haji.
Sempadan Padang Arafah.
Lawatan kami berakhir di Jaaranah, satu lagi miqat tempat jamaah berniat umrah. Disini kami mengenakan pakaian ihram, solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. Setelah itu, kami kembali ke Baitullah untuk menyelesaikan ibadah umrah.

Umrah Transit - Hari ke 5 (Ahad, 19 April 09)

Travel agent hanya menyediakan 3 kali sahaja pakej menunaikan ibadah umrah bersama. Bagi mereka yg. ingin membuat ibadah umrah tambahan, mereka bolehlah pergi melaksanakannya sendiri-sendiri.

Pagi ini, room mate aku telah berihram dari bilik hotel dan keluar pergi ke miqat Tanaiem untuk berniat umrah disana. Tidak susah kerana terdapat banyak van-van yg. menyediakan perkhidmatan membawa jemaah pergi & balik dgn bayaran 2 Riyal (RM 2) untuk satu perjalanan. Kalau charted teksi, pergi balik 30 riyal (RM 30).

Ibadah umrah yg keseterus kalinya ini, biasanya diniatkan utk aruah ibubapa kita atau sesiapa sahaja. Kita boleh juga mewakilkan kepada orang lain utk. melaksanakan ibadah umrah ini utk. kedua orang tua kita misalannya. Standart prize utk umrah badal ini ialah RM 150 sekali umrah. Biasanya kita wakilkan kepada mutawif kerana disamping mutawif membimbing jemaah ketika melaksanakan ibadah umrah ini, beliau juga dapat berniat utk. maksud yg. tersebut.

Inilah salah satu drp. bank yg terdapat berhadapan dgn Masjidil Haram. Sekiranya kita mempunyai saving account di bank ini di Malaysia, kita boleh menggunakan kad ATM kita di mesin ATM disini untuk mengeluarkan wang terus dalam tukaran Riyal. Mudah bukan !!!

Pancuran air zam-zam yg disediakan di luar masjid utk para jemaah minum dan mengambilnya dalam quantity yg. byk. Kalau utk. minum, dimerata-rata tempat didalam mesjid ada disediakan siap dgn cawan plastik pakai buang. Minumlah sebanyak mana yg terlarat. No problem.

Hari ini, aku tidak dapat ikut serta kerana aku perlu membuat persiapan & urusan untuk berangkat ke Jeddah pada ptg. ini. Oleh kerana aku datang utk. tempoh yg singkat, aku akan berpecah meninggalkan group jemaah aku dan balik ke Jeddah utk joint group yg baru datang dari Malaysia utk terus ke Madinah.
Hotel Makkah Hilton yg. betul-betul facing Masjidil Haram di pintu King Abdul Aziz.

Setelah selesai solat asar, aku terus melaksanakan tawaf wada (tawaf selamat tinggal). Tawaf wada ini adalah wajib bagi sesiapa yg hendak meninggalkan kota Mekah. Setelah selesai melaksanaka tawaf wada ini, sebaiknya bersegera meninggalkan kota Mekah ini. Tidak boleh lagi melakukan aktivit lain spt bershopping melainkan utk keperluan perjalanan kelak spt. membeli makanan dan menunggu bas yg. lambat sampai. Sekiranya sengaja melengah-lengahkan spt lepak tidur kat katil dibilik hotel, maka tawaf wada tadi akan terbatal dan anda perlu mengulanginya semula.
Alhamdulillah, selama beberapa hari aku di Mekah, aku telah berkesempatan mengucup Hajar Aswad sebanyak 3 kali. Dgn. keadaan jemaah yg. ramai & berebut-rebut, memang teramat sukar utk. berpeluang mengucup.

Apa yg. aku practice kan sebelum berpeluang mengucup Hajarulaswad ini ialah beristiqfar byk2 telebih dahulu dan mohon ALLAH s.w.t. ampunkan segala dosa2 yg lalu. Ikhlaskan diri minta kepada ALLAH s.w.t supaya diberi raung sehingga membolehkan kita dapat mengucup Hajarulaswad ini. InsyaALLAH, anda akan dapat. Sekiranya masih tidak berpeluang juga disebabkan orang yg terlalu ramai. mintalah ALLAH taala gantikan dikesempatan yg. lain.

