Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Isnin, 25 Mei 2009

Azan

Diriwayatkan daripada sebuah hadith yang maksudnya;

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahmu ketika maut menghampirimu".

Ibnu Mas’ud, Abdullah bin Abbas dan Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhum berkata :

"Barangsiapa yang mendengar adzan kemudian dia tidak mendatanginya tanpa udzur, maka tidak ada shalat baginya."

Isnin, 18 Mei 2009

Omdurman - Khartoum.

Berikut adalah beberapa paparan photo yg aku ambil semasa pergi jalan-jalan di pasar Omdurman, Khartoum.

Sedang membeli habbatus-sauda. Sekilo 7 SDG. = RM 11.50


Sabda Rasullullah s.a.w. yg maksudnya: "Habbatus-sauda adalah ubat segala penyakit melainkan maut".

Yang ni pulak, aku pun tak tau apa benda yg. mamat ni jual. Aku tanya, dia tak reti. Dia jawab balik, aku pulak tak paham. Nampak mcm. biji labu je. Kuaci kot... Ntah, aku tak beli pun.

Ini adalah gambar yg. aku ambil kat site dulu. Setelah di operate, maka terhasillah produk seperti yg. berikut:

Raw material original tapi workmanship - out. Harga sepasang diantara 20-30 SDG. = RM 32-48.
Aku ada beli 2 pasang, simpan kat dlm rak kasut di rumah. Tapi kerap kali aku nak ambek kasut, kerap kali itulah aku terkejut. Jangan sampai ular betul pi masuk duduk kat dalam rak kasut aku, dah le ... !!!

Yang ni berapa harga? Ntah, aku tak tanya pulak sebab tak berminat.


Didalam salah satu kedai barangan kulit di Omdurman bersama Zambri dan tuan kedai.

Buaya kering.

Dan .... yg. ini adalah one of the ex-boss aku, Abe Sedi KP bersama dgn. our ex-camp boss, Mr. Nassaruddin bermain-main dgn. salah satu jenis haiwan yg. senang di temui di kawasan our site.
Sengaja aku letakkan gambar Abe Sedi disini sebagai kenang-kenangan.

Ahad, 17 Mei 2009

TJ & Mala Sandstorm

Hari ini dalam sejarah.

Sejarah aku berada di Thar Jath area semenjak dari tahun 2005 dulu, inilah pertama kali berlakunya sandstrom dikawasan ini. Ia berlaku selama 2 hari iaitu pada 10 & 11 hb. Mei 09.

Berikut adalah beberapa paparan keadaan pada hari kejadian berbandingkan hari-hari biasa.

De-Gassing Field Facility plan.
Jarak penglihatan dianggarkan kurang drp. 50 meter.

Mala camp.


Mala camp.

Di Khartoum dan kawasan sekitar utara Sudan, sandstrom adalah kejadian biasa. Ini kerana disana, memang kawasannya berpasir.
Tetapi apabila berlakunya sandstrom di kawasan selatan Sudan ini, ia adalah dikira luarbiasa kerana kawasan ini adalah di garisan khatulistiwa atau green area. Kawasan selatan Sudan ini bertanah hitam & datar, tidak ada bukit.
Apabila berlakunya sandstrom seperti ini, definately flight tak boleh landing kerana pilot tak nampak landasan. Segelap-gelap malam, masih lagi boleh ditempusi cahaya. Tetapi apabila langit dilitupi million debu halus, jangankan cahaya spotlight, matahari yg. terang pun tidak dapat kita lihat.
Subhanallah (Maha Suci ALLAH) !!!

Selasa, 12 Mei 2009

Cara Sudan Cowboy Buat Api.

Video ini dirakamkan dikawasan Mala Satellite oil field.

Lesson learn : Manusia ini apabila berada di dalam kesusahan, ia kreatif. Tetapi apabila ia berada di dalam kesenangan atau zon selesa, ia manja + malas + banyak lemak + balog + , + , +++++..... !!!

