Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Isnin, 11 Mei 2009

How To Reach To Khartoum, Sudan ?

How to reach to Khartoum? How much the airticket prize?

Ini adalah soalan lazim yg. sering ditanya oleh saudara-mara & sahabat handai di Malaysia. So, sebagai pengetahuan am, rasanya eloklah aku berkongsi sedikit info mengenai tajuk ni.

Terdapat beberapa airline yg. menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Khartoum ini. Diantara yg. popular & sering digunakan oleh warganegara Malaysia ialah :

1) Emirates.
Dalam bahasa arabnya disebut -"Imarat".

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Dubai (United Arab Emirates). Perjalanan dari KLIA ke Dubai mengambil masa selama 7 jam. Seterusnya dari Dubai ke Khartoum mengambil masa l/k 4 jam.

How much the cost? 2 way ticket =

Economy class - RM 3446. Business class - RM 9047.
2) Qatar Airways.
Kalau dalam bahasa arabnya disebut - "Qatariah".

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Doha. Jarak masa perjalanannya adalah lebih kurang dgn. Emirates kerana negara mereka berdekatan diantara satu sama lain.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 3301. Business class - RM 8000.

3) Gulf Air.
Bahasa arabnya, aku tak tahu sbb. aku tak pernah naik airline ni.

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Bahrain. Bahrain adalah merupakan satu-satunya negara didunia yang mengalami "banjir dulu, baru hujan".
Jarak masa perjalanannya juga adalah lebih kurang dgn. Emirates & Qatar.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 3050. Business class - RM 7000.

4) Etihad.
Bahasa arabnya, ntah ... Etihad lah jugak kot !!!
Airline ni pun aku tak pernah naik. Untuk route KL - Khartoum, airline ni kurang sikit kekerapannya. Seminggu 3 kali ja iaitu hari Isnin, Khamis & Sabtu.

Airline ni punya origin juga di UAE, tapi di Abu Dhabi. Jarak masa perjalanannya juga lebih kurang dgn. Emirates, Qatar & Gulf Air.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 2800. Business class RM 7000.

5) Saudi Arabian Airline.

Air line ni ada 2 tempat transit iaitu sama ada di Jeddah atau di ibu negaranya Riyad. Aku tak da byk. info mengenai airline ini kerana airline ini agak cerewet sikit. Kalau nak beli tiket dia, macam-macam soalan dia akan tanya.

Misalannya masa aku buat umrah baru ni, dari KL-Jeddah, aku pakai MAS. Dari Jeddah Khartoum aku nak pakai this airline. Macam-macam info dia nak, berapa number visa umrah aku la, flight itinery aku la, flight MAS tu MH berapa, pukul berapa. Feel tak selesa & tak friendly service la.

Cumanya, aku prefer Saudi sbb. dari Jeddah ke Khartoum jarak masa perjalanannya 1 jam 40 minit sahaja berbandingkan dari Dubai atau Doha, mau 4 jam.

Airline ni cerewet mungkin sebab kerajaan Saudi nak control satu dunia punya orang yg nak berkunjung ke negaranya sama ada nak buat umrah atau nak bekerja.

Prize info yg. aku boleh dapat ialah spt. berikut (2 way @ return) :
Jeddah - KL = Economy class - RM 2673. Business class - RM 4403. (9 jam)

Jeddah - Khartoum = Economy class - RM 1450. Business class - RM 2250. (1jam 40 minit).
Malaysia Airline System (MAS) takdak service sampai ke Khartoum ni. Kalau nak naik MAS jugak, boleh. Tapi setakat Dubai @ Doha @ Jeddah saja la. Pastu, kena tukar ambek airline spt.mana yg. tersebut diatas tu la pulak.
Talking about MAS ni, aku pun pelik. Masa aku pi umrah baru-baru ni naik MAS, KLIA-Jeddah, 1/2 flight kosong. Walhal, orang Malaysia boleh dikatakan tiap-tiap hari ada yg pi umrah. Tapi naik airline lain - Qatar, Gulf & Saudi dan airline lain ni boleh dikatakan setiap kali, penuh. Malah mcm Emirates, KLIA-Dubai ada yg sehari 2 kali. Very good business.
My point is, tak boleh ke MAS counter offer harga ??? Kita pun lebih selesa sbb. direct flight to Jeddah. Tak payah transit kat Dubai ke, Doha ke, Bahrin ke ... Disamping itu juga, tak payah dok berebut nak melayan karenah tok arab & tok-tok hak lain.

