Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 19 Februari 2011

Emirates Business Class

Pada entri kali ini, ingin aku berkongsi sedikit cerita, maklumat dan pengalaman tentang kapal terbang Emirates yang menjadi pilihan utama aku berulang alik ke Sudan since 2005. Sebenarnya masih banyak maklumat dan gambar-gambar berkaitan yang ingin aku masukkan dalam tajuk ni tapi ... tak sempat nak tangkap habis lagi, dah tak boleh naik Emirates lagi. Sebabnya .... sepertimana  yg telah aku terangkan pada entri yg lalu dalam tajuk "Balik dengan Qatar Airways"
 Dalam Emirates lounge kat KLIA. Sambil menunggu satay yg sedang dipanaskan, makan la roti dulu. Hantu roti kan ....!!! Kalau kat Emirates lounge di Dubai, lagi la best. Macam-macam makanan ada. Tinggal larat dgn tak larat & malu dgn tak malu nak makan ja !!! Bukan nak kena bayar, hantam saja lah.

Sorry la, aku tak dak simpan pulak gambar Emirates lounge kat Dubai tu sbb. malu nak tangkap gambar. Biasa la, sorang-sorang ni dia segan la sikit. Kalau masuk lounge ramai-ramai, baru la buleh buat "cempera". Tunggulah, kot-kot someday Emirates invite aku & bagi special pass utk aku buat liputan, then baru la tak malu. 
 
Sebagai kenang-kenangan, letak lah gambar kawan-kawan Sarawakian aku dari team SKO. Sulaiman - end of this year, baru habis kot. Hanchau & Satar, dah back to SKO.
Hak ni, first class cabin. Dalam flight Boeing 777-300 ni, hanya ada 12 seates saja drp. 500 pessengers. Sebagai skyward members yg dah achieved GOLD level, sekali sekala dapatlah peluang di upgrade kan drp. Business Class ke First Class ni. Biasanya bila peak season, orang ramai, so... airline tolak kita ke First Class seat yg jarang-jarang orang beli dan jual pulak Business Class seat kita tu ke pessenger lain. Win-win situation la !!!
Ni haaa .... pemandangan First Class cabin. Kalau nak ambek gambar, kena ambek awai-awai sebelum pessengers masuk penuh. Kalau tidak, berselerak & bersepah habis dgn plastik selimut, news papers dan mcm.-mcm lagi yg mencemarkan pemandangan. Nak ambek gambar ni, kena buat muka tak malu & slumber sikit la. Slumber je ... peduli apa dgn pessengers lain, depa bukannya org. kampung aku, depa bukan nya kenai aku pun !!!!
First class & Business class seat nak operate, kena pakai menatang ni - nak bagi seat melunjur ka, melentang ka (meniarap tak leh la ..) Nak tengok movie ka, main games ka, tukar channel ka, nak massage ka ... kerusi tu la massage bagi kat hampa. Jangan ingat hang tekan butang massage tu, pramugari mai massage bagi kat hampa pulak. Hampa bayag tambang sekali ganda lagi pun tak dapat !!!
Pada screen aku, aku lebih suka select channel "Air Show". Channel ni dia akan tunjukkan current flight location, berapa jam lagi nak sampai, berapa speed dia diselang seli dgn. berita-berita dunia semasa dan info-info mengenai Emirates. 
Tengok berapa flight ni lari .... Laju no !!! Dekat 1000 km/j. Itu belum habis gear lagi tu. Belum top speed lagi tu.Tu pun, nak buleh ke sampai, cemuih tak tau nak habag. Apatah lagi ditambah dgn "panggilan pulau" yg tgh kuat. (Aku pun tak tau apa yg dimaksudkan dgn "panggilan pulau" tu. Budak-budak ni sebut, aku pun tumpang sebut je lah !!!) 
 Bab ni, buleh puji. Bila masuk waktu mayang, makluman ini akan dipaparkan. Azan tak dak la ... macam TV3 la jugak, mana ada azan. 
 Pastu, kat screen tu dia akan tunjuk arah kiblat. Simple je, kalau dari Dubai ke KL, arah kiblat dia mengadap ekor flight. Manakala dari KL ke Dubai, arah kiblat dia mengadap kepala flight. Pi la wuduk, ambek hak wajib dah la. Basuh muka, tangan, kepala & kaki. Pastu, ambek selimut kita tu pegi ke ruang pintu flight, mayang la kat situ. Semua anak kapal dah paham, dia org akan beri tempat & ruang. Lepas mayang, mintak selimut baru kat pramugari tu. Mau ngan tak mau ja.