Pada ketika ini, anda mungkin ditemui oleh beberapa org pemuda Indon yg menawarkan diri untuk membawa anda merempuh masuk mengucup Hajarulaswad ini. Setelah anda berjaya mengucupnya, mereka akan meminta bayaran drp anda sehingga 500 Riyal (RM 500). So, berhati-hatilah.

Pada aku, Hajarulaswad ini adalah batu syurga milik ALLAH. Berdoa mintak langsung saja dgn. ALLAH. Tidak perlulah menggunakan orang lain yg. mana mereka itu pula menganiaya orang lain pula untuk menarik kita masuk ke dalam.

Wallahua'lam.

Jumaat, 24 April 2009

Umrah Transit - Hari ke 6 (Isnin, 20 April 09)

Pukul 3 pagi, bas kami memasuki tanah haram Madinah al-Munawarah, "kota bercahaya".
Inilah hotel tempat penginapan kami selama di Madinah.
Masjid Nabawi dari tingkap hotel tingkat 14.
Setelah check-in, lepak sekejap. Pastu terus ke masjid kerana telah masuk waktu subuh.
Pada pukul 7 pagi, kami diberi taklimat oleh mutawif tentang ziarah dalaman. Lalu dibawa masuk ke masjid Nabawi.
Bahagian belakang & pintu masuk utama ke Masjid Nabawi.

Setelah selesai solat tahiyatul masjid, kami dibawa menziarahi maqam junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.Inilah bahagian hadapan maqam Rasullullah s.a.w. yg kat lubang coint besar sebelah kiri. Manakala di sebelah kanannya, lubang pertama ialah maqam Saidina Abu Bakar r.a. & sebelahnya lagi ialah maqam Saidina Umar Al-Khattab r.a. - (gambar scan dari postcard).

Disini, kita dianjurkan memberi salam kepada Rasullullah s.a.w. & sahabat r.a. yg tersebut. Sebagaimana sabda nabi s.a.w. yg sering di ucapkan oleh khatib ketika khutbah jumaat yg maksudnya : " Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi, maka berselawatlah kamu keatas nabi".

Nabi s.a.w. juga bersabda.; "Barang siapa berselawat keatas ku dengan satu salam, maka ALLAH akan berselawat keatasnya dengan 10 salam''.

Dalam hadith yg lain, nabi s.a.w. ada bersabda yg maksudnya,; "Barang siapa yg disebut namaku dan dia tidak mengucapkan salam kepadaku, maka orang itu adalah yg paling bakhil sekali".
Ini photo yg aku curi-curi ambil. Beginilah keadaan di bahagian hadapan maqam yg dipenuhi orang yg berziarah & dikawal oleh polis dan petugas masjid. Sekiranya kita mengangkat tangan untuk berdoa ketika mengadap maqam Rasullullah, polis atau petugas masjid akan segera menegah dan menyuruh kita pusing membelakangi maqam Rasullullah, iaitu mengadap ke arah kiblat. Ini kerana hanya ALLAH sahajalah yg layak disembah dan tempat kita berdoa dan memohon pertolongan. Rasullullah hanyalah "messenger".

Bahagian belakang rumah & maqam Rasullullah, di dalam masjid Nabawi.
Ini adalah bahagian hadapan Masjid Nabawi. Dibawah kubah hijau itulah letaknya maqam Rasullullah. Manakala, dibawah kubah putih itu pula terletaknya Raudhah.
Selepas menziarahi maqam Rasullullah, kita dianjurkan masuk ke Raudhah dan mendirikan solat sunat 2 rakaat. Raudhah ini letaknya diantara maqam Rasullullah s.a.w. dan mimbar masjid.
Inilah Raudhah. Gambar ini terpaksa aku scan dari postcard kerana in actual condition, tempat ini sentiasa dipenuhi orang sehingga untuk bersujud semasa bersolat juga amat sukar.

Mengikut hadith sahih Bukhari & Muslim, Rasullullah s.a.w. ada bersabda yg. maksudnya :

1 - Tempat yg. ada diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga.

2 - Mimbarku berada di atas taliair daripada beberapa taliair didalam syurga.

Oleh itu, janganlah lepaskan peluang untuk berdoa disini.
Semua carpet didalam masjid Nabawi berwarna merah. Hanya di Raudhah sahaja carpetnya berwarna hijau.
Setelah Raudhah, anda akan dibawa menziarahi Perkuburan Baqi iaitu perkuburan ahli-ahli Madinah sejak zaman Rasullullah sehinggalah sekarang. Pagar tembok yg kelihatan itulah Perkuburan Baqi. Gambar ini diambil dari pintu berdekatan dengan maqam Rasullullah dibahagian hadapan Masjid Nabawi.
Inilah maqam isteri-isteri nabi : Juwairiyah binti Harith, A'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, Saudah binti Zam'ah Al-Amiriyyah, Hafshah binti Umar bin Khattab, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salmah binti Abu Umayyah, Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan & Soffiyyah Al-Israilliyah binti Hayy.

Waktu ziarah ke maqam Baqee ini adalah selepas subuh sehingga pukul 9 pagi & selepas asar. Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan ini.

Umrah Transit - Hari ke 7 (Selasa, 21 April 09)

Program hari ini ialah ziarah luaran. Lokasi pertama ialah Masjid Quba.
Masjid ini letaknya l/k 4.8 km dari Masjid Nabawi. Ia adalah masjid pertama yg dibina oleh Rasullullah s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya ketika baru tiba di Madinah pada awal hijrah.
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yg berwudhuk dari tempat tinggalnya (hotel), lalu ia datang bersolat sunat 2 rakaat di masjid Quba ini, maka baginya ganjaran 1 ibadah umrah".
Salah satu gambaran bahagian dalaman masjid Quba.
Lokasi lawatan kedua ialah ladang kurma. Buah kurma baru nak berputik.Lokasi lawatan ketiga, Jabal Uhud. Jaraknya adalah l/k 12 km dari Masjid Nabawi.
Bukit yg kelihatan itulah Jabal Uhud yg bersambungan ke bahagian sebelah kanannya sehingga sepanjang hampir 1 km.
Ini adalah maqam syuhada Uhud yg diantaranya ialah bapa saudara nabi, Saidina Hamzah.
Firman ALLAH s.w.t. : "Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun (pada Perang Badar) mendapat luka yg. serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar ALLAH membezakan orang-orang yang beriman (dgn. orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikan-Nya gugur sebagai syuhada. Dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yg zalim". (Ali Imran - 140)
Ini adalah salah satu signboard yg terdapat di hadapan maqam syuhada Uhud tersebut.
Firman ALLAH s.w.t. : "Dan mengapa kamu hairan ketika di timpa musibah (kekalahan pada Perang Uhud), pada hal kemu telah menimpakan musibah dua kali ganda (kepada musuh-musuhmu pada Perang Badar) kamu berkata, "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?". Katakanlah, "Itu adalah dari kesalahan dirimu sendiri". Sungguh ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu. " (Ali Imran-165)
Lokasi lawatan ke-4 ialah Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat).
Masjid ini agak luar biasa kerana satu dari mihrabnya menghadap ke kaabah di Baitullah dan satu lagi menghadap ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis.
Menurut riwayat, semasa baginda Rasullullah s.a.w. sedang bersolat, turun wahyu yg maksudnya:
"Sesungguhnya Kami sering melihatmu menengadah kelangit,maka Kami akan mempalingkan mukamu ke kiblat yang engkau sukai, maka hadapkanlah mukamu ke Masjidil Haram". Al-Baqarah 144.

Lalu baginda pun berpusing 180° mengadap ke kiblat yg baru spt mana yg telah ALLAH perintahkan.
Lokasi lawatan terakhir ialah kilang mencetak Al-Quran.
Disini, hanya kaum lelaki sahaja yg dibenarkan masuk melihat didalam kilang printing. Manakala kaum wanita hanya dibenarkan setakat galeri & tempat membeli Al-Quran sahaja.
Bagi pelawat lelaki, kilang menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada setiap pelawat. Alhamdulillah.