Dan yg lebih penting ialah "win-win situation". Sapa lagi nak support MAS kalau tidak kita sendiri !!!
Sapa-sapa yg pandai dlm business kapal terbang ni atau travel agent, tolong jawab atau bagi pendapat sikit !!!
KLIA - Jeddah (2 way @ return )
Economy class = RM 3477 Business class = RM 12 040

Inilah Khartoum International Airport - arrival terminal.

Yang ini pulak ialah Khartoum International Airport - departure terminal.

Nampak cantik sikit sebab baru renovated.
Teksi kat depan domestic terminal. Kat depan international terminal tak dak pulak teksi.

Talking about Khartoum International Airport ni, aku pernah di tanya oleh seorang mat Sudan.
Soalannya berbunyi;

" Airport KLIA di Malaysia tu sama macam Khartoum International Airport ni ka ?

Aku tak boleh nak jawab soalan mamat Sudan ni sebab suddenly telinga aku keluar asap.
Kalau nko orang berada kat tempat aku pada masa tu, agak-agaknye lah, apakah jawapan yg. sesuai terhadap soalan cepumas ni ????

Please... bagi comment !!!
Jangan bagi pelempang, dah le...

10 ulasan:

thoman berkata...

den raso cam nak jawab soklan cepumas tuh tapi den agak-agak tak yah aa kot karang havoc mengalahkan ICS lak..hehe

Jauhari berkata...

Rileks bae... aku pun pada mulanya rasa bebulu gak. Tapi bila pikiag balik, dia tanya tu ikhlas sbb dia tak pernah tgk dunia luar. Hatta, kita mai keja kat sini pun dia anggap sbb kat negara kita tak dak keja.

So,the best way, berbaik sangka lah.

Forgive him lahhh !!!

Rizz berkata...

Rindu aku kat Khartoum dan Tharjath/Mala. Kenangan tinggal kenangan...adesssss...Kirim salam kat semua member-member disana...

Jauhari berkata...

Mad Pad, mungkin itulah yang dinamakan "benci tapi rindu". Benci bila mengenangkan karenah2 kat Sudan ni. Tapi rindu bila mengenangkan pitih hok dok masyuk bulan2 tu.

Aku ingat, hang kena baca catatan "umrah transit" aku la pulak. Nak tgk, pastu rasa jadi lagu mana pulak !!!

Rizz berkata...

Tamam..Quez..Tamam..Quez...itu yang aku rindu dengan mat sentul...especially Mikel..ha ha ha

Rizz berkata...

Airport KLIA dengan airport Khartoum sama je..sama-sama INTERNATIONAL....tang tu je sama..tang lain???? Lu pikir la sendiri..

Jauhari berkata...

Gu ... lo ni, camp MPE & segala macam harta benda kat dalam tu, bukan Muhibbah Petrochemical Engineering yg. punya. Tapi Ahmad Albab yg. punya. Eh..eh.. tak, silap. Mikel Personal Equity yg. punya. Ha..ha..ha...

Rizz berkata...

Tak pe...janji penaungnya Abg Salleh berpasangan dengan Abg Mani..Ok la tu...kombinasi 3 negara...Sudan ( Mikel ), Malaysia ( Abg Salleh ) dan Filipine ( Abg Mani ). Itulah Muhibbah...ko guane???

Deddy F. berkata...

Masa mula-mula dapat tahu kena posting ke Khartoum, Sudan tahun 2010, rasa lemah lutut. Tapi sebab saya yang menurut perintah, maka akur sahajalah. Tiga tahun di Khartoum banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. Mengajar bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Yang saya paling seronok sebab dimudahkan untuk mengerjakan ibadah umrah sebab flight 1 1/2 jam dah sampai Jeddah. Boleh pergi 6 bulan sekali ke Mekah. Banyak yang saya belajar dari kehidupan di Sudan selama tiga tahun dari 2010-2013. Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Ade tak airline yang singgah egypt baru ke sudan ?