Atleast, disamping kewajipan, dgn mayang beberapa org. penumpang ni semoga terhindar bala ALLAH s.w.t kepada satu flight punya penumpang. Maklumlah, benda terebang tinggi kat atas awan, the potential to happen  is very high also, right ???. 
 Dah selesai semua, now is titon time la ... Emirates punya flat bed ni, I notice memang more flat than others airline. Sebelum nko make the seat flat, pramugari akan datang bentangkan thin white mattres. Lembek putih la kalau bahasa village aku.

Itulah sedikit sebanyak cerita tentang Emirates yg dapat aku share ngan nko rang. Sepertimana yg aku katakan tadi, sebenarnya banyak lagi benda yg aku nak ceritakan, tapi gambaunye tak de, tak masyuk la kan !!! Nanti lah, kalau ada chance naik Emirates balik, aku akan ambek gambar hidangan "roaster duck" dia, busket bread + muffin dia, noodle dia, kek with coklat sos dia & mcm.2 lagi lah !!!!

Gambar pramugari Emirates - tak yah ambek la !!! Bukan nya pramugari tu tak comei, tak baik & tak elok. Tapi perbuatan ambek & boh gambar depa tu yg tak comei, tak baik & tak elok nyeeee .... Kalau bini aku baca ayat ni, dia mesti kata : "Tau tak pa .... "

Orait, itu saja.

Rabu, 9 Februari 2011

The Beauty of Mathematics !

The Beauty of Mathematics !


1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321
 
Betoi ka ni ????  Nak tau betoi ke dak, hampa kira la sendiri !!!!

Rabu, 2 Februari 2011

Balik dgn Qatar Airways

        Balik cuti kali ni agak rushing sikit. Plan asalnya aku nak stay satu hari kat Khartoum sebab nak pegi opis utk clearkan a few item. Unfortunately, the day aku suppose to keluar dari site, flight kena grounded due to maintenance matters.

        Dah la kena delay satu hari keluar dari site, hari keluar tu pulak time delay lagi due to flight yg dah touch down kat site fly pegi Juba pulak ambek operator. Then came back about 2 p.m. Al-hasil, sampai Khartoum dah pukul 5 ptg. Tak sempat dah nak pegi lepak kat hotel transit.  

      Lepak lah 5 orang kami kat Khartoum domestic arrival hall ni sambil menunggu sadiga Abdul Malek tu hantar pasport & air ticket. Masa ambek gambar ni pun, kena sound pulak dgn airport security. Katanya kawasan airport ni tak dibenarkan ambek gambar. Amende le Sudan ni !!! Boring je kita orang dengar. Public area macam ni pun jadi kawasan larangan bergambar gak ke ...
          Pkl. 9 mlm. baru terbang dari Khartoum ke Doha. Pkl 12.15 mlm sampai kat Doha. Actually, aku dah bertahun dah tak naik Qatar Airways ni. My prefer airline is Emirates. Tapi kali ni terpaksa sbb booking kita org. dgn Emirates kena cancelled at last minute sbb Emirates tak nak berurusniaga dgn Sudan unless kita beli tiket tu pakai kredit kad yg bank nya out of Sudan. Kalau you beli tiket dia pakai USD atau Euro sekali pun they still wont accept because katanya they cannot transfer their asset to out of Sudan. 

             Tak tau lah kalau lepas ni, Qatar and others airline pun follow / take the same action gak then mampoih la !!! Silap-silap hari bulan, kena landing kat Jeddah then naik feri menyeberang Laut Merah ke Port Sudan. Pastu baru ambek domestic flight ke Khartoum. Mintak-mintak jangan la ... Letih ooooo travelling lama-lama mcm ni. Tak dan sampai kat tempat keja lagi, dah lembek dah.
           OK, back to our story, oleh kerana connecting flight Doha - KL esok pagi baru ada, maka airline provide la hotel. Not bad, aku tgk rate dia +/- RM 1150 jugak semalam. Alhamdulillah, ALLAH taala nak bagi merasa tido kat hotel mahal, terima je lah. Kalau sendiri bayar, sorry naik lori la. Banyak lagi benda lain nak pakai duit. Kalau badan dah letih & mata dah mengantuk sangat, hotel tak dak bintang pun boleh tido nyenyak. Tapi kalau dah dibagi pilihan, why not.
 Besok pagi, bersarapan dulu kat hotel. Member lain dah belah dah sbb dia orang nak lepak lama kat Business lounge.
 Various of roti. My favourite sampai bini aku cakap tengok muka aku pun dah macam roti. Ada ke patut. Tak pa lah, asalkan jangan macam roti benggali dah la !!! 
 Pemandangan dalaman hotel ni dari fifth floor.
            Qatar airways buah ni satu aku suka. Dia transfer business class passenger dia kalau tak pakai BMW 7 series, dia pakai keta hitam macam kat dlm gambo tu. Jadi lah kan !!! Nak beli sendiri tak mampu, merasa jadi tuan dok melentang kat kosyen belakang 10-15 minit travelling dari hotel ke airport, cukup la.
             Salah satu sudut pemandangan dlm Qatariah business class lounge. Pada aku, aku lebih suka Emirates punya lounge sbb lebih luas & lebih banyak pilihan makanan. 
 
           Satu lagi boleh bagi bintang kat Qatariah ni, dia punya business class & first class passenger dia totally separate terminal drp. economy class passenger. Kat sini, turun je dari lounge, terus boading. Boarding tu pulak, jalan 7-8 langkah, terus naik transfer bus yg telah sedia menunggu. So, tak la serabut sgt. dgn ramai passenger mcm kat Dubai airport sampai kan suasana macam pasar borong. 
 Yang tak bagoih nya Qatariah ni, flight dia semua parking kat luar. Airport dia memang tak dak aero bridge. Semua penumpang tak kira apa class pun dia transfer pakai bas. Jenuh round. Rasa mcm naik BBAS (Bas Bandaran Alor Setar) masa zaman aku sekolah dulu la !!!

Note : Oleh kerana BBAS ni round merata lorong, instead of nama dia bas bandaran, kami panggil dia dgn nama "Bas Bandaround". Bayar tiket 2 kupang, dia bawa round sampai nak muntah.
            Kalau dah airport tak dak aero bridge, flight parking merata & transfer passenger pakai bas, apa lagi - tak kira hang economy class ka, hang business class ka, hang first class ka, hampa merangkak la panjat tangga naik masuk ke dalam perut kapai terebang tu. Tak hujan tak pa !!!

                2 org member kat sebelah tu tgh sengeh-sengeh pramugari ambek gambar dia orang. Aku tak boleh la ambek gambar dgn pramugari, kang saja ja kena pulas telinga dgn pramugari kat rumah nanti. Macam ni la kalau dah balik sekali ramai-ramai. Masing-masing panjang akai. Jangan sampai passenger lain kata "perak, macam jakun", dah le !!!
               Business class ni makan memang boleh mintak sokmo. Reja makan sampai sebu perut. Dalam banyak2 makanan tu, aku suka yg simple saja - buah, roti bakar & green tea.
 
             Nasik lemak dia pun, orait jugak la. Ada sambal udang 3 ekog, telog mata kerebau sebijik, timun dua ulas & sayur kacang panjang. Masuk ke kacang panjang dgn nasik lemak??? Mushkil ni !!!
                   7 jam dalam flight, nak buat apa ??? Makan tak larat nak makan dah. Org yg suka tgk movie boleh layan movie. Org suka main games, boleh layan games. Audio mengaji dari qari yg sedap-sedap pun ada la jugak. Bagoih la kalau boleh dgr mengaji. Apatah lagi dok kat atas awan tinggi-tinggi mcm ni, sendiri mau ingat la ... kan !!!  At the end, perebah kosyen melentang layan tidog je lah.
                  Tengok tu... sarjan Azhar, syoknye tidog. Siap bergolek macam tidog kat atas katel di rumah dia saja dibuatnye. Brother Ramle pulak, rileks and cool je. Ntah amende yg dilayannye tu...

Masa penerbangan, simple je. Kalau terbang dari Doha pkl 9 pagi, sampai KLIA pkl 9 mlm. Mcm tu lah jugak kalau terbang dari Doha pukul 9 mlm. anda akan touch down KLIA pkl 9 pagi. Tapi kalau terbang dari KLIA pukul 9 mlm, anda akan sampai di Doha pkl 11.30 mlm. Atau kalau terebang dari KLIA pkl 3.45pg. anda akan sampai kat Doha pkl. 6 pg. Haaaa... kira mcm mana tu ??? (Masa yg tertera adalah mengikut local time di negara tersebut).

That all story aku pada kali ini. Dikesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada company tempat aku bekerja kerana entitlement business class for every month come and go disamping ... yaahhh... good salary. Cukup untuk sara anak bini dan keperluan juga kewajipan yg lain.
And... the most important things, Alhamdulillah, bersyukur saaangat aku kehadrat ALLAH s.w.t. kerana telah memilih aku untuk menikmati kesemua nikmat dunia ini. Sesungguhnya, aku bukanlah orang yg selayaknya. Tetapi oleh kerana dengan rahmat & kasih sayang Mu, memilih aku, maka aku terima dgn akur. Dan.... jadikan aku hamba yg sentiasa mensyukuri diatas nikmat pemberian Mu. Amin !!!
Sekian. Salam sayang dari aku yg jauh. Sejauh nama yg mak ngan abah aku bagi - JAUHARI.