Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Selasa, 31 Ogos 2010

Ramadhan di Sudan lagi

Ramadhan datang lagi. Ramadan kali ni masih kena di Sudan lagi. Begitulah nasib si perantau. Tapi tak pa, alhamdulillah, awal Ramadhan hari tu aku dah dapat bersama family beberapa hari dan hari raya nanti  pun insyaALLAH, aku akan dapat balik beraya bersama family lagi. Trip kali ini aku hanya naik 18 hari saja sebab my back to back willing to cover. Cumanya next trip nanti, aku kena stay lama sikit la, cover balik hari  yang kurang pada trip ni.

Bagi kami yg datang ke Sudan di bulan puasa terbahagi kepada 2 iaitu kena puasa mcm biasa atau kena puasa lama.
Puasa mcm biasa ialah kalau naik flight dari KLIA pukul 2 pagi, sampai Dubai belum lagi masuk waktu subuh. Maknanya masih sempat lagi untuk bersahur di Dubai. Then puasa l/k 13 jam mcm biasa kita kat Mesia.

Tapi kalau naik flight dari KLIA pukul 10.30 pagi, haaaa.... pasang !!! Kami sampai kat Dubai, baru masuk waktu zohor, hampa kat Mesia dah dekat nak berbuka puasa dah. Hampa kat Mesia dah nak tidur pkl 12 mlm, kami baru sampai kat Khartoum pkl 7 mlm. Tak berbuka puasa lagi. Kira pi kira mai, 18 jam puasa.

Apa tidaknya, hala mai kita tinggai matahari kat belakang. Hala balik Mesia tak pa la, kita lawan matahari.

Di Mala Oil Field ni, cuma ada 3 orang Melayu saja  berbandingkan di Thar Jath Oil Field yg jaraknya 35 km dari sini. Di TJ, suasana lebih meriah kerana masih ramai lagi orang Malaysia disana. Di Mala ni, tinggallah aku, Ghafar dari Kuala Trengganu dan Sulaiman dari Miri berbuka puasa bersama-sama.


Mereka ini adalah sebahagian dari rakan-rakan kami, Sudanese yang senasib kena menyambut Ramadhan disite.

Normally, juadah iftar kami bolehlah dibahagikan kepada 3 katagori iaitu:
Katagori pertama - Hari-hari.
Hari-hari kacang kuda dengan tamar keras yg direndam

 Roti - Sudanese kalau tak kena roti macam Melayu tak kena nasik la.

Katagori kedua : Kadang-kadang.



Hak ni nama dia - "Dama'a". Lempeng yg diletakkan kat atas dia kari samaada ayam, kambing atau lembu. Ghafar tak makan ni sebab dia kata kembang pipi.
Katagori yang ke-tiga : Jarang-jarang



Itulah sebahagian drp. juadah iftar kami. Walaupun kami tak dapat merasa nikmatnya berbuka puasa dengan murtabak, karipap, buah melaka, cendol, soya, cincau dan sebangsa dengannya. Namun, alhamdulillah kerana ianya tentu lebih baik drp mereka-mereka yg. berada di pendalaman Ethopia dan Somalia.                 



Firman ALLAH s.w.t. yang maksudnya ; "Barang siapa besyukur diatas nikmat kurniaan-Ku, maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepadanya. Tetapi barang siapa kufur, ingatlah, sesungguhnya azab-Ku amat pedih" - Ibrahim-7.

Semoga kita sentiasa tergolong dan menggolongkan diri kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.Amin !!!!