So, bersyukur lah banyak-banyak.

Say, Alhamdulillah.

Isnin, 11 Mei 2009

How To Reach To Khartoum, Sudan ?

How to reach to Khartoum? How much the airticket prize?

Ini adalah soalan lazim yg. sering ditanya oleh saudara-mara & sahabat handai di Malaysia. So, sebagai pengetahuan am, rasanya eloklah aku berkongsi sedikit info mengenai tajuk ni.

Terdapat beberapa airline yg. menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Khartoum ini. Diantara yg. popular & sering digunakan oleh warganegara Malaysia ialah :

1) Emirates.
Dalam bahasa arabnya disebut -"Imarat".

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Dubai (United Arab Emirates). Perjalanan dari KLIA ke Dubai mengambil masa selama 7 jam. Seterusnya dari Dubai ke Khartoum mengambil masa l/k 4 jam.

How much the cost? 2 way ticket =

Economy class - RM 3446. Business class - RM 9047.
2) Qatar Airways.
Kalau dalam bahasa arabnya disebut - "Qatariah".

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Doha. Jarak masa perjalanannya adalah lebih kurang dgn. Emirates kerana negara mereka berdekatan diantara satu sama lain.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 3301. Business class - RM 8000.

3) Gulf Air.
Bahasa arabnya, aku tak tahu sbb. aku tak pernah naik airline ni.

Airline ini akan membuat transit di origin-nya iaitu Bahrain. Bahrain adalah merupakan satu-satunya negara didunia yang mengalami "banjir dulu, baru hujan".
Jarak masa perjalanannya juga adalah lebih kurang dgn. Emirates & Qatar.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 3050. Business class - RM 7000.

4) Etihad.
Bahasa arabnya, ntah ... Etihad lah jugak kot !!!
Airline ni pun aku tak pernah naik. Untuk route KL - Khartoum, airline ni kurang sikit kekerapannya. Seminggu 3 kali ja iaitu hari Isnin, Khamis & Sabtu.

Airline ni punya origin juga di UAE, tapi di Abu Dhabi. Jarak masa perjalanannya juga lebih kurang dgn. Emirates, Qatar & Gulf Air.

How much the cost ? 2 way ticket =

Economy class - RM 2800. Business class RM 7000.

5) Saudi Arabian Airline.

Air line ni ada 2 tempat transit iaitu sama ada di Jeddah atau di ibu negaranya Riyad. Aku tak da byk. info mengenai airline ini kerana airline ini agak cerewet sikit. Kalau nak beli tiket dia, macam-macam soalan dia akan tanya.

Misalannya masa aku buat umrah baru ni, dari KL-Jeddah, aku pakai MAS. Dari Jeddah Khartoum aku nak pakai this airline. Macam-macam info dia nak, berapa number visa umrah aku la, flight itinery aku la, flight MAS tu MH berapa, pukul berapa. Feel tak selesa & tak friendly service la.

Cumanya, aku prefer Saudi sbb. dari Jeddah ke Khartoum jarak masa perjalanannya 1 jam 40 minit sahaja berbandingkan dari Dubai atau Doha, mau 4 jam.

Airline ni cerewet mungkin sebab kerajaan Saudi nak control satu dunia punya orang yg nak berkunjung ke negaranya sama ada nak buat umrah atau nak bekerja.

