Adakah kita telah berjaya dalam hidup ??? Apakah ukuran "kejayaan" dalam hidup kita ???

Ukuran kejayaan dalam ISLAM ialah sejauhmanakah kita dapat mentaati perintah-Nya dalam masa yang sama meninggalkan larangan-Nya dan mengamalkan perkara sunnah. Dan ... mengakhiri ucapan dalam hayat kita dengan kalimah "Laa ilaha illallah, Muhammad Rasulullah".

Itulah kejayaan yang sebenarnya. So..., marilah kita sama-sama mencari kejayaan yang sebenarnya itu.

Sabtu, 25 April 2009

Umrah Transit - Hari ke 2 (Khamis, 16 April 09)

Seawal jam 3.30 pagi, telah kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke Masjidil Haram. Masuknya waktu solat subuh di Makkah pada masa ini ialah pada pukul 4.40 pagi. Pada pukul 3.40 pagi iaitu sejam sebelum, muazzin akan melaungkan azan kejut bangun tidur.
Kaabah yang tidak pernah sunyi daripada orang yang sentiasa bertawaf disekelilingnya tanpa mengira masa biarpun di tengah malam maupun di awal pagi.

Hari ini tidak ada aktiviti yg disediakan oleh Andalusia. Acara bebas. Kebanyakkan jemaah berehat sebab jet lag. Sebelum zohor, asar & selepas maghrib, aku penuhi masa dgn. tawaf sunat. Tawaf sunat sama seperti tawaf umrah, 7 pusingan. Cuma bezanya kita boleh memakai pakaian biasa, boleh menutup kepala. Selepas tawaf sunat tidak ada saie yea !!!!
Selama mana anda berada di Makkah, tawaf sunat adalah keutamaan berbandingkan aktiviti sunat yang lain. Ini kerana hanya di Baitullah sahajalah kita boleh bertawaf. Sedangkan aktiviti sunat yang lain boleh di kerjakan dimana-mana sahaja hatta di rumah kita.
Ini adalah salah satu daripada pintu masuk di Masjidil Haram. Di dalam masjid tedapat banyak rak kasut / selipar yg disediakan. Sila ingat betul-betul nombor rak kasut / selipar anda supaya anda tidak bingung, naik angin atau berperasaan negatif yg lain apabila gagal menemui selipar anda. Ingat, disini setiap ucapan adalah doa. Jangan melakukan perkara yg sia-sia.
Terdapat banyak kumpulan membaca & menghafal Al-Quran didalam Masjidil Haram ini diantara masa maghrib dan isyak. Ustaz ini sedang mendengar dan mengislah hafazan dari kanak-kanak kecil ini.

Tiada ulasan: