Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Selasa, 2 Mac 2010

New PROTON car

Posting kali ni, tukar topik sikit. Asyik cerita bab Sudan je, boring gak, kan !!!!
Mai kita pakat tengok reta baru Proton. Beli buat pakai pi mesjid ka, pi market ka, pi pasar malam ka, sempoi jugak kan !!!!




Ceee... wah... segak lagi orang tua ni. Dia ni sebenarnya, rumah lama dia sekampung la dgn aku kat Titi Gajah sana. Masa aku Sekolah Kebangsaan Titi Gajah dulu, aku selalu la pi main kat rumah kawan aku, Megat Radhi yg berjiran dgn rumah Dr. M ni. Tun jugak pernah sign autograf aku masa dia jadi menteri pelajaran dulu. Tapi autograf tu ntah aku buang mana ntah, tak ingat pi dah.

Anyhow, sapa2 yg berkenan kat reta ni, boleh start menyimpan duit. Tapi kalau tak pi buat haji lagi, elok la menyimpan kat tabung haji dulu. Bukan apa, takut mati sebelum naik haji. Takut tak lepas nak berjawab. OOOooooo.... reta baru hang boleh usaha simpan duit, haji hak rukun, hang tak usaha nak menyimpan. Haaa.... guane tu ????

Tapi.... aku berkenan & teringin nak memiliki keta niiii !!!!

1 ulasan:

Mohd Saad Hamid berkata...

Salam tuan,

Persoalan tuan mengenai sempadan tanah haram Madinah telah saya jawab dalam N3 yang berkenaan. Semaga maklumat tsbt dapat membantu.