Prize info yg. aku boleh dapat ialah spt. berikut (2 way @ return) :
Jeddah - KL = Economy class - RM 2673. Business class - RM 4403. (9 jam)

Jeddah - Khartoum = Economy class - RM 1450. Business class - RM 2250. (1jam 40 minit).
Malaysia Airline System (MAS) takdak service sampai ke Khartoum ni. Kalau nak naik MAS jugak, boleh. Tapi setakat Dubai @ Doha @ Jeddah saja la. Pastu, kena tukar ambek airline spt.mana yg. tersebut diatas tu la pulak.
Talking about MAS ni, aku pun pelik. Masa aku pi umrah baru-baru ni naik MAS, KLIA-Jeddah, 1/2 flight kosong. Walhal, orang Malaysia boleh dikatakan tiap-tiap hari ada yg pi umrah. Tapi naik airline lain - Qatar, Gulf & Saudi dan airline lain ni boleh dikatakan setiap kali, penuh. Malah mcm Emirates, KLIA-Dubai ada yg sehari 2 kali. Very good business.
My point is, tak boleh ke MAS counter offer harga ??? Kita pun lebih selesa sbb. direct flight to Jeddah. Tak payah transit kat Dubai ke, Doha ke, Bahrin ke ... Disamping itu juga, tak payah dok berebut nak melayan karenah tok arab & tok-tok hak lain.

Dan yg lebih penting ialah "win-win situation". Sapa lagi nak support MAS kalau tidak kita sendiri !!!
Sapa-sapa yg pandai dlm business kapal terbang ni atau travel agent, tolong jawab atau bagi pendapat sikit !!!
KLIA - Jeddah (2 way @ return )
Economy class = RM 3477 Business class = RM 12 040

Inilah Khartoum International Airport - arrival terminal.

Yang ini pulak ialah Khartoum International Airport - departure terminal.

Nampak cantik sikit sebab baru renovated.
Teksi kat depan domestic terminal. Kat depan international terminal tak dak pulak teksi.

Talking about Khartoum International Airport ni, aku pernah di tanya oleh seorang mat Sudan.
Soalannya berbunyi;

" Airport KLIA di Malaysia tu sama macam Khartoum International Airport ni ka ?

Aku tak boleh nak jawab soalan mamat Sudan ni sebab suddenly telinga aku keluar asap.
Kalau nko orang berada kat tempat aku pada masa tu, agak-agaknye lah, apakah jawapan yg. sesuai terhadap soalan cepumas ni ????

Please... bagi comment !!!
Jangan bagi pelempang, dah le...

Sabtu, 9 Mei 2009

Nile River

Nile River adalah merupakan sungai yg. terpanjang didunia. Jarak keseluruhannya adalah approximately 6 695 km.

Nile River terdiri drp. 2 pecahan iaitu White Nile & Blue Nile.
White Nile berasal dari 2 punca air utama iaitu Lake Tanganyika yg. bersempadankan 3 buah negara iaitu Burundi, Tanzania & Zaire. Manakala another source ialah Victoria Lake yg. juga bersempadankan 3 buah negara iaitu Kenya, Tanzania & Uganda.
Sementara Blue Nile pula berpunca dari Tana Lake yg. terletak di negara Ethiopia.
Sebahagian besar drp. sungai Nil ini adalah mengalir merentasi negara Sudan.
Sungai Nil ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagaimana Firman ALLAH yang maksudnya :
"Letakkanlah (nabi Musa) didalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka biarlah arus sungai itu membawanya ketepi, dia akan diambil oleh Firaun, musuh-Ku dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku dan agar engkau di asuh di bawah pengawasan-Ku" (Taha - 39).
"Dan kami ilhamkan kepada ibunya Musa, "Susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khuatir terhadapnya, maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang rasul". (Al-Qasas - 7).
White Nile & Blue Nile yg. datangnya dari 2 punca yg. berbeza di selatan Sudan ini, akhirnya bertemu & bercantum di bandar Khartoum. Seterusnya mengalir ke utara Sudan memasuki negara Mesir (Egypt) dan berakhir di Laut Maditeranean.

Firman ALLAH s.w.t. yang maksudnya;

"Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui." (Ar-Rum 22)

Sebab itulah company aku namanya White Nile Petroleum Operating Company (WNPOC) kerana our oil field terletak di kawasan aliran White Nile.