Tengok lah tu !!! Aku & the team plan asalnya nak buat monthly preventive maintenance kat compact sub station tu. Tapi bila kami sampai kat situ, tengok geng2 tu baguih punya dok melepak kat bawah compact sub station tu.
Aku suruh Khalid sound depa kata jangan duduk lepak kat bawah compact sub station tu, bahaya. 33 kV punya incomer tu !!!.
Khalid hak cakap arab pun depa tak paham. Lagi la aku yg cakap melayu ni. Takkan la aku ni pulak yg nak kena belajar bahasa pengembala lembu ni. Setakat "malfandu", "malmagua", "malmadid" & "yabakamal" - hak tu je lah bahasa depa ni yg aku tau.Ini adalah penempatan sementara kaum pengembala lembu ni. Hidup mereka adalah berpindah randah membawa lembu-lembu mereka. Siang, depa keluar bawa lembu depa bagi makan. Malam, semua lembu & tuannya berhimpun disini. Yang selungguk itu adalah taik lembu yg dikumpulkan utk dibakar sebagai penghalau nyamuk & lalat.
Dok Sudan 5 taun, bahasa syurga pun tak usaha sungguh2 nak belajar, inikan pula bahasa cowboy ni.
Tapi .... kalau tak belajar bahasa depa, mcm mana nak menyampaikan risalah Islam yg syumul ni kat depa.
Kemanakah hala tuju masa depan depa ni? Tanggungjawab siapakah utk menyampaikan risalah dakwah kat golongan seperti ini? Adakah aku antara yg akan dipersalahkan ???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan