Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 25 April 2009

Umrah Transit - Hari Pertama (Rabu, 15 April 09)

Tanggal 15 hb. April 2009, jam 3.20 ptg. dengan penerbangan MAS MH 150, aku telah bertolak dari KLIA ke Jeddah. Penerbangan mengambil masa hampir 9 jam. Juruterbang membuat pengumuman sebelum flight melintasi kawasan miqat untuk para jemaah umrah bersedia untuk berniat ihram.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 7.30 mlm waktu tempatan. Oleh kerana group aku di KLIA tadi terbang dgn. Saudi Air, mereka tiba terlebih dahulu dan langsung dibawa ke Mekah dgn. sebuah bas. Lagi pula, semua pesawat Saudi Air mendarat diterminalnya sendiri. Manakala semua airline lain, mendarat di terminal lain. Setelah semua urusan dilapangan terbang selesai, aku dibawa oleh wakil Andalusia ke Mekah dgn. teksi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Aku tiba di kota Makkah pada pukul 10.30 mlm. Check in hotel & simpan barang.

(Baca ikut Melayu, jangan baca ikut Omputeh)

Inilah hotel yg. mengandungi 143 bilik disewa penuh oleh Andalusia tanpa sharing dgn jemaah dari syarikat lain maupun negara lain.

Dewan makan Andalusia di level SR hotel tersebut.

Setelah jemaah berkumpul di lobi hotel, terus dibawa oleh mutawif memasuki Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah umrah.
Aktiviti pertama ialah tawaf

Syarat-syarat sah tawaf:
1 - Suci drp. hadas kecil & besar (yakni ada wudhuk).
2 - Suci drp. najis, sama ada pada pakaian, badan dan tempat tawaf atau tidak menanggung najis seperti mendukung kanak-kanak lelaki yg. belum berkhatan.
3 - Menutup aurat spt. dlm sembahyang.
4 - Memulakan tawaf dari sudut al Hajarul Aswad.
5 - Sewaktu tawaf, hendaklah sentiasa menjadikan kaabah di sebalah kiri. Jika bahu terpesong maka pusingan itu terbatal. Jemaah hendaklah mengulangi pusingan itu sahaja dari tempat terbatal.
6 - Tawaf itu hendaklah sebanyak 7 pusingan dgn. sempurna & yakin. Jika ragu-ragu, tambahlah hingga cukup.
7 - Tawaf dilakukan didalam masjid dgn. niat ibadah. Tidak sah tawaf dgn. niat mencari kawan atau sebagainya (berubah niat).
8 - Tidak menyentuh mana-mana bahagian kaabah.

Antara perkara sunat dalam tawaf ialah ber-ittibak. Iaitu menjadikan tengah kain selendang ihram di bawah ketiak kanan & kedua-dua hujungnya diatas bahu kiri. Biarkan bahu kanan terbuka (bagi lelaki).

Bagi mereka yg tidak menghafal doa-doanya, tidak menjadi masalah & tidak menjejaskan ibadah umrah. Anda juga boleh mengikut doa yg dibaca oleh mutawif. Aktiviti tawaf ini mengambil masa hampir sejam bergantung kepada ramai tidaknya orang.

Setelah selesai 7 pusingan tawaf, anda akan menunaikan solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim. Jaraknya l/k 10 meter dari maqam Ibrahim, bukannya betul-betul di belakang maqam kerana disitu, orang ramai bertawaf.

Setelah itu, anda akan menuju ke Safa yg. terletak didalam kompleks Masjidil Haram itu juga untuk mengerjakan rukun umrah yg. ketiga iaitu Saie.
Syarat-syarat Saie ada 6 perkara iaitu:
1 - Hendaklah dilakukan selepas selesainya tawaf dgn. sempurna.
2 - Hendaklah bermula dari Safa ke Marwah (dikira sbg. pusingan pertama) kemudian berpatah balik dari Marwah ke Safa (dikira sbg. pusingan yg kedua). Dan seterusnya.
3 - Hendaklah sampai di tempat tinggi di Safa dan Marwah.
4 - 7 pusingan dgn sempurna. (4 kali dari Safa ke Marwah & 3 kali dari Marwah ke Safa).
5 - Saie kerana ibadah umrah atau haji, tidak kerana yg. lain.
6 - Saie di laluan lazim. Tidak terkeluar dari kws. itu.
Kawasan diantara kedua-dua lampu hijau di kedua-dua arah, hendaklah berlari-lari anak bagi jemaah lelaki. Tidak perlu kepada jemaah wanita. Aktiviti Saie ini mengambil masa l/k sejam dgn. total jarak berjalan 3 km dan akan berakhir di Marwah.
Setelah itu,masuklah rukun umrah yg. ke-4 iaitu bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Sunat menggunting rambut di kepala sebelah kanan bahagian hadapan. Bagi mereka yg. tidak mempunyai rambut, hendaklah melalukan mata pisau diatas kepala.

Di Marwah ini juga biasanya anda akan menemui beberapa orang yg. bersedia dgn. gunting & menawarkan diri mereka untuk menggunting rambut anda. Walaupun hanya 3 helai rambut tapi bukan free tau !!! Sebaiknya, mintalah mutawif anda yg mengguntingkannya. Atau bawa gunting siap-siap & gunting sendiri rambut anda.

Perlu diingatkan, sekiranya anda membawa gunting dari Malaysia, jangan dibawa didalam hand carry kerana kelak akan disita oleh polis airport setelah scanning. Gunting juga boleh dibeli di kedai berhampiran dgn. hotel.

Setelah selesai bergunting, maka telah selesailah satu ibadah umrah. Juga bermakna anda telah bebas @ berakhirlah sudah pantang larang dalam berihram.

Malam pertama ini kami kembali ke hotel pukul 1.30 pg. Mandi dan terus tidur dgn. senang hati dan dgn. satu kepuasan. Puas sebab dah dapat satu umrah. Semoga ALLAH menerimanya. Amin !!!

Tiada ulasan: