"Balik bercuti" - satu ayat keramat yg. cukup dinanti-nantikan oleh perantau seperti aku sepertimana semua org. menanti-nanti tibanya hari gaji disetiap hujung bulan.
Inilah pesawat yg menghubungkan kami di site dgn. pintu keluar dari Sudan di Khartoum. Muka-muka yg. tiba harinya menaiki pesawat ini dari site ke Khartoum, cukup berseri-seri sepertimana bulan purnama. Manakala muka-muka yg baru turun dari pesawat ini, sepertimana makan epal hijau.
Sapa-sapa yg menghala ke pesawat, jalannya mcm ribut & cukup bersemangat. Manakala muka-muka yg baru turun dari pesawat ni, jalannya mcm kena puasa lebih sebulan. Lebih-lebih lagi lah kalau kena datang dibulan puasa.
Dapat naik pesawat ni, dah kira 50% sampai ke Malaysia. Lagi 50% ialah apabila international flight terbang keluar dari ruang udara Sudan.
Suasana didalam pesawat yg hanya membawa 15 org penumpang dgn 2 jam masa penerbangan. Kalau dapat lena 1 jam, kira dah cukup baik. Tapi kalau tak dapat lena langsung, adoiiiii..... sakit jiwa rasanya. Nak bergerak pun tak boleh, nak buang air pun tak dak toilet. Layan perasaan je lah!!! Kalau bawa buku, memang boleh khatam. Atau setidak-tidaknya boleh dijadikan ubat mengantuk.
2 org. ni lagi lah !!! 2 jam terbang masa dtg. & 2 jam lagi terbang masa balik. Duduk lah korang kat kokpit yg sempit tu sambil melayan sakit kepala melawan tarikan graviti. Nasib baik lah jugak aku dulu sekolah tak berapa pandai sangat. Kalau tak kerana tu, kena jadi pilot, lagi luas dahi aku.
Lepak-lepak di laman transit house sementara menunggu international flight besok petang.
Pukul 3.30 pagi di Dubai, menunggu flight take off & isyarat tali pinggang keledar dipadamkan utk perebah kusyen nak tidog. Tak larat nak angkat mata dah. Kena set alarm h/p siap-siap utk bangun mayang subuh.
Bila buka tabir tingkap tengok pemandangan mcm ni, hati dah cukup lega. 100% confident level dah ada walaupun masih kat atas Teluk Banggala @ Lautan Hindi.
Pukul 2 ptg., pesawat Emirates ni selamat mendarat ni KLIA. Setelah mayang jamak qasar kat surau airport, cop passport, ambek luggage pegi ke kaunter ELR tranasit. Bayar RM 6.20 turun Putrajaya, ambek teksi RM 45 balik Kajang.
Selamatttttt .... !!!!! Alhamdulillah & berakhirlah tempoh bermusafir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan