Sejarah aku berada di Thar Jath area semenjak dari tahun 2005 dulu, inilah pertama kali berlakunya sandstrom dikawasan ini. Ia berlaku selama 2 hari iaitu pada 10 & 11 hb. Mei 09.
Berikut adalah beberapa paparan keadaan pada hari kejadian berbandingkan hari-hari biasa.
Jarak penglihatan dianggarkan kurang drp. 50 meter.
Mala camp.
Mala camp.
Di Khartoum dan kawasan sekitar utara Sudan, sandstrom adalah kejadian biasa. Ini kerana disana, memang kawasannya berpasir.
Tetapi apabila berlakunya sandstrom di kawasan selatan Sudan ini, ia adalah dikira luarbiasa kerana kawasan ini adalah di garisan khatulistiwa atau green area. Kawasan selatan Sudan ini bertanah hitam & datar, tidak ada bukit.
Apabila berlakunya sandstrom seperti ini, definately flight tak boleh landing kerana pilot tak nampak landasan. Segelap-gelap malam, masih lagi boleh ditempusi cahaya. Tetapi apabila langit dilitupi million debu halus, jangankan cahaya spotlight, matahari yg. terang pun tidak dapat kita lihat.
Subhanallah (Maha Suci ALLAH) !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan