Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Isnin, 5 September 2011

Lesen Memandu negara baru - Sudan Selatan

Sebagaimana dunia sedia maklum pada 9hb. Julai 2011 yg lalu, peta dunia telah berubah dgn kemunculan negara baru iaitu Republic of South Sudan (RoSS). Ini bermakna negara Sudan telah terbahagi kepada dua dan semakin mengecil.

Sebagai sebuah negara baru, banyaklah perkara-perkara baru yg perlu diperkenalkan. Diantaranya ialah lesen memandu. Paparan dibawah ialah lesen memandu aku yg baru.
Cuba tuan-tuan / puan-puan tengok dekat ruangan "Nationality" tu. Bila masa lah pulak aku jadi warganegara negara Sudan Selatan ni ??? Dekat ruangan "Address" tu pulak, bila masa la pulak aku beli rumah kat Bentiu tu. Adoiiiii .... Sudannn ... sudannn !!! Lantak nko lah. Janji aku drive ada lesen.

Harap lepas ni, jangan nko bagi aku I/C suruh jadi pengundi hantu, dah leee ... !!!
Hak ni lesen under Sudan Selatan jugak yg aku dapat awal tahun ari tu. Tapi sekarang ni dah tak valid. Mungkin sebab : 1 - Lesen tu dalam tulisan Arab.  2 - Gambar bendera RoSS tak dak kat situ.

Nak dapatkan lesen ni dulu dah kena bayar berapa dah. Nak dapat lesen hak baru pulak, kena bayar lagi. Berapa kali mau bayar daaa ... Walau pun semua tu duit company tapi kesian la jugak kat company, kan !!!

Begitu lah nasib kita di tempat orang.

Ahad, 4 September 2011

Aidil Fitri 2011 WNPOC.

Hari raya Aidil Fitri tahun 2011 ini, aku terpaksa menyambutnya di Sudan lagi. Aku baru saja naik balik ke Sudan seminggu sebelum raya hari tu. Trip yg lepas, aku dah buat 45 hari. Trip kali ini pun aku akan buat 45 hari lagi berbandingkan 30 hari normal trip. Ini kerana aku nak bercuti selama 2 bulan pada coming trip bagi membolehkan aku pergi menunaikan rukun Islam ke 5, insya-ALLAH. Thanks to my back to back for willing to cover me / willing to stay for 60 days during I perform this Haj. 
Inilah muka-muka yg terpaksa beraya di perantauan Sudan pada tahun ini. Aku, Hj. Moh, Abe Jak, our safety officer Mr. Othman dan our mapple Mr. Rizal Pahlavy. Bungkusan hijau itu adalah sumbangan sempena hari raya dari HQ di Khartoum.
Inilah label yg tertempek pada bungkusan hijau tu.
Dan inilah isi kandungan bungkusan hijau tu. Setelah di belek dan di kelebek, tenyata ini bukan produk Malaysia. Semuanya merupakan "kueh pusing kedai" di Khartoum. Ingatkan, ada la serondeng ka, buah hulu ka, sampret ka, kueh bakar ka seperti tahun hak lepas-lepas. Tak pa lah, yg ni pun alhamdulillah dah. Padan la dgn kami hak tinggal 2-3 kerat ni.
Telan je lah hak mana orang bagi. Senyum pun dah setawar kueh hak kat dlm tapaware tu.
Tapi bila Abe Jak bawak keluar ayam bakar & paha kambing bakar, baru la hati ada rasa syok dan ceria sikit. Apatah lagi bagi aku yg tak jumpa nasik selama seminggu berpuasa di Mala dek mat Sudan punya pukulan. Berbuka puasa dgn roti manakala bersahur dgn kurma yg aku bawa dari Malaysia dgn langgah air mineral saja. Nasib baik sempat berpuasa di sini seminggu saja. Kalau lah kena sebulan, mau badan aku susut jadi mcm Hj. Moh tu.

