Sebagaimana dunia sedia maklum pada 9hb. Julai 2011 yg lalu, peta dunia telah berubah dgn kemunculan negara baru iaitu Republic of South Sudan (RoSS). Ini bermakna negara Sudan telah terbahagi kepada dua dan semakin mengecil.
Sebagai sebuah negara baru, banyaklah perkara-perkara baru yg perlu diperkenalkan. Diantaranya ialah lesen memandu. Paparan dibawah ialah lesen memandu aku yg baru.
Cuba tuan-tuan / puan-puan tengok dekat ruangan "Nationality" tu. Bila masa lah pulak aku jadi warganegara negara Sudan Selatan ni ??? Dekat ruangan "Address" tu pulak, bila masa la pulak aku beli rumah kat Bentiu tu. Adoiiiii .... Sudannn ... sudannn !!! Lantak nko lah. Janji aku drive ada lesen.
Harap lepas ni, jangan nko bagi aku I/C suruh jadi pengundi hantu, dah leee ... !!!
Hak ni lesen under Sudan Selatan jugak yg aku dapat awal tahun ari tu. Tapi sekarang ni dah tak valid. Mungkin sebab : 1 - Lesen tu dalam tulisan Arab. 2 - Gambar bendera RoSS tak dak kat situ.Nak dapatkan lesen ni dulu dah kena bayar berapa dah. Nak dapat lesen hak baru pulak, kena bayar lagi. Berapa kali mau bayar daaa ... Walau pun semua tu duit company tapi kesian la jugak kat company, kan !!!
Begitu lah nasib kita di tempat orang.