As per tajuk, untuk pengetahuan tuan puan semua, kat Khartoum ni, pengguanaan tenaga elektrik dia kena bayar melalui "prepaid" macam kita beli prepaid untuk hand phone kita tu. Depa tak pakai bil macam yang diamalkan oleh TNB kat Mesia.
Rabu, 10 Februari 2010
Bil Api Prepaid
Oleh kerana dah lama aku tak update blog ni, utk posting kali ni, ringkas saja sebab sebok, byk reja nak buat.
As per tajuk, untuk pengetahuan tuan puan semua, kat Khartoum ni, pengguanaan tenaga elektrik dia kena bayar melalui "prepaid" macam kita beli prepaid untuk hand phone kita tu. Depa tak pakai bil macam yang diamalkan oleh TNB kat Mesia.
Inilah meter api yg ada kat Khartoum ni. Kalau lupa top up kredit, alamatnya bergelap la hampa.
Baguihnya system prepaid ni, pihak pembekal elektrik akan dapat "cash flow" dulu. Juga berita baik kepada orang yg bagi sewa rumah pasai tak dak la kes penyewa blah tinggai hutang api yg at the end tuan rumah nak kena bayag. Begitu juga dgn. "meter reader", tak la kes nak kena salak atau kena ligan dgn. anjin pasai pi dok teropong depan pagar rumah cha ya nun alep.
As per tajuk, untuk pengetahuan tuan puan semua, kat Khartoum ni, pengguanaan tenaga elektrik dia kena bayar melalui "prepaid" macam kita beli prepaid untuk hand phone kita tu. Depa tak pakai bil macam yang diamalkan oleh TNB kat Mesia.
Sabtu, 23 Januari 2010
Back To Sudan.
Alhamdulillah, setelah berakhirnya misi aku bersama project team hampir 3 bulan yang lalu, aku telah mendapat tawaran untuk kembali semula ke Sudan. Tetapi kali ini untuk misi yang berbeza iaitu bersama dengan Production team pula sebagai Mala Transmission Line team leader
Kalau bersama dengan project team dulu term aku 70 hari berkerja 20 hari cuti, tapi dengan bersama Production team kali ini, term aku lebih attractive iaitu 30 hari bekerja dan 30 hari cuti.
Sebenarnya, aku bercita-cita untuk merantau ke negara lain pula seperti Turkmenistan ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Qatar ke. Apa-apa pun, alhamdulillah, kita hanya mampu merancang. Namun perancangan ALLAH s.w.t jualah yang terbaik.
Sukalah untuk aku sentiasa mengingati diriku sendiri untuk sentiasa bersyukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :
"Barang siapa bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan siapa kufur, ingatlah, sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
Sesampainya aku di Khartoum, aku diraikan makan malam bersama Pak Ya as a my boss since 2005 dulu dan juga Ahmad bin Bajuri (ABB), member lama since PFK-Gurun project tahun 1998 dulu.
Aku terpaksa spend beberapa hari kat Khartoum office ni untuk urusan sign contract, buat ID pass dan seumpama dengannya sebelum aku boleh turun ke site yang jaraknya 1000 km @ 2 jam perjalanan dengan flight.
Malam keduanya, aku diraikan untuk makan malam bersama member kat site yg sedang bercuti, Mr. Atief Sharawi - Construction superintendant. Makan "chaya" - daging kambing bakar.
Malam ketiganya pulak, aku diraikan pula oleh boss lama dlm project team dulu, Mr. Kusaimi bersama dengan member-member lama dari Contractor - Muhibbah, Mr. Salleh dan En. Masli.
Makan chaya lagi. Kali ini ada tambahan sikit iaitu chaya (daging kambing), tulang kambing dan .... telur kambing. Semua tu habis 134 Sudanese Pound = RM 214.
Besoknya ptg. Jumaat (cuti), Mr. Kusaimi ajak pi memancing kat sungai Nile pulak. Mr. Kusaimi bawa 3-4 orang student. Manakala aku di pick-up oleh Salleh & Masri. Zul (Centroid) & orang rumah dia pun ikut joint sekali.
Aku ni bukanlah kaki memancing. Saja suka-suka pergi jalan-jalan tengok tempat orang.
Aku, Salleh & Zul turun mandi kat sungai Nil. Boleh bertahan 15 minit saja, pastu lari naik. Tak boleh tahan, sejuk ketar sampai belaga gigi.
Lepas tengok matahari tenggelam, kami solat maghrib berjemaah kat tepi sungai tu, pastu terus balik semula ke Kharotum.
Nota kaki :
Masa mola-mola aku sampai kat Sudan taun 2005 dulu, depa ada kata, sapa-sapa yg minum ayag sungai Nil ni, satu hari nanti pasti dia akan mai balik ke Sudan ni.
Tapi rasanya bila masa pulak aku minum ayag sungai Nil ni. Kalau makan ikan talapia drp. sg. Nil ni, biasa & kerap la.
La ni, depa sebok dok kata kat aku, ikan balik ke lubok. Lubok apa nya ??? Lubok duit la kot !!!
Apa-apa hal pun, ini semua ALLAH taala punya reja. Alhamdulillah !!!
Sebenarnya, aku bercita-cita untuk merantau ke negara lain pula seperti Turkmenistan ke, Myanmar ke, Vietnam ke, Qatar ke. Apa-apa pun, alhamdulillah, kita hanya mampu merancang. Namun perancangan ALLAH s.w.t jualah yang terbaik.
Sukalah untuk aku sentiasa mengingati diriku sendiri untuk sentiasa bersyukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :
"Barang siapa bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku. Dan siapa kufur, ingatlah, sesungguhnya azab-Ku amat pedih"
Aku terpaksa spend beberapa hari kat Khartoum office ni untuk urusan sign contract, buat ID pass dan seumpama dengannya sebelum aku boleh turun ke site yang jaraknya 1000 km @ 2 jam perjalanan dengan flight.
Makan chaya lagi. Kali ini ada tambahan sikit iaitu chaya (daging kambing), tulang kambing dan .... telur kambing. Semua tu habis 134 Sudanese Pound = RM 214.
Lepas tengok matahari tenggelam, kami solat maghrib berjemaah kat tepi sungai tu, pastu terus balik semula ke Kharotum.
Nota kaki :
Masa mola-mola aku sampai kat Sudan taun 2005 dulu, depa ada kata, sapa-sapa yg minum ayag sungai Nil ni, satu hari nanti pasti dia akan mai balik ke Sudan ni.
Tapi rasanya bila masa pulak aku minum ayag sungai Nil ni. Kalau makan ikan talapia drp. sg. Nil ni, biasa & kerap la.
La ni, depa sebok dok kata kat aku, ikan balik ke lubok. Lubok apa nya ??? Lubok duit la kot !!!
Apa-apa hal pun, ini semua ALLAH taala punya reja. Alhamdulillah !!!
Sabtu, 2 Januari 2010
Walimatulurus - Brother Ram
Alhamdulillah, hari ini pada tanggal 2hb. Jan. 2010, our Production superintendent kat Thar Jath, Sudan, telah selamat mengadakan walimatulurus untuk anak lelakinya. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Selayang di Gombak.
Turut sama menghadiri & memeriahkan majlis tersebut ialah WNPOC President, Mr. Sabri Zain.

