White Nile berasal dari 2 punca air utama iaitu Lake Tanganyika yg. bersempadankan 3 buah negara iaitu Burundi, Tanzania & Zaire. Manakala another source ialah Victoria Lake yg. juga bersempadankan 3 buah negara iaitu Kenya, Tanzania & Uganda.
Sementara Blue Nile pula berpunca dari Tana Lake yg. terletak di negara Ethiopia.
Sungai Nil ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagaimana Firman ALLAH yang maksudnya :
"Letakkanlah (nabi Musa) didalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka biarlah arus sungai itu membawanya ketepi, dia akan diambil oleh Firaun, musuh-Ku dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku dan agar engkau di asuh di bawah pengawasan-Ku" (Taha - 39).
"Dan kami ilhamkan kepada ibunya Musa, "Susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khuatir terhadapnya, maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang rasul". (Al-Qasas - 7).
White Nile & Blue Nile yg. datangnya dari 2 punca yg. berbeza di selatan Sudan ini, akhirnya bertemu & bercantum di bandar Khartoum. Seterusnya mengalir ke utara Sudan memasuki negara Mesir (Egypt) dan berakhir di Laut Maditeranean.
Firman ALLAH s.w.t. yang maksudnya;
"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui." (Ar-Rum 22)
Sebab itulah company aku namanya White Nile Petroleum Operating Company (WNPOC) kerana our oil field terletak di kawasan aliran White Nile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan