Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Jumaat, 8 Ogos 2008

Mala Flora.

Berikut adalah sebahagian daripada koleksi photo tumbuh-tumbuhan & bunga-bungaan yang aku rakamkan disekitar lokasi projek Mala Satellite oil field.

Photo-photo ini semua aku rakamkan bukan kerana aku tak de keje nak buat. Sebaliknya, diambil ketika sambil-sambil pegi nak buat keje.
Ehh.. ehhh.. tengok tu, ada lebah la !!!


Firman ALLAH s.w.t di dalam Al-Quran :

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang digunung-gunung, dipohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibikin manusia,

Kemudian, makanlah dari segala macam buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu". Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi orang yang berfikir. (An-Nahl 68-69)

Dan .... yang lebih penting lagi, aku bukanlah seorang "mat bunga". Tetapi sekadar seorang hamba yang suka dan kagum pada keindahan ciptaan & anugerah ALLAH kepada makhluk-Nya.
So, marilah kita sama-sama melihat, merenung, mengkagumi dan melafazkan kalimah "Maha Suci ALLAH" dan syukur Alhamdulillah.


Tengok !!!! Teratai pun ada. Ini teratai putih. Yang kala purple pun ada, tapi aku belum jumpa lagi. Nanti bila jumpa,aku up date kan.

Ni .... bunga apa plak ni ???????
Laaaaa...... bunga dekat cadar tilam aku daa !!!!


OK lah, mari kita tengok pokok-pokok plak.

Pokok apa ni? Ntah, aku pun tak tau. Aku rasa pokok ni menarik, aku ambek le gambo die..

Anyhow, keindahan alam semesta ini hanya dapat dikuasai dan dinikmati oleh orang yang berilmu dan beramal. Oleh itu, tuntutlah ilmu banyak-banyak dan amalkanlah !!!

Jumaat, 1 Ogos 2008

My Family

Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Mu diatas keluarga yang Engkau anugerahkan kepada ku.

Ya ALLAH ya tuhan ku, aku bersyukur ke hadrat Mu diatas Rosmanira, Nur Dalia, Muhammad Luqman, Khairunisa dan Nur Liyana, isteri dan anak-anak ku yang telah Engkau anugerahkan kepada ku.



Teguhkanlah iman Islam kami. Kuatkanlah ikatan kasih sayang diantara kami. Rahmatilah perjalanan hidup kami. Berikanlah nur iman dan Islam didalam suasana rumahtangga kami yang bahagia sehingga ke akhir hayat kami.

Jadikanlah anak-anak kami seorang penghafal Al-Quran dan pejuang di jalan Mu. Terangkanlah hati mereka, lapangkanlah dada mereka, permudahkanlah mereka didalam segala urusan kebaikan. Jadikanlah mereka sebagai harta kepada kami sama ada di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

Ya ALLAH ya tuhan kami, murahkanlah rezeki ke atas kami. Datangkanlah ianya daripada jalan yang tiada kami sangka-sangka. Percukupkanlah keperluan hidup kami.

Ya ALLAH ya tuhan kami, jauhkanlah kami daripada segala penyakit, mala petaka dan bahaya bencana, sama ada yang Engkau turunkan daripada langit mahupun yang Engkau datangkan daripada bumi.

Ya ALLAH ya tuhan kami, jauhilah kami daripada fitnah dunia dan fitnah akhirat.

Ya ALLAH ya tuhan kami, berikanlah kami dunia yang baik, akhirat yang baik dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.


Amin... Ya Robbal A'lamin.

# Nur Dalia tiada didalam photo-photo diatas kerana masih di Maahad Tahfiz Ulu Langat.

Alhamdulillah.


Alhamdulillah.

Bersyukur aku kehadrat ALLAH s.w.t. kerana telah memilih diriku untuk dianugerahkan kalimah Syahadah ;
Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Alhamdulillah - Bersyukur aku kehadrat ALLAH s.w.t. diatas nikmat Nur Iman & Islam, nikmat sihat, nikmat tidak diuji dengan sesuatu yang tidak dapat aku menanggungnya, nikmat mempunyai isteri dan anak-anak yang mempunyai kecenderungan untuk sentiasa bersyukur & mengabdikan diri kepada-Mu dan segala-galanya yang baik yang Engkau anugerahkan untukku.

Ya ALLAH ya tuhanku, jadikanlah aku, isteriku, anak-anakku, zuriat keturunan ku, kaum keluarga ku, rakan-rakan ku dan sekelian muslimin dan muslimat keseluruhannya, seorang yang mentaati perintah Mu dan seorang yang menjauhi larangan Mu.

Amin ya Robbal A'lamin.