Dari rumah, aku datang dgn Kudin together-gether dgn our family. Kat majlis ni, berpeluang juga berjumpa dgn our colleague Mr. Termizi - Mala Team Leader.
Brother Ram, terima kasih banyak diatas jemputan tersebut. Semoga majlis Brother Ram ini mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t. Amin !!!

Rabu, 30 Disember 2009
Khamis, 29 Oktober 2009
Farewell lunch
29 Oktober 09 merupakan hari terakhir aku di bumi Sudan dalam assignment bersama PMT di Mala Satellite Development Project. Malam ini aku akan terbang balik ke Malaysia dgn. pesawat Qatar Airways yg akan transit di Doha.
Sebagai tanda ingatan persahabatan dan salam perpisahan, Sudanese engineer dari team aku telah membawa aku ke sebuah restoran yg cukup terkenal di Khartoum iaitu "AMWAJ" untuk farewell lunch.
Ini adalah sebahagian drp. menu yg. dia orang belanja aku makan.
Sebagai tanda ingatan persahabatan dan salam perpisahan, Sudanese engineer dari team aku telah membawa aku ke sebuah restoran yg cukup terkenal di Khartoum iaitu "AMWAJ" untuk farewell lunch.
Khamis, 22 Oktober 2009
Mala - VIP Site Visit.
Selasa, 13 Oktober 2009
Sejadah Solat ... Subhanallah !!!
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita tentang sejadah berdiri di beberapa lokasi termasuk dalam negara kita sendiri. Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu.
Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana. Ramai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini.
Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini. Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah.
Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.

Sebelum ini , kejadian sejadah berdiri hanya melibatkan sehelai sejadah sahaja. Namun, maklumat terbaru yang kami perolehi terdapat satu kejadian lebih menakjubkan berlaku beberapa hari yang lalu iaitu selepas kejadian di Permatang Pauh baru-baru ini. Kami menerima gambar foto kiriman seorang sahabat yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau : "Semalam kat surau tempat saya pun jadi juga sejadah berdiri dan solat, semasa seorang kakitangan nak solat 'asar, dia ternampak tiga helai sejadah berdiri dan seolah2 sedang solat berjemaah. Kawan saya Rosli agak sibuk, jadi dia ke surau agak lewat nak solat asar. Apabila dia ternampak sejadah2 itu sedang berjemaah, dia pun terjerit2 balek kepejabat memanggil kawan2 lain untuk melihat. Bila kawan2 lain datang, seorang kawan sempat mengambil gambar2 sejadah2 tu....! Elok lepas 5 minit gambar2 diambil...sejadah2 itu pun dengan sendirinya terjatuk balek asal....! Pelik kan...! Tak lama nak kiamat ni...!". Lokasi kejadian ini dirahsiakan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini.
Pengajaran dan ikhtibar yang paling utama dalam kejadian terbaru ini ialah kita harus mengutamakan kewajipan mengadap Illahi daripada urusan lain. Malah, ramai diantara kita hari ini yang sering melewat-lewatkan mengerjakan solat lima waktu dan lebih mementingkan hawa nafsu semata-mata. Lantaran itulah kejadian seperti ini harus dijadikan sebagai satu amaran buat diri kita untuk melakukan perubahan dalam diri.
Oleh itu, bangkitlah dari lamunan mimpi dan buat perubahan dalam diri sebelum mengharapkan perubahan yang lebih besar dari itu. Semoga Allah merahmati kita seadanya dari sebarang malapetaka selepas ini.
Amin !!!.
(Artikel ini adalah petikan drp. laman internet)

Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya
yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam

Langgan:
Catatan (Atom)