Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Rabu, 17 Jun 2009

Left Hand Drive.

Sudan adalah salah sebuah negara yang mengamalkan "Left Hand Drive".

Mula-mula bawa kereta stereng sebelah kiri ni, memang agak kekok. Sehinggakan pada satu ketika dulu, member-member kat dalam kereta, ketawa keras perut sebab aku bawa kereta pusing round about terbalik. Nasib baik pada masa tu tak dak kereta lain & tak da polis trafik.

Tapi bila dah hari-hari drive keta stereng kiri ni, day one balik Malaysia, mak andeh aku pulak ketawakan aku sebab drive lorong bertentangan.

Tapi, aku notice, left hand drive ni ada jugak kelebihannya. Antaranya ialah :
  1. Selesa masuk gear sebab pakai tangan kanan yang lebih kuat.
  2. Selesa nak menguyah sebab ambil makanan pakai tangan kanan.

Memang tabiat aku, kalau bawa keta terutamanya long distance, aku biasa sediakan makanan untuk aku mengunyah nak bagi hilang mengantuk. Maklumlah, aku ni jenis yang tak merokok.

Susah la nak ambek makanan & makan dengan tangan kiri. Tak selesa laaa... !!!

Lagi pun Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan itu makan dan minumnya dengan tangan kiri"

Haaa.... dengar tu !!! So, lepas ni sape-sape yang makan atau minum pakai tangan kiri, ikut setan la tu !!!!!

Jumaat, 12 Jun 2009

Pakailah Tudung Labuh.

Tertegaknya Islam itu atas 5 perkara @ rukun Islam ;
  1. Syahadah - Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disempah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.
  2. Mendirikan sembahyang.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  5. Mengerjakan Haji ke Baitullah.

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

  1. Beriman kepada ALLAH SWT
  2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
  3. Beriman kepada Kitab-kitab (Al-Quran = Kalam ALLAH).
  4. Beriman kepada Rasul-rasul
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Adakah "anda" termasuk didalam golongan orang yang beriman kepada Kalam ALLAH atau golongan yang berani mencabar perintah-Nya ???

(Rujuk firman ALLAH dalam paparan diatas)

Selasa, 2 Jun 2009

Kenapa - 3799 ?

Kenapa 3799 ? Apakah rahsia & keistimewaannya 3799 itu?

Pada aku, antaranya ialah :
- 3 -

- Telah bersabda nabi Muhammad s.a.w. yg. maksudnya: "Apabila seseorang anak Adam itu mati, maka putuslah segala amal perbuatannya kecuali 3 perkara ;

  1. Sedekah jariah.
  2. Anak yg. soleh yg. sentiasa mendoakannya.
  3. Ilmu yg. bermanfaat / diambil manfaatnya.

- Sunat mengulangi perbuatan ketika berwudhuk sebanyak "3" kali.

- Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai "tiga" kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) "tiga" kali dan mengucapkan salam.”

- Wasiat nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a. :

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tandanya:

  1. Jujur dalam berkata-kata.
  2. Menjauhi segala yang haram.
  3. Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tandanya:

  1. Merahsiakan ibadahnya.
  2. Merahsiakan sedekahnya.
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada 3 tandanya:

  1. Takut berlaku dusta & keji.
  2. Menjauhi kejahatan.
  3. Memohon yang halal kerana takut jatuh kepada yang haram.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:

  1. Mengawasi dirinya.
  2. Menghisab dirinya.
  3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
- Dalam Al-Quran, ALLAH s.w.t. berfirman yang maksudnya : "Dan mereka tinggal didalam gua selama "tiga" ratus tahun dan ditambah sembilan tahun". (Al-Kahf-25)
- 7 -

- 7 anggota sujud = 2 belah kaki, 2 belah lutut, 2 belah tapak tangan & 1 juzuk dahi.
2+2+2+1 = 7.

- Dan sungguh, Kami telah memberikan kepada mu "tujuh" ayat (Al-Fatihah) yg dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yg agung. (Al-Hijr - 87).

- ALLAH menciptakan segala apa yg ada dibumi untuk mu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi "tujuh" langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Baqarah – 29)

- Langit yg "tujuh", bumi dan semuanya yg ada didlmnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dgn. Memuji-nya. Tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun. (Al-Isra’ – 44)

- Perumpamaan orang yg membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yg mengeluarkan "tujuh" tangkai. Tiap2 tangkai itu pula mengeluarkan seratus biji. Begitulah Allah melipat gandakan ganjaran bagi sesiapa yg dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Kurniaanya lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah – 261)

- “Yusuf,wahai orang dipercayai. Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi) tentang "tujuh" ekor lembu betina yg. gemuk dimakan oleh "tujuh" ekor lembu betina yg. Kurus. "Tujuh" tangkai gandum yg. hijau dan "tujuh" tangkai lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu agar mereka mengetahui. (Yusuf – 46)

Dia (Yusuf) berkata,” Agar kamu bercocok tanam selama "tujuh" tahun berturut-turut sebagaimana biasa, kemudian apa yg. Kamu tuai hendaklah kamu biarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan (Yusuf – 47).

Kemudian setelah itu akan datang "tujuh" tahun yang sangat sukar, yg, menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sukar itu) kecuali sedikit drp gandum yg kamu simpan (Yusuf- 48)

- Dan seandainya pohon-pohon dibumi dijadikan pena dan air lautan menjadi tinta, ditambah kepadanya "tujuh" lautan lagi sekalipun setelah keringnya, nescaya tidak akan habisnya ditulis kalimat-kalimat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (Luqman-27).

- 7 pusingan Kaabah dalam ibadah tawaf, dan 7 pusingan antara Safa dan Marwah dalam ibadah Saie.
- 99 -






- Dan Allah memiliki Asma ul Husna (nama-nama yg terbaik),maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma ul Husna itu dan tinggalkanlah orang2 yg menyalahertikan nama2-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yg mereka kerjakan. (Al – A’raf 180).

- Katakanlah (Muhammad),”Serukanlah Allah atau serulah Ar- Rahman. Dengan nama yg mana saja kamu dapat menyeru kerana Dia mempunyai nama2 yg terbaik (Asma ul Husna) dan janganlah engkau menguatkan suaramu didalam salat dan jaganlah pula merendahkannya dan usahakanlah jalan tengah diantara keduanya. (Al-Kahf – 110).

Dalam bahasa Arab, number 1 ialah -١, manakala number 8 ialah ٨ . Ditapak tangan setiap dari kita, terdapat number ٨١ (81) disebelah kiri dan number ١٨ (18) disebelah kanan. Ini bermakna 81 + 18 = 99. Oleh yang demikian, setidak-tidaknya, berasa “malu” lah sekiranya kita hendak menggunakan tangan kita untuk melakukan perkara-perkara maksiat & mungkar kerana disitu adanya “Asma ul-Husna”


- Dan sungguh, kami telah memberikan kepada Musa, "sembilan" mukjizat yg nyata maka tanyakanlah kepada Bani Israil ketika Musa datang kepada mereka lalu Firaun berkata kepadanya, ; “Wahai Musa! Sesungguhnya aku benar2 menduga engkau terkena sihir”. (Al-Isra – 101).

- Dan masukkanlah tanganmu keleher bajumu, nescaya ia akan keluar menjadi putih bersinar tanpa cacat. (Kedua mukjizat ini) termasuk drp. "sembilan" macam mukjizat yg di kemukakan kepada Firaun dan kaumnya. Mereka benar-benar orang yg fasik (Al-Naml -12)
Itulah diantaranya tujuan aku memilih number ini. Semoga setiap kali terpandangnya kereta aku, ianya akan memperingatkan aku tentang perkara-perkara yg. tersebut.

Semoga ALLAH s.w.t. memberi keberkatan, keberkahan, perlindungan & keselamatan kepada aku selaku pemilik kereta & keluarga aku selaku penumpangnya. Insya-ALLAH.

Amin ya Robbb... !!!