Tengok lah tu !!! Aku & the team plan asalnya nak buat monthly preventive maintenance kat compact sub station tu. Tapi bila kami sampai kat situ, tengok geng2 tu baguih punya dok melepak kat bawah compact sub station tu.
Aku suruh Khalid sound depa kata jangan duduk lepak kat bawah compact sub station tu, bahaya. 33 kV punya incomer tu !!!.
Khalid hak cakap arab pun depa tak paham. Lagi la aku yg cakap melayu ni. Takkan la aku ni pulak yg nak kena belajar bahasa pengembala lembu ni. Setakat "malfandu", "malmagua", "malmadid" & "yabakamal" - hak tu je lah bahasa depa ni yg aku tau.Ini adalah penempatan sementara kaum pengembala lembu ni. Hidup mereka adalah berpindah randah membawa lembu-lembu mereka. Siang, depa keluar bawa lembu depa bagi makan. Malam, semua lembu & tuannya berhimpun disini. Yang selungguk itu adalah taik lembu yg dikumpulkan utk dibakar sebagai penghalau nyamuk & lalat.
Dok Sudan 5 taun, bahasa syurga pun tak usaha sungguh2 nak belajar, inikan pula bahasa cowboy ni.
Tapi .... kalau tak belajar bahasa depa, mcm mana nak menyampaikan risalah Islam yg syumul ni kat depa.
Kemanakah hala tuju masa depan depa ni? Tanggungjawab siapakah utk menyampaikan risalah dakwah kat golongan seperti ini? Adakah aku antara yg akan dipersalahkan ???
Rabu, 24 Februari 2010
Isnin, 15 Februari 2010
Musim Panas & Musim Hujan di Mala
Sekarang kat Mala Field, tengah musim panas lagi. Purata suhu hari-hari 43 darjah C.
Berikut adalah beberapa paparan view ketika musim panas sekarang ni dengan view ketika musim hujan sebelum aku balik Mesia hujung bulan Oct. tahun lepas. Jalan ke Mala North musim panas sekarang ni.
Tempat yang sama, jalan ke Mala North musim hujan dulu.
View sekitar kawasan camp musim panas sekarang ni view sekitar kawasan camp di musim hujan dulu.
Bila la hujan nak turun ni ???? Aku rindukan musim hujan yang membawa kepada persekitaran yang hijau. Hidup hijau !!!! Aku adalah ahli "hijau" seumur hidup.
Rabu, 10 Februari 2010
Bil Api Prepaid
Oleh kerana dah lama aku tak update blog ni, utk posting kali ni, ringkas saja sebab sebok, byk reja nak buat.
As per tajuk, untuk pengetahuan tuan puan semua, kat Khartoum ni, pengguanaan tenaga elektrik dia kena bayar melalui "prepaid" macam kita beli prepaid untuk hand phone kita tu. Depa tak pakai bil macam yang diamalkan oleh TNB kat Mesia.
Inilah meter api yg ada kat Khartoum ni. Kalau lupa top up kredit, alamatnya bergelap la hampa.
As per tajuk, untuk pengetahuan tuan puan semua, kat Khartoum ni, pengguanaan tenaga elektrik dia kena bayar melalui "prepaid" macam kita beli prepaid untuk hand phone kita tu. Depa tak pakai bil macam yang diamalkan oleh TNB kat Mesia.
Inilah meter api yg ada kat Khartoum ni. Kalau lupa top up kredit, alamatnya bergelap la hampa.
Baguihnya system prepaid ni, pihak pembekal elektrik akan dapat "cash flow" dulu. Juga berita baik kepada orang yg bagi sewa rumah pasai tak dak la kes penyewa blah tinggai hutang api yg at the end tuan rumah nak kena bayag. Begitu juga dgn. "meter reader", tak la kes nak kena salak atau kena ligan dgn. anjin pasai pi dok teropong depan pagar rumah cha ya nun alep.
Langgan:
Catatan (Atom)