Aku rembat kambing & ayam bakar tu dgn nasik kosong sampai 4 kali tambah. Amboi... memang dendam sungguh.
Celah-celah tu, kami dikunjungi oleh mat-mat Sudan rakan sekerja yg juga turut terpaksa beraya kat site ni. Biasa la, amalan berziarah sambil mengucapkan "Eid Mubarrak, Kullu sannah anta toyyib".

Masa mayang raya kat tgh padang tadi, niat dari awal tu memang nak ambek gambar dan video sekali, tapi bila tengok suasana tak semeriah mcm tahun-tahun hak lepas maka aku pun terueh hilang mood. So, tak da la gambiran masa majlis takbir raya tu.

Begitulah kisahnya nasib si Dendang Perantau !!!

# Nak boh lagu Dendang Perantau pun tak dapek kerana IT dah lama block You Tube. Bengang betoiii ...

Isnin, 27 Jun 2011

Barang Lama



Tunjuk je lah. Tak dak mood nak komen.

Khamis, 23 Jun 2011

Kechik & Cek Nab.

Pada suatu malam selepas balik drp mayang maghrib kat surau, masa nak masuk pintu rumah, ada seko anak kucing pun kalut nak masuk ke dalam rumah sama. Ntah drp mana datangnya aku pun tak tau. Tiada pula didapati pengenalan diri padanya spt. IC ka, my card ka, surat beranak ka & seumpama dgn.nya. So, aku pun tak tau anak kucing ni siapa tuan dia, siapa ibu bapa dia, siapa adik beradik dia, kat mana rumah dia. Aku ingatkan ada kucing sapa-sapa yg tersesat. Tapi sampai ke hari ini, tidak ada sapa-sapa pun yg dtg menuntut atau mengaku tuan dia.
Oleh kerana anak kucing ni tak byk perangai, tak pernah kencing & berak kat dlm rumah, tak byk bunyi, suka bermain & menikus, so aku sekeluarga pun suka la ambek dia menjadi sebahagian drp ahli keluarga kami. Tak pa la, dia nak menumpang rezeki ALLAH taala. Apa salahnya kan !!!
Oleh kerana kucing ni kecik lagi, so kami pun bagi la nama dia "Kechik". Jiran aku ada syorkan, alang-alang nak bela kucing, bela la kucing Parsi. Tapi kucing ni, bukan aku yg cari tapi dia yg datang. Kucing kampung pun tak pa lah. Dah dia pun suka nak dok kat rumah aku, biar pi lah dia dudok.

Skrg ni, kechik dah ada kawan iaitu "Cek Nab". Cek Nab ni adalah hadiah drp ustaz Suhaimi Maahad tahfiz Ulu Langat semasa aku sekeluarga pegi ziarah dia dapat anak kecik baru. Masa tu, umur Cek Nab ni belum pun sampai sebulan. 
Anak-anak aku selalu bawa masuk Cek Nab ni main-main kat dalam rumah. Bila Kechik nampak Cek Nab kat dalam rumah, Kechik pun tumpang nak main sama.
Tapi bila Kechik nak main sama dgn. Cek Nab, kami nak kena monitor lebih la. Takut nanti Kechik buat kasar dgn Cek Nab.
Cek Nab yg ustaz Suhaimi hadiah ni dua beradik. Oleh kerana kecik lagi, ustaz pun tak dapat nak kenal jantan ka betina. Kalau jantan 2-2 atau betina 2-2, nanti nak kena pi beli oasangan dia la pulak.
Aku selalu beli kobis panjang sbb aku suka makan sup sayur. So, sebahagiannya aku makan & sebahagian lagi aku bagi la kat Cek Nab 2 ekor ni.
Alhamdulillah, oleh kerana ALLAH taala bagi kat aku rumah yg ada sedikit halaman, maka aku berpeluang bagi Cek Nab 2 ekor ni lepas bebas bermain. Biasanya aku spend masa pagi 1/2 jam & petang 1/2 jam tunggu monitor Cek Nab ni bermain. Sebagai langkah keselamatan, si Kechik terpaksa aku kurung dalam sangkar dulu sebab Kechik tak makan saman.
Selain drp. Kechik & Cek Nab, sebahagian drp ahli keluarga kami yg lain ialah si ikan ni. Ikan emas merah, ikan emas hitam & ikan bandaraya. Demi keselesaan kehidupan ikan-ikan ni, 3-4 hari sekali terpaksa la spend time lagi utk tukar air akuarium ni. 

