Pada entri kali ini, ingin aku berkongsi sedikit cerita, maklumat dan pengalaman tentang kapal terbang Emirates yang menjadi pilihan utama aku berulang alik ke Sudan since 2005. Sebenarnya masih banyak maklumat dan gambar-gambar berkaitan yang ingin aku masukkan dalam tajuk ni tapi ... tak sempat nak tangkap habis lagi, dah tak boleh naik Emirates lagi. Sebabnya .... sepertimana yg telah aku terangkan pada entri yg lalu dalam tajuk "Balik dengan Qatar Airways"
Dalam Emirates lounge kat KLIA. Sambil menunggu satay yg sedang dipanaskan, makan la roti dulu. Hantu roti kan ....!!! Kalau kat Emirates lounge di Dubai, lagi la best. Macam-macam makanan ada. Tinggal larat dgn tak larat & malu dgn tak malu nak makan ja !!! Bukan nak kena bayar, hantam saja lah.
Sorry la, aku tak dak simpan pulak gambar Emirates lounge kat Dubai tu sbb. malu nak tangkap gambar. Biasa la, sorang-sorang ni dia segan la sikit. Kalau masuk lounge ramai-ramai, baru la buleh buat "cempera". Tunggulah, kot-kot someday Emirates invite aku & bagi special pass utk aku buat liputan, then baru la tak malu.
Sebagai kenang-kenangan, letak lah gambar kawan-kawan Sarawakian aku dari team SKO. Sulaiman - end of this year, baru habis kot. Hanchau & Satar, dah back to SKO.
Hak ni, first class cabin. Dalam flight Boeing 777-300 ni, hanya ada 12 seates saja drp. 500 pessengers. Sebagai skyward members yg dah achieved GOLD level, sekali sekala dapatlah peluang di upgrade kan drp. Business Class ke First Class ni. Biasanya bila peak season, orang ramai, so... airline tolak kita ke First Class seat yg jarang-jarang orang beli dan jual pulak Business Class seat kita tu ke pessenger lain. Win-win situation la !!!
Ni haaa .... pemandangan First Class cabin. Kalau nak ambek gambar, kena ambek awai-awai sebelum pessengers masuk penuh. Kalau tidak, berselerak & bersepah habis dgn plastik selimut, news papers dan mcm.-mcm lagi yg mencemarkan pemandangan. Nak ambek gambar ni, kena buat muka tak malu & slumber sikit la. Slumber je ... peduli apa dgn pessengers lain, depa bukannya org. kampung aku, depa bukan nya kenai aku pun !!!!
First class & Business class seat nak operate, kena pakai menatang ni - nak bagi seat melunjur ka, melentang ka (meniarap tak leh la ..) Nak tengok movie ka, main games ka, tukar channel ka, nak massage ka ... kerusi tu la massage bagi kat hampa. Jangan ingat hang tekan butang massage tu, pramugari mai massage bagi kat hampa pulak. Hampa bayag tambang sekali ganda lagi pun tak dapat !!!
Pada screen aku, aku lebih suka select channel "Air Show". Channel ni dia akan tunjukkan current flight location, berapa jam lagi nak sampai, berapa speed dia diselang seli dgn. berita-berita dunia semasa dan info-info mengenai Emirates.
Tengok berapa flight ni lari .... Laju no !!! Dekat 1000 km/j. Itu belum habis gear lagi tu. Belum top speed lagi tu.Tu pun, nak buleh ke sampai, cemuih tak tau nak habag. Apatah lagi ditambah dgn "panggilan pulau" yg tgh kuat. (Aku pun tak tau apa yg dimaksudkan dgn "panggilan pulau" tu. Budak-budak ni sebut, aku pun tumpang sebut je lah !!!)
Bab ni, buleh puji. Bila masuk waktu mayang, makluman ini akan dipaparkan. Azan tak dak la ... macam TV3 la jugak, mana ada azan.
Pastu, kat screen tu dia akan tunjuk arah kiblat. Simple je, kalau dari Dubai ke KL, arah kiblat dia mengadap ekor flight. Manakala dari KL ke Dubai, arah kiblat dia mengadap kepala flight. Pi la wuduk, ambek hak wajib dah la. Basuh muka, tangan, kepala & kaki. Pastu, ambek selimut kita tu pegi ke ruang pintu flight, mayang la kat situ. Semua anak kapal dah paham, dia org akan beri tempat & ruang. Lepas mayang, mintak selimut baru kat pramugari tu. Mau ngan tak mau ja.
Atleast, disamping kewajipan, dgn mayang beberapa org. penumpang ni semoga terhindar bala ALLAH s.w.t kepada satu flight punya penumpang. Maklumlah, benda terebang tinggi kat atas awan, the potential to happen is very high also, right ???.
Dah selesai semua, now is titon time la ... Emirates punya flat bed ni, I notice memang more flat than others airline. Sebelum nko make the seat flat, pramugari akan datang bentangkan thin white mattres. Lembek putih la kalau bahasa village aku.
Itulah sedikit sebanyak cerita tentang Emirates yg dapat aku share ngan nko rang. Sepertimana yg aku katakan tadi, sebenarnya banyak lagi benda yg aku nak ceritakan, tapi gambaunye tak de, tak masyuk la kan !!! Nanti lah, kalau ada chance naik Emirates balik, aku akan ambek gambar hidangan "roaster duck" dia, busket bread + muffin dia, noodle dia, kek with coklat sos dia & mcm.2 lagi lah !!!!
Gambar pramugari Emirates - tak yah ambek la !!! Bukan nya pramugari tu tak comei, tak baik & tak elok. Tapi perbuatan ambek & boh gambar depa tu yg tak comei, tak baik & tak elok nyeeee .... Kalau bini aku baca ayat ni, dia mesti kata : "Tau tak pa .... "
Orait, itu saja.
2 ulasan:
wow .. ure dammed lucky lerr .. been chosen by God the ALmighty as one of those people flying in Emirate Air . Free pula tu . By the way .. dah lama tak dengar perkataan CEMPERA .. malah tak pernah dok guna pun ... nak tergelak juga bila terjumpa dalam blog ni. Kira korrr hebat juga lerr .. masih ingat perkataan klasik ... apa pun TAHNIAH .. kerana berkongsi cerita yang menarik. Keep on writing .... Kak Yah
Hai....suka joint dengar cerita dgn you saudara jauhari..Rasanya lagi suka kalau berbual berdepan,macam humble saja ,cepat mesra orangnya(mudah-mudahan)Best sudi kongsi cerita pengalaman...wasalam
Catat Ulasan