Itulah sebahagian drp kisah kehidupan kami & sebahagian drp ahli keluarga kami ini. Member2 aku kata, ini semua hobi org berduit !!! Betul ka aku berduit ??? Semoga masa hampa kata aku "berduit" tu, para malaikat tgh. kata "Amiiiinnnn...". Dengan izin ALLAH s.w.t, jadilah aku seorang yg berduit, sentiasa berduit & terus-terusan berduit.

Sabtu, 11 Jun 2011

Cameron Highland

Kisah kali ini ialah makan angin ke Cameron Highland. Actually dah 2-3 dah aku pi Cameron Highland ni. Yang kerapnya ialah masa on the way balik dari Kelantan ke KL. Bila sampai je kat Gua Musang tu terasa ada feel nak tukar angin lalu ikut Cameron Highland. Mengikut perkiraan GPS aku, lalu ikut CH ni masa perjalanan dia lebih 1 jam berbandingkan lalu ikut Lipis Raub Bentong. Tol pun for sure lebih la jugak sbb dari Tapah ke Duta berbandingkan Karak Gombak.

Untuk ke CH ni ada 4 pilihan jalan iaitu Tapah-CH, Simpang Pulai (Ipoh)-CH, Gua Musang-CH dan Raub (Sg.Koyan)-CH.
Ini adalah sebahagian drp. jalan Gua Musang-CH. Jalan memang cun, lebar & kurang kenderaan. Setakat nak lari 130 Km/j tu, mo manthai. Jarak masa perjalanan +/- 1 jam.
Hak ni adalah sebahagian drp jalan Simpang Pulai (Ipoh) - CH. Jalannya kurang lebar & selekoh agak rapat jika dibandingkan dgn jalan Gua Musang Lojin CH. Keta pun agak banyak. Jarak dari KL-Simpang Pulai-CH +/- 270 Km.
Hak ni pulak sebahagian drp jalan Tapah-CH. Jalannya mcm ular kena palu. Mcm jalan Baling-Kroh yg lama. Nak buleh over take, memang sakit. Kalau terikut kat belakang lori ke, bas ke hatta sesama keta sekalipun, memang bercinta la nak buleh ke memotong. Silap haribulan, bertembung dgn lori sayur. Melainkan kepada mereka-mereka yang rasa amalan dah cukup, hidup kat atas dunia ni pun dah lama, tak dak tanggungjawab kat mak bapak dan anak bini, haa.... boleh la pulun tekan minyak memotong.

Jarak dari KL-Tapah-CH l/k 210 km.


Inilah rupa salah satu drp. ladang strawbery antara main product Cameron Highland. Ada pakej 3 org masuk kutip sendiri utk 1/2 kilo bayar RM20.
Strawbery jenis tanam kat dalam pasu. Kalau nak beli, sepokok / sepasu tu harga dia RM12. Masalahnya, boleh ka strawbery tu berbuah dgn suhu kat rumah kita ? Karang buat habeh duit beli baja saja. Pokoknya gila daun, bebuahnya tidak.
Manakala ladang strawbery yg ni pulak jenis tanam kat dalam polybag.
Tak tau pulak aku berapa jangka hayat pokok strawbery ni. Daun dia sekali tengok mcm daun pegaga.
Umph .... sedapnya strawbery. Kalau nak beli strawbery ni, better beli kat pasar tani di Brinchang. Tak tau la seminggu berapa kali tapi hari Ahad for sure ada.
Inilah sebahagian drp. pemandangan pasar tani kat Brinchang tu. Tepi main road ja.
Land Rover mcm ni adalah pemandangan biasa & banyak didapati  di Cameron Highland ni. Memang powerful agaknya utk. meragas bukit, lembah & jurang kat Cameron Highland ni.
Selection of vagetable. Pilih...pilih... 8 bungkus sepuluh ringget. Buleh campur. Seminggu ni makan sayur ja.
Sarang lebah bela punya. Boleh makan madu dgn. sarangnya sekali utk lebih power. V power.
2 cucuk 1 piring. 1 piring 2 ringget. 3 piring 5 ringget.
3 botol 50 ringget. Talking about madu ni, teringat bini aku pernah request aku bawa balik madu Sudan. Aku pun tanya la dia balik, "ummi nak madu mati ka madu hidup?". Bini aku tanya balik, "madu mati tu mcm mana, madu hidup tu pulak hak mcm mana?". So aku pun dgn bersemangat jawab la, "madu mati tu hak biasanya kat dalam botol tu. Manakala madu hidup, hak makan nasik mcm ummi tu la ...he..he..he....".

Ohhhh ... tidak !!! Katakan "TAK NAK" pada madu !!! Madu 3 P Ramlee.
Pelbagai jenis kaktus. 1 pasu 2 ringget. 6 pasu 10 ringget. Pasu yg kecik tu lah !!!


Pokok tanduk rusa. 1 pasu 18 ringget.
Orkid 1 pasu 45 ringget.
Mana harga dia ??? Tak jumpa harga plak !!!
1 jambak 6 ringget. 2 jambak 10 ringget.
Last visit is ladang teh. Tak sah la kalau datang Cameron Highland tak visit ladang teh, kan !!!
Cameron Bharat tea plantation. Kalau naik dari Tapah, ladang teh ni yg mula-mula kita akan jumpa. Hati-hati kalau nak turun tengok pokok teh dari dekat especially selepas hujan. Dengan keadaan yg curam & tanah yg licin tu, silap hari bulan, boleh tergolek sampai ke bawah lembah sana. Awas ya ... !!!
Aktiviti memungut daun teh. Sorry, gambar ni aku cedok dari internet sbb masa aku melawat ladang teh ni, bukan time pekerja memungut daun teh.

Kesimpulannya, tanah Cameron Highland ni nampaknya memang subur. Hal ini bertepatan dgn. firman ALLAH s.w.t. yg bermaksud :

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka gerimis / embun (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” (QS. Al Baqarah : 265)

Wallahualam.

Rabu, 20 April 2011

Visit Doha - Qatar.

Qatar adalah sebuah negara kecil yg terletak di Teluk Parsi. Keluasan negaranya adalah besar sedikit daripada negeri Kedah iaitu 11.437 km2 berbanding negeri Kedah 9 500 km2. Merujuk kepada peta negara Qatar di bawah, jarak dari Doha di pantai timur ke Dukhan di pantai barat adalah l/k 60 km saja. Dengan kata lain, Qatar ni pusing satu hari pun boleh habis.

Jumlah penduduknya pulak hanyalah sekitar 1.5 juta orang. Matawangnya adalah Qatar Riyal (QAR). 100 QAR bersamaan  l/k RM 82.83. Maknanya, duit kita besar sikit dari duit Riyal dia.
Semenjak penerbangan Emirates ke Sudan mengalami masalah, aku terpaksa beralih ke Qatar Airways. Dah 3-4 trips aku transit kat Doha ni dan keluar bermalam di hotel sekitar Doha provided by airline. Dengan short transit ni, aku tak berkesempatan utk pergi merayau di sekitar Doha. Sebagai seorang yg suka merantau tengok tempat orang, aku rasa aku perlu mengambil kesempatan ini utk mengenali Doha dgn lebih dekat dan lebih jelas lagi. Apatah lagi aku tak bercadang untuk naik Qatar Airways lagi pada coming trips sbb dah boleh naik Emirates balik. Cuma nya seminggu ada 3 hari saja flight Dubai ke Khartoum vice versa.

So, on my way back to Sudan pada trip yg lalu, aku datang awal sikit dan break journey kat Doha 2 hari. Aku depart dari KLIA pkl 10.30 pg. Setelah l/k 7 jam penerbangan, aku selamat mendarat di Doha International Airport pada pkl 12.30 t/hari waktu Qatar. 

Untuk masuk ke negara Qatar ni, kita dikenakan bayaran entry visa sebanyak 100 Riyal. Bayar kat imigresen semasa nak cop passport. Biasanya imigresen tu akan mintak kad kredit. Kes aku hari tu, ntah apa hal, imigresen tu kata kad kredit aku ada masalah, tak boleh nak slot. So, dia suruh aku pegi counter bank kat sebelah tu dan buat tukaran duit dan bayaran disana. Resit bayaran tu bawa dan bagi kat imigresen tu. So far, orait lah ... tak da la banyak masalah. 
Setelah keluar dari airport tu, aku tanya orang kat airport tu, kat mana nak naik teksi. Kebetulan masa tu, tak da teksi yg lalu. Orang tu pun tunjuk la, " tu... kat situ...". Dengan agak terkejut beruk, aku berkata dlm hati aku, "Hah... kat sini ???? Kat tgh panas ni ????" Qatar Airways dok war-war kan sangat kata perkhidmatan dia bertaraf 5 star. 5 star apa, kena tunggu teksi tengah-tengah panas mcm ni. Tahan kira la panas, kalau hujan, tak ke basah lokoeh. Tak pa lah, dugaan !!! Bukan nya Qatar yg pelawa aku pi tempat dia. Tapi aku yg saja gatai nak berjalan pi tengok tempat dia. So, terima saja lah apa seadanya.
Aku naik teksi dari airport ke La Villa Hotel yg telah aku tempah sebulan yg lalu melalui Booking.com di internet dgn harga QAR 215 semalam. Ini lah rupa bilik hotel tu. Hotel nombor 2 termurah yg aku dapat. Kat dlm teksi tadi, aku tanya jugak kat dreba teksi tu, berapa harga hotel paling murah disekitar Doha ni. Dreba tu kata, paling murah sekitar QAR 280. Kata hati aku, 200 lebih ... murah apanya. Kalau kat KL, hotel mcm ni,aku ingat 70 ringget pun buleh dapat. Tapi itulah hakikatnya kat Doha ni.
Ini adalah gambar yg aku ambek dari tingkap bilik hotel di tingkat 7. Walaupun hotel ni agak "hawseaw", tapi lokasi dia memang strategik. Dekat dgn serba serbi jenis souk, serba serbi jenis bank, serba serbi jenis money changer, terminal bas, tempat makan dan just walking distant to Al-Corniche.
Setelah hantar report dan maklumat terkini kepada "Ministry of Housing" aku kat M'sia melalui wifi internet dlm bilik hotel, ptg tu jugak aku go ahead dgn misi aku datang ke Doha - jalan-jalan tengok tempat orang.
Ini adalah sebahagian drp. bangunan yg terdapat di sekitar Souk Waqif. Aku tertarik dgn seni binanya.
Lantainya dilapik dgn kayu bakau dan seperti anyaman buluh kalau tak silap aku. Al-mushkil nya, ada ka paya bakau & hutan buluh kat negara padang pasir ni ??? Ana ma'arif.
Ini nampaknya spt. pasar menjual peralatan menunggang unta dan perkhemahan badwi kat tgh padang pasir. Disebabkan kat rumah aku tak da bela unta, so aku pun tak berminat la nak usya lebih-lebih.
Round-round dulu tengok seni reka bangunan, tengok barang, tengok gelagat orang dan tengok apa-apa yg ada kat sekitar area ni.
Ini adalah salah satu restoran yg ada disekitar Souk Waqif ni.
Ini adalah sebahagian drp. barang2 yg dijual di dalam kawasan Souk Waqif.
Ini pula adalah pemandangan di salah satu sudut di Souk Waqif tu. Saja aku ambek gambar unta ni mengingatkan dalam Surah Al-Ghasyiah ayat 17 - ALLAH berfirman yg maksudnya "Apakah mereka tidak melihat, ibil / unta itu bagaimana ia diciptakan". 

So, marilah kita tgk unta tu, dan pakat sama-sama mencari apakah keistimewaannya sehingga ALLAH menyuruh kita berbuat demikian.  

Day - 2

Program hari ini ialah pergi berjalan agak jauh sikit. Di Doha ni, tempat-tempat menarik dia kebanyakannya terletak disepanjang teluk seperti peta dibawah. Jarak dari hujung teluk sebelah sini ke hujung teluk di sebelah sinun l/k 5 km saja. 
 
Dari hotel, aku menapak ke tepi laut. Photo diatas menunjukkan kedudukan aku di teluk sebelah sini. Manakala bangunan-bangunan tinggi itu terletak di hujung teluk sebelah sinun. Di Doha ni, kawasan itulah yg agak pesat membangun dengan bangunan-bangunan tinggi berbentuk modern. 
Benda alah ni terletak di kawasan kat tengah-tengah teluk tu. Tapi tak tahulah aku samada Qatar ni mempunyai produk pearl ke tidak kerana aku tak nampak pun orang jual mutiara.
Dari dulu lagi aku tertarik untuk melihat bangunan ini dgn lebih dekat kerana aku agak mesti orang panggil dia "mesjid berpusing".
Lalu aku pergi utk melihat dgn lebih dekat. Didindingnya tertere perkataan "FANAR - Qatar Islamic Cultural Center".
Ini lah pemandangan kat ground floor dlm bangunan FANAR ni. Tangga ke 1st. floor tu, terdapat dewan solat. Aku berpeluang solat fardhu berjemaah di sini sekali. Jemaahnya penuh mcm solat Jumaat.
Ini sebahagian drp. ruang galeri kat dlm bangunan tu. Boleh masuk dari pintu depan dan keluar kat pintu belakang dimana terdapatnya banyak souk / kedai / bazaar.
Dari kawasan kat tengah teluk tadi, aku dah rasa malas nak berjalan sebab tak nampak apa-apa yg menarik. Lalu aku pun tunggu bas untuk ke Doha City Center di kawasan bangunan tinggi yg banyak-banyak tadi. Kat dlm City Center ni adanya Carrefour. Tapi Doha City Center ni tidaklah sebesar, se-gah dan semeriah Dubai City Center. Boleh lah ....!!!
Setelah merayau dan beli T-shirt "Doha-Qatar" untuk anak-anak aku kat dalam Carrefour tu, aku naik bas balik ke hotel. Public transport kat Doha ni sama ada bas maupun teksi, satu color tu saja yg dikendali kan oleh syarikat "karwa". Kebanyakkan driver bas nya adalah "pare" - Philipino. Bas ni tak terima cash money.
Untuk menggunakan perkhidmatan bas ni, anda dikehendaki membeli smartcard ini dengan mengisi borang maklumat diri  termasuk nombor passport terlebih dahulu. Kad ini bernilai 30 Riyal dgn jumlah kredit 20 Riyal. Kredit ini boleh / perlu di top-up.
Inilah dia Terminal bas Doha. Macam stesen bas kat Sg. Petani saja. Lepak kat stesen bas ni rasa mcm dok kat stesen bas di Manila la pulak.
Tepat pkl. 3 ptg, sebagaimana yg dijanjikan, aku dikunjungi oleh Mr. Wan Aidi, team member Thar Jath Development Project (TJDP)- Sudan tahun 2005 dulu. Sejak completed TJDP dulu sehingga kini, beliau  berkhidmat dgn Qatar Petroleum (QP) sebagai senior engineer bahagian mende ntah... tak ingat dah aku.

Aku dibawa oleh Wan Aidi berkunjung ke rumahnya kira-kira 15 minit perjalanan dari hotel melalui jalan ke arah Dukhan. Sesampainya aku dirumah beliau, wife beliau dah siap masak nasik. Alhamdulillah, rezeki. Wife beliau juga berkhidmat dgn QP. 

Aku lepak dan bersembang-sembang dgn Wan Aidi sampai pkl 8.30 mlm. Pastu, aku mintak Wan Aidi hantar aku balik. Aku tak boleh lama-lama sebab kat Qatar pkl. 7 lebih dah isyak. Pkl. 4 pagi dah masuk Subuh. Pastu pulak,QP dan kat Qatar umumnya, working hours dia start pukul 6.30 pagi hingga pukul 2.30 ptg. Sbb tu dia dtg jemput aku kat hotel pkl 3 ptg. lepas working hours dia.
Dengan izin Wan Aidi, ada satu perkara aku nak share dgn nko orang iaitu rumah beliau tu disewa dgn kadar 11 000 Riyal / month. Jumlah itu adalah merupakan peruntukan elaun sewa rumah drp. QP. Masya-ALLAH.

So...kalau elaun sewa rumah saja dah 11000 Riyal, agak-agaknya lah, berapa gaji beliau sebulan ??? Pada paparan ini, bukanlah niat aku nak ajak tuan / puan semua bertanding meneka berapa gaji beliau sebulan. Tetapi, aku nak ajak nko orang semua tumpang seronok, bersyukur dan berbangga kerana ALLAH s.w.t. telah memilih beliau utk menerima limpahan rezeki itu. Alhamdulillah ...!!!

Day - 3

Program pagi ini ialah pergi melawat  Museum Islamic Art. Museum ini mula di buka pada pkl 10 pagi dan masuk adalah free.
Pemandangan bahagian hadapan museum.
Lokasi museum ini adalah dikawasan teluk Al-Corniche tu dan menganjur ke laut.
Pemandangan ruang legar didalam bangunan museum.
Pemandangan ruang legar dari 2nd. floor.
Berikut adalah sebahagian drp. manuskrip, artifak dan mende-mende yg dipamerkan di museum ini.


Setelah selesai melawat museum, aku berjalan kaki menyusuri Al -Corniche ni ke satu tempat yg pernah aku kunjungi pada tahun 2005 dulu iaitu tempat nelayan mendarat dan menjual ikan segar.
Aku suka tengok ikan yg masih hidup dan melompat disini. Kebanyakan nelayan disini adalah orang India & Bangla. Manakala pembeli nya pulak kebanyakannya adalah dari kalangan orang-orang asia. Orang Arab kurang makan ikan, depa makan dagin.
Dari sini, aku balik ke hotel. Aku check out pkl. 12 t/hari. Ambek teksi terus ke airport lepak kat lounge. Pkl 4 ptg. aku terbang ke Khartoum utk menyelesaikan tugasan selama 30 hari sebelum boleh kembali ke Malaysia semula untuk bercuti selama 30 hari pulak. Begitulah kitaran hidup aku.
Kesimpulan drp. travel trip aku ke Qatar kali ini ialah Qatar bukanlah pilihan yg sesuai untuk melancong. Tak dak apa yg menarik. Qatar adalah merupakan lombong emas kepada mereka yg. berpeluang untuk mencari rezeki di sini. Namun untuk mendapat peluang, bukanlah mudah. Itu belum dikira permainan politik drp. mereka-mereka yg dah lama bertapak disini seperti dari negara India.

Apa-apa hal pun, ini semua ALLAH taala punya reja. Jangan mencari keredhaan manusia dengan mengenepikan keredhaan ALLAH taala. Hidup ni bukannya nak tongkat langit. Semoga kita semua terdiri dari kalangan orang-orang yg terpelihara, insya